Luqmanul Hakim
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,318
- Joined
- Mar 17, 2010
- Messages
- 23,318
- Reaction score
- 4,848
- Points
- 196
Jawab segala isu
JOHOR BAHRU: Golongan muda perlu diberikan penerangan jelas berkaitan isu semasa bagi memastikan mereka tidak terpesong atau terpengaruh dengan fitnah pihak tertentu.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kerana itu, Pemuda Umno serta Umno sendiri perlu menjadi juara dalam gelanggang idea serta isu.
“Kita perlu dekati golongan muda dan jawab segala isu yang ditimbulkan pihak tertentu bagi memastikan mereka sentiasa faham apa dilakukan kerajaan untuk rakyat serta negara.
“Golongan muda mahu melihat pemimpin menjawab pelbagai isu yang ditimbulkan dan bukan hanya membiarkan pihak tertentu berterusan melontarkan pelbagai fitnah,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Pulai kali ke-25, di sini, semalam.
Turut hadir Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Menurut Khairy, bagi memastikan objektif mendekati golongan muda untuk memperjelaskan isu yang timbul tercapai, pihaknya merancang melakukan beberapa perkara berkaitan.
“Antaranya menguatkan lagi jentera gempur seperti siber. Melaluinya, kita harap ramai golongan muda dapat dicapai.
“Ini kerana, golongan muda masa kini boleh mendapatkan maklumat di hujung jari pada bila-bila masa, oleh itu kita boleh dekati mereka melalui medium ini bagi menjawab isu yang timbul,” katanya.
Dalam perkembangan berlainan, Khairy berkata, Datuk Zulkarnain Kamisan dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Johor yang baru berkuat kuasa esok bagi menggantikan Mohd Fadil Muskon.
“Mohd Fadil pula dilantik sebagai pegawai khas kepada Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Pusat di Sekretariat Pemuda BN Pusat.
“Sepanjang lebih tiga tahun menerajui Pemuda Umno Johor, Mohd Fadil berjaya menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan kami berterima kasih di atas usaha dicurahkannya,” katanya.
Sementara itu, Zulkarnain yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Parit Sulong berkata, beliau berterima kasih di atas pelantikannya dan akan menjalankan tanggungjawab diamanahkan sebaik mungkin.
“Kami akan berusaha menguatkan lagi jentera parti di negeri ini dan berharap semua dirancang berjalan lancar,” katanya.
sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jawabsegalaisu/Article/artikelMA