BTC USD 83,473.0 Gold USD 4,181.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jauhi Lah MALU untuk BerTaubat ..

HAKIKAT SEBAB DAN AKIBAT

Akhir 2008, saya bertemu dengan sebuah pencarian panjang iaitu hidayah. Ceritanya bermula dengan saya mengikuti jemaah tabligh. Saya mengenal Islam yang sebenar dengan cara yang sangat santai, iaitu mengenal Allah terlebih dahulu.


Pada awalnya, saya sangat tidak impressive dengan mereka kerana melalui ceramah-ceramah mereka, mereka keep on emphasizing, “Allah maha kuasa, makhluk tiada kuasa”.

Hampir semua orang keep on saying that short sentence- Allah maha kuasa, makhluk tiada kuasa.

Jika sedang makan, saya dididik, “Allah bagi kenyang, makanan hanya sebab”. Jika naik kenderaan, saya diajar, “Allah bagi sampai, kenderaan ini hanya sebab”.

Begitulah, dari sekecil-kecil perkara hingga kepada perkara yang besar-besar, semua dikaitkan dengan Allah.

Saya pernah beranggapan bahawa golongan ini kurang menekankan aspek ilmu, tapi nyata saya tersilap. Apakah ilmu yang lebih besar selain daripada ilmu mengenal Allah?

Alhamdulillah. Saya wajib berterima kasih kerana mereka melayan saya seperti kanak-kanak. Apa tidaknya, saya diajar bahawa bukan pisau yang memotong, tapi Allah yang potong. Saya dilatih, ‘Jika kamu memandang kepada pokok/ haiwan/ kapal terbang atau apa-apa saja, kaitkan ia dengan Allah’.

Benda yang remeh, kan? Tapi secara tak langsung, ‘perkara remeh’ inilah yang membuka mata saya, seolah-olah saya ‘melihat Allah’. Maksud saya, merasakan sangat hampir dan dekat dengan Dia.

Subhanallah.
Saya mahu kiranya kalian juga dapat menikmati perasaan ini. Iaitu rasa kagum kepada Tuhan.

Sunnatullah.
Pernah kalian belajar tentang ini? Saya bukan nak ajar, cuma nak berkongsi. Dalam dunia ini, Allah telah meletakkan ketentuan yang dipanggil sunnatullah. Dalam erti kata lain, ia ialah ‘sebab dan akibat’. Sebagai contoh : Kita makan (sebab), kita kenyang (akibat). Ini fahaman kita sejak dari nenek moyang kita lagi.

Maaf. Fahaman bahawa semua ‘akibat’ adalah berpunca dari ‘sebab’ ialah satu fahaman yang tersilap. Ini adalah kerana Ahli Sunnah Wal Jamaah mempunyai fahaman bahawa bukan sebab yang membawa kepada akibat, tetapi Allah yang membawa akibat.

Sebagai contoh: Kita makan (sebab) dan kita kenyang (akibat).

Ahli Sunnah Wal Jamaah berfahaman bahawa yang memberi kekenyangan bukanlah nasi atau makan, tapi Allah yang beri kenyang.

Cuma, kita perlu ikut ketetapan yang ditentukan tadi, iaitu Sunnatullah.

Ini adalah kerana Allah berfirman :

‘Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.’ (surah al-Kahfi ayat 84)

‘Jalan’ yang dimaksudkan ialah ‘cara’. Sebagai contoh – Kamu mahu kenyang, kamu harus makan. Kamu mahu berjaya, kamu harus berusaha. Kamu mahu masuk syurga, kamu perlu buat amal soleh. Ini syaratnya. Ini requirement nya dan inilah ketetapannya. Kejayaan tidak datang dengan melepak. Kenyang tidak datang dengan menonton televisyen. Sembuh tidak datang dengan tidur. Semua telah ditetapkan.

‘Yang demikian adalah menurut “sunnatullah” (undang-undang peraturan Allah yang telah lalu; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi “sunnatullah” itu’.- (Al Ahzaab ayat 62)

Dalam erti kata yang lain, Allah mengajar kita bahawa semua benda berlaku bersebab, tapi bukanlah sebab itu yang membawa kepada akibat. Hakikatnya ialah Allah.

Kerana itu, api yang panas yang sifat dan kebiasaannya membakar, menjadi sejuk dan nyaman dalam peristiwa Nabi Ibrahim a.s dihumbankan ke dalam api oleh Raja Namrud.

Kerana itu jugalah, Nabi Isa a.s dilahirkan oleh Mariam tanpa bapa. Kerana hakikat sebuah akibat (kelahiran) ialah Allah.

Kerana itu juga, kita melihat bahawa ada orang makan sepinggan sudah kenyang, ada orang perlu makan lima pinggan baru kenyang. Ini bukti bahawa Allah telah menetapkan bahawa yang Dia yang memberi kenyang, bukan makanan. Jika makanan yang memberi kenyang, mudah dunia ini. Setiap orang hanya perlu makan sebiji kacang setiap orang, jika benar ia (kacang) ada kemampuan memberi kenyang.

Nyata tidak, kerana kuasa memberi kenyang hak mutlak Allah sahaja.

Kerana memahami sunnatullah inilah, saya diajar supaya apabila saja menerima wang dari ibubapa saya, saya wajib berterima kasih kepada mereka dan wajib saya berterima kasih kepada Allah. Memang zahirnya, ibubapa saya yang beri saya wang, tapi hakikatnya Allah yang beri.

Inilah yang dinamakan konsep usaha-tawakkal.

Saya wajib berusaha- iaitu mewujudkan sebab. Contoh: saya belajar. Maka, selepas saya melakukan ‘sebab’ maka saya wajib bertawakkal. Jika Allah mahu, Dia boleh beri saya berjaya atau jika Dia tidak mahu, saya gagal. Inilah yang dinamakan “tawakkal dengan berbekal”

Kesimpulan
Saya mahu kita menanam satu budaya, iaitu ‘melihat Allah’. Kita tanam rasa kagum dan rasa nampak kehebatan Allah dalam setiap yang kita buat dan kita nampak. Caranya, jika nampak kucing yang comel, kita kaitkan dengan hebatnya Allah yang ciptakan kucing ini.

Kita juga harus faham benar bahawa ‘hakikat akibat’ ialah hak Allah. Allah beri kenyang. Allah beri sembuh. Allah beri sakit. Makan ialah makhluk. Rehat ialah makhluk. Riadah ialah makhluk. Ia cuma menjadi cover luar sahaja.

Mudah nak faham, cuba bayangkan jika dunia ini tiada ketentuan (peraturan). Maka, kita akan lihat ada manusia akan makan racun serangga, tak mahu makan nasi. Tapi kenapa sekarang, manusia makan nasi dan tidak makan racun? Kerana Allah telah menetapkan bahawa fungsi racun ialah membunuh serangga dan fungsi nasi ialah memberi tenaga.

Dan ingatlah juga peristiwa apabila Firaun bertanya kepada Nabi Musa a.s, “Siapa Tuhan kamu?” Musa a.s menjawab, “Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu, kejadian semulajadinya yang sesuai dengannya, kemudian Dia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya” (20;50)

Maka, lihatlah diri kita. Bukankah itu tanda bahawa Allah hebat?

Perut yang kembali lapar selepas beberapa jam makan, rambut yang kembali panjang selepas sebulan digunting, kuku yang kembali panjang selepas seminggu dipotong, tanda bahawa Allah telah menetapkan segala sesuatu. Jika manusia hebat, katakanlah kepada perut, “Hai perut, janganlah kau lapar selama seminggu”. Boleh begitu?

Jelas, Allah sangat hebat. Cuma kerana kita tertipu dengan ‘sebab’ , kita tidak nampak bahawa ‘akibat’ ialah datang dari Allah. Kita tak nampak yang Allah itu hebat. Sangat malang!

Allah sangat hebat.

Maka, mari sama-sama kita ‘melihat Allah’. Kita kaitkan makan, minum, dan tidur dengan Allah. Sesungguhnya Allah sangat berkuasa, makhluk tiada kuasa. Makhluk hanya ‘sebab’ dan ‘akibat’ ialah segalanya dari Allah.

Ya, Allah sangat hebat.

- Artikel iluvislam.com
 
TOKOH ULAMA

Kita seringkali melihat ayat yang berbunyi ‘Dinilai Sahih oleh Albani’ atau ‘Dinilai Hasan oleh Albani’. Tahukah kita siapa itu Albani?

Beliau adalah salah seorang imam Ahli Sunnah Wal Jamaah pada abad ini. Beliau mengorbankan seluruh sisa hidupnya demi mengabdikan diri kepada Allah. Malah, beliau bukan sahaja dikenali sebagai seorang ulama hadis bahkan beliau adalah salah seorang di antara barisan para ulama yang mendapat gelaran sebagai pembaharu Islam (Mujaddid al-Islam)

Beliau adalah Muhammad Nasiruddin bin Nuh atau lebih dikenali dengan panggilan Abu Abdurrahman – lahir pada tahun 1914 Masihi di ibu kota Albania dalam sebuah keluarga yang sangat sederhana dan sibuk dengan ilmu agama. Bapanya, Haji Nuh merupakan salah seorang ulama besar Albania pada masa itu. Ayahnya pernah menuntut ilmu di Istanbul, Tuki, kemudian kembali semula ke Albania untuk mengajarkan ilmu dan berdakwah. Lingkungan keluarga yang menaungi Shaykh Albani ketika masih kanak-kanak, penuh dengan cahaya Islam , dan tampak sangat terjaga dalam setiap sisi.

Ketika Ahmad Zogo menjadi raja Albania, dia mula melancarkan pelbagai perubahan aturan sosial besar-besaran bagaikan hantaman hebat yang menggoncangkan pondasi orang-orang Islam. Tindakan yang dilakukan oleh raja Ahmad Zogo tersebut sama dengan apa yang dilakukan oleh pemerintah Turki, Mustafa Ataturk; di mana para wanita Albania diharuskan menanggalkan hijabnya, sehingga rangkaian fitnah dan malapetaka pun tak terhindarkan. Sejak saat itu, kaum muslimin yang bimbang akan agama mereka mengambil langkah untuk berhijrah ke negara-negara lain.

Antara keluarga yang pertama berhijrah adalah keluarga Syaikh Haji Nuh, yang membawa agama dan keluarganya ke Syria. Termasuk di dalamnya, sang Imam kecil, Muhammad Nasiruddin al-Albani.

Di Damsyiq, lelaki kecil Muhammad Nasiruddin mula menimba ilmu dengan mempelajari Bahasa Arab di Madrasah Jam’iyah al-Is’af al-Hairi. Di sanalah beliau mula bertapak dalam dunia ilmu dan kemudian mendaki kemuliaan sebagai seorang alim. Insan yang pertama menanamkan pengaruh dalam dirinya adalah bapanya sendiri, Haji Nuh, yang merupakan salah seorang ulama Madzhab Hanafi dikala itu. Untuk beberapa lama beliau mengikuti mazhab Hanafi yang diajar oleh bapanya.

Walau bagaimanapun, hidayah Allah sentiasa datang kepada orang yang dikehendaki kebaikan pada dirinya. Setelah itu beliau muncul sebagai seorang yang tidak terkekang dalam Madzhab tertentu. Begitulah Albani, beliau muncul sebagai seorang pemuda yang unggul dalam kajian hadis, dan bertukar dari satu majlis pengajian ke majlis pengajian yang lain demi menimba ilmu.

Tindakan beliau dalam menuntut ilmu sangat tepat dan seiring dengan kehidupan beliau sehingga untuk menyara kehidupannya, dia mesti bekerja sebagai tukang baiki jam. Namun, semua itu sama sekali tidak menghalang beliau untuk menjadi seorang alim yang besar pada masa depan.

Berkat jerih payah sang Imam dan taufik dari Allah swt, sejumlah karya tulisan beliau mula diterbitkan dari tangan beliau dalam pelbagai disiplin ilmu seperti fiqh, akidah dan terutamanaya dalam ilmu hadis yang memang merupakan kepakaran beliau; yang menunjukkan kepada dunia ilmiah, luasnya ilmu yang telah Allah anugerahkan kepada beliau; berupa pemahaman yang sahih, ilmu yang luas, dan kajian yang mendalam tentang hadis, dari pelbagai sisi. Ditambah lagi dengan jalan beliau vang lurus dan menjadikan al-Qur’an serta as-Sunnah sebagai kayu ukur dan penentu segala sesuatu. Semua itu menjadikan sang Imam muncul sebagai seorang yang hebat dan menjadi rujukan ahli ilmu dan dengan keutamaan vang ada pada dirinya, beliau dikenali oleh pelbagai kalangan. Ketika Universiti Islam Madinah mula ditubuhkan yang dipelopori oleh Syaikh Muhammad bin Ibrahim Alu Syaikh at-Tamimi yang saat itu adalah Mufti Kerajaan Saudi Arabia, Shaykh Albani dipilih untuk menjadi pensyarah Kuliah Hadis di sana.

Di sana sang Imam sempat mengajar dan mengharungi pelbagai suka dan duka selama tiga tahun. Pada masa itu, beliau menjadi contoh dan teladan. Kesungguhan dan keikhlasan beliau mengabdikan diri pada ilmu sehinggakan beliau sering kali bersama para pelajarnya di atas padang pasir pada waktu rehat di antara mata pelajaran, demi menjawab pertanyaan dan berbincang dengan pelajar-pelajar beliau.

Beliau adalah seorang yang sangat rendah hatinya sehinggakan beliau menjadi salah seorang dari pelajar apabila beliau bersama dengan pelajar-pelajarnya. Tidak hairanlah kereta peribadi beliau sentiasa dipenuhi dengan para pelajarnya yang ingin mengambil faedah dari ilmunya.

Beliau telah menghasilkan tidak kurang dari 119 karya yang sudah dicetak dan masih banyak lagi dalam bentuk manuskrip. Karya beliau terkenal kerana mempunyai kesimpulan-kesimpulan yang terperinci dan cermat. Ini menjadikan beliau sebagai rujukan para ulama dan para penuntut ilmu di bagi negara-negara Islam. Berikut adalah beberapa hal yang menggambarkan kedudukan beliau dalam dunia Islam:

Beliau terpilih sebagai anggota pada dewan kajian hadis yang dibentuk oleh Mesir dan Syria bagi memimpin jawatankuasa penerbitan buku-buku Sunnah.
Beliau juga menjadi pensyarah bidang hadis di Universiti Islam Madinah. Bahkan kemudian beliau dipilih sebagai anggota dewa reaktor di universiti tersebut pada 1381H hingga 1383H, kemudian beliau diambil kembali menjadi anggota dewan reaktor Universiti Islam Madinah pada 1395H hingga 1398H.
Beliau juga pernah diminta menjadi pensyarah di Universiti as-Salafiyah, India, tetapi beliau menolaknya.
Beliau juga pernah diminta oleh Menteri Wakaf Saudi Arabdia, Syaikh Hasan Abdullah asy-Syaikh, untuk menjadi pensyarah ilmu hadis di Universiti Makkah al-Mukarramah.
Perpustakaan azh-Zhahiriyah, di Damasyiq telah menyediakan satu ruang khusus bagi beliau mengkaji dan meneliti terhadap hadis.
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz (mantan Mufti Arab Saudi) mengatakan:

“Saya tidak pernah mengetahui seorang pun di atas bumi ini yang lebih alim dalam bidang hadis pada masa kini yang dapat menandingi Syaikh Albani rahimahullah”
Selain itu, Yusuf al Qaradhawi pernah berkata:

“Syaikh Albani adalah seorang Ahli hadits yang masyhur dari zaman dahulu dengan ilmu takhrij haditsnya dan menurutku Syaikh Albani adalah Ulama hadits yang paling masyhur pada zaman sekarang ini dan ulama yang pakar dalam ilmu takhrij hadis baik dalam menshohihkan dan melemahkan hadis”
Beliau wafat pada hari Sabtu 22 Jamadil Akhir 1420 H. Jenazah beliau dipersaksikan dengan iringan ribuan para pelawat dari pelbagai negara. Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada sang imam yang telah berjasa besar terutamanya dalam bidang hadis sehingga manfaatnya sampai kepada kita pada hari ini
 
kalau dapat besarkan sikit saiz font, mungkin lebih menarik dan
jika ada mcm point2 tu kalu boldkan jd cun sikit..:):)

apapun saya suka baca. :)cgrock:)cgrock
 
kalau dapat besarkan sikit saiz font, mungkin lebih menarik dan
jika ada mcm point2 tu kalu boldkan jd cun sikit..:):)

apapun saya suka baca. :)cgrock:)cgrock
Satu Cadangan yang baik dan Bernas...next artikel , saya akan ikuti saranan tuan yg baik ini...Jazakkalu khair ..
CG rock !!
nak tanya sikit ..kat CG nih - bahagian mana supaya saya boleh cari button nak mengedit artikel nih...??? huhuhu.....baru belajar nih.....t.kasih
 
Last edited:
Satu Cadangan yang baik dan Bernas...next artikel , saya akan ikuti saranan tuan yg baik ini...Jazakkalu khair ..
CG rock !!
nak tanya sikit ..kat CG nih - bahagian mana supaya saya boleh cari button nak mengedit artikel nih...??? huhuhu.....baru belajar nih.....t.kasih

Pergi balik kat post yang nak diedit tu... Pastikan post yang sendiri post. Tengok dekat sudut kanan bawah kotak post tu ade button edit. Tekan kat situ. Kalau nak lebih banyak option, tekan 'Go Advanced'. Kalau nak edit post orang lain takleh la yer...:):)
 
Pergi balik kat post yang nak diedit tu... Pastikan post yang sendiri post. Tengok dekat sudut kanan bawah kotak post tu ade button edit. Tekan kat situ. Kalau nak lebih banyak option, tekan 'Go Advanced'. Kalau nak edit post orang lain takleh la yer...:):)
wahhh..terbaik...nanti saya cuba..sbb dulu pernah klik gak kat button edit dan advanced tu..tapi tak ada kuar simbol font , bold dan sebagainya....
terimakasih atas tunjuk ajar. jazzakallahu khair
 
Back
Top
Log in Register