BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jawab soalan dengan kaki

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Syazwan sebaik sahaja selesai menjawab kertas pertama SPM semalam.
< 1 / 1 >
SEREMBAN – “Aktiviti bermain permainan komputer dan menaip di rumah membantu saya agar tidak kekok menjawab soalan peperiksaan menggunakan kaki,” kata Mohd Syazwan Roshdi, 17, calon orang kurang upaya (OKU) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Shahardin, Batu 10, Labu ini, mempunyai kecacatan fizikal pada tangan menyebabkan dia dibenarkan menjawab dengan cara menaip di komputer riba menggunakan kedua-dua kakinya.

Menurutnya, dia mula menggunakan kaki untuk menjawab kertas peperiksaan percubaan SPM pada Ogos lalu, berbanding sebelum ini menggunakan tangan.

“Saya boleh menggunakan tangan, tapi agak lambat kerana kecacatan pada tangan yang menyebabkan saya tidak dapat menjawab peperiksaan dalam masa ditetapkan.

“Saya mendapat kebenaran daripada guru untuk menaip menggunakan kaki kerana ia lebih cepat dan saya mula berlatih menaip hampir setiap hari sebagai persediaan menduduki SPM,” katanya yang mengalami OKU sejak kecil.

Menurutnya, walaupun kurang upaya, namun ia tidak pernah melemahkan semangatnya untuk belajar bersungguh-sungguh bagi memperolehi kejayaan.

Malah Syazwan yang anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, dia juga berharap cita-citanya menjadi atlet negara dalam sukan paralimpik bagi acara berbasikal tercapai suatu hari nanti.

“Walaupun saya macam ini, tapi saya juga mempunyai akal yang sama dengan orang lain. Paling penting kita jangan pandang belakang dan jangan cepat mengalah serta yakin pada diri sendiri.

“Saya bersyukur kerana sentiasa mendapat bantuan daripada guru-guru dan rakan-rakan. Mereka juga tidak pernah meminggirkan saya,” katanya.
 
tabah, oklah beliau dapat 'gunakan' kaki.
 
Back
Top
Log in Register