ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Mohd Faisal menunjukkan kesan jahitan yang terdapat pada jari telunjuknya setelah dihiris pisau pengait kelapa sawit.
KUALA KURAU - Seorang pekebun nyaris maut apabila galah pengait kelapa sawit yang tumbang hampir jatuh tepat ke arah kepalanya dalam satu kejadian 16 Mei lalu.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa, Mohd Faisal Ibrahim, 37, berkata, dia sedang menjalankan kerja mengambil upah mengait buah kelapa sawit di sebuah kebun, dekat sini.
Menurutnya, setelah giat bekerja, dia berehat sebentar dan bertindak menyandarkan galah itu pada pokok kelapa sawit berdekatan.
"Belum sempat melepaskan dahaga, galah panjang itu tumbang ke arah saya secara tiba-tiba.
"Saya cuba menyambut batang galah berkenaan, bagaimanapun sambutan saya tidak kemas dan pisau yang terdapat pada galah itu telah menghiris jari telunjuk saya," katanya.
Mohd Faisal berkata, akibat kejadian itu, jari telunjuknya terkulai dihiris pisau yang terdapat pada galah pengait kelapa sawit berkenaan dan mengalami pendarahan banyak.
"Dengan bantuan rakan, saya segera ke Klinik Kesihatan Kuala Kurau untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Saya menerima 16 jahitan dan terpaksa bercuti selama sebulan bagi memastikan kecederaan dialami pulih sepenuhnya," katanya.
Katanya, dia bersyukur hanya cedera sahaja memandangkan pisau galah yang tumbang itu sebenarnya jatuh tepat ke arah kepalanya.