BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jasa fakir miskin

servantforever

Fun Poster
Messages
315
Joined
Mar 14, 2010
Messages
315
Reaction score
269
Points
31
Ingin kami mengingatkan saudara dan saudari, tuan dan puan

Jasa fakir miskin yang selama ini kita lupakan

Setengah orang pula memandang jijik dan menghinanya

Kalau kita renungkan, masya-Allah mereka telah berjasa kepada bangsa dan negara

Cuba gambarkan kalau fakir miskin tiada atau tiada bekerjasama

Apa akan jadi kepada bangsa dan negara dan kepada kita semua

Beras dan sayur, lauk-pauk, siapa yang menyediakannya

Di ladang-ladang kapas, di fabrik-fabrik benang dan kain siapa yang bekerja?

Sudah tentu tiada apa yang dimakan

Apatah lagi mana hendak dicari kain untuk dipakai

Bagaimana pula tempat tinggal kita tiada buruh kasar membinanya

Sudah tentu tiada erti kuasa dan kaya, kalau tempat tinggal tidak selesa

Marilah kita renungkan betapa besarnya jasa mereka

Entah berapa batang dan panjangnya jalan raya yang mereka bina

Setiap hari mengeluarkan keringat membanting tulang

Kerja di ladang dan membangun negara

Untuk hasil dan kemajuan serta makanan semua kaum dan bangsa

Setiap hari mereka dilambung ombak menangkap ikan, nelayan namanya

Untuk kepentingan orang lain, sedangkan mereka tidak menjadi kaya

Adakalanya tenggelam di laut untuk bangsa dan negara

Marilah bersama-sama kita mengenang jasa mereka

Marilah bersama-sama kita bantu kehidupan mereka

Marilah kita berdoa agar mereka menjaga syariat Moga-moga kerja mereka diberi pahala
 
nikmat kenyang ada pada yang lapar
nikmat sihat ada pada yang sakit
nikmat cantik ada pada yang hodoh
nikmat ilmu ada pada yang bod0h
dan nikmat kaya ada pada yang miskin
kalau dah jadi kaya
maka hilanglah nikmat kaya
bertukar menjadi miskin dan papa
iaitu orang yang sebenar-benarnya miskin dan papa dalam kehidupannya...
siapa lagi? ... orang kayalah tu.. :))

p/s: kalau tak mengenal "nikmat", maka tak mengenal "beryukur" ... tak mengenal "Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." (al-Fatihah:2) ... maka itu berbanyak2lah bersedekah.. sedekah semua pun takpa, supaya boleh mengenal erti "bersyukur" ... :D

Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur
nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu

dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar
sesungguhnya azabKu amatlah keras

[Ibrahim:7]

dan mereka bertanya pula kepadamu:
Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)?​
Katakanlah:
“Dermakanlah yang berlebih dari keperluan (kamu).
Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya supaya kamu berfikir

[al-Baqarah:219]

Katakanlah: “Allah yang menciptakan kamu
dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati
amatlah sedikit kamu bersyukur

[Al-Mulk:23]

Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya
Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati
amatlah sedikit kamu bersyukur

[As-Sajdah:9]

Dan Dia lah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati
amatlah sedikit kamu bersyukur.

[Al-Mu’minun:78]
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register