Ramai juga yang balas komen saya.
Tengok saya ada tulis "TAK RAMAI MELAYU....".
Saya pun kerja shift juga,faham bebenar dengan perangai orang kita nie.Saya semua shift dah merasa,sebut jer apa jenis,split shif,weekender shift...semua dah merasa.Cuma tak pegang phone untuk standby jer.
Masalah utama orang kita nie bila kerja shift,selalu nak "kesenangan",terutama kalau berkaitan dengan helpdesk.Memang antara kita nie,skill dan knowledge tak sama,tapi jangan laa memanjang nak transfer jer call ke kawan2 lain...alih2 sampai ke sudah tak reti nak buat-sebabnya malas nak sahut cabaran.
Rata2 yang saya tengok,kerja memang tak lama..tambah2 kalau support user dari Singapore.
Kalau keluar shift schedule,nampak jer kena kerja malam,terus nak cari orang nak swap...dah menyusahkan team lead nak aturkan jadual balik.Yang nie memang selalunya kaum Hawa.
Saya rasa berkait rapat juga dengan bidang tugas,sebab kerja teknikal dalam bidang IT nie luas.Kalau level 3,ramai jer orang Melayu kita yang kerja shift takder hal...sebab kerjanya agak 'senang'.Tak laa semencabar yang kerja di level 1.Yang paling siut,baru masuk kerja level 1,ada hati nak masuk level 3..apa dia ingat kerja teknikal nie macam crash course ke,lepas sebulan kerja terus naik level 3.
Kepada yang kerja lama dalam bidang nie termasuk saya,tabik kepada anda.Jangan lokek berkongsi ilmu,kerana saya juga pernah merasa benda yang sama semasa mula2 bekerja.Tak semua senior sanggup dedahkan ilmu dari A hingga ke Z kepada junior2 dalam bidang teknikal.Sebabnya dah terkena.Junior yang masuk baru 6 bulan dah naik jawatan jadi SME..siapa yang bidang teknikal IT faham laa SME tuh apa.6 bulan dah jadi SME banding dengan senior yang dah kerja 3 tahun.Speechless.Tapi itulah realitinya.
Only in XCXVXC....talented are not appreciated as it should.People without technical skills are more welcomed to chaired the meeting,putting aside the skills one blurred and unwanted.
P.S.Lokasi dirahsiakan atas permintaan JobStreet.com.

)