Rasulullah saw menerangkan keburukan Zaqqum itu dalam hadis berikut:
Daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah membaca (firman Allah dalam ayat suci ini, ertinya: "Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati, melainkan kamu berkeadaan Islam).
Kemudian Nabi bersabda: "Kalaulah setiitk air buah zaqqum itu menitik ke dalam dunia ini nescaya ia merosakkan penghidupan penduduk bumi, maka betapa halnya orang yang buah Zaqqum itu menjadi makanannya."
(Hadis riwayat at-Tirmizi)