BTC USD 61,682.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jari putus berjaya tumbuh semula

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
19803.jpg

1.jpg

JARI Ja'Niya Walker yang tumbuh semula selepas menjalani rawatan teknologi PRP.

3.jpg

Ja'Niya Walker

CALIFORNIA - Hujung jari telunjuk seorang wanita yang putus akibat digigit puma tumbuh semula selepas menjalani rawatan alternatif menggunakan platelet darahnya sendiri.

Sebelum ini, doktor memberitahu Ja’Niya Walker, 40, tiada rawatan yang boleh membantu pertumbuhan semula jari itu dan dia terpaksa hidup dengan jari kudung seumur hidupnya.

Namun wanita itu tidak berputus asa mencari rawatan lain dan akhirnya bertemu pakar ortopedik dan pengurusan kesakitan yang bertugas di Marina Del Rey, California iaitu Dr. Akash Bajaj.

Beliau memberitahu, darah mempunyai sel stem yang dikenali sebagai faktor pertumbuhan dan melalui suntikan pada jari itu, sel itu mampu merangsang pertumbuhan jari terbabit.

Dr. Akash menggunakan teknologi plasma banyak platelet (PRP) namun wanita itu bernasib baik kerana jari putus pada bahagian bawah kuku dan teknologi PRP tidak dapat merangsang pertumbuhan semula keseluruhan jari.

Melalui temu bual eksklusif dengan portal Daily Mail, Walker memberitahu dia mula melihat perubahan jarinya pada hari kedua dan yakin mampu menjalani kehidupan seperti orang lain.

Mengimbau kembali insiden itu, Walker berkata, kejadian berlaku ketika dia mengunjungi pusat perlindungan haiwan Little French Key Island di Roatan, Honduras pada Julai 2017.

“Saya letak tangan saya di atas sangkar yang menempatkan seekor puma dan jari saya mungkin termasuk di celah lubang sangkar, menyebabkan puma itu menyambarnya,” katanya.

Walker cuba menarik jarinya, malangnya jari itu ‘terus tertanggal’ malah dia dapat melihat hujung jari itu terjuntai di atas sangkar.

“Saya minta kawan saya mengambil hujung jari saya itu dengan harapan ia dapat disambung semula tetapi puma berkenaan seolah-olah mengawalnya dan saya terpaksa membiarkannya begitu sahaja,” kata Walker yang berasal dari California.

Menurut Walker, jarinya sembuh sepenuhnya dalam tempoh dua bulan setengah selepas insiden berlaku malah Dr. Akash terkejut dengan perubahan yang begitu pantas.


http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/jari-kudung-tumbuh-semula-1.771129#ixzz5Unh2QGRv
 
wow, boleh tumbuh balik..
macam cicak pulak..
 
wow ada proses regenerate.. Subhanallah.
 
wow.,tumbuh tp funtion x? nti rmai la org bcadang nk panjangkn "senjata masing-masing".
 
ingatkan sebab minum Jillian Juice baru tumbuh balik.

baguslah utk dia, cuma berapa kos ni..

kat artikel asal xde sebut tentang harga.

dailymail.co.uk

tapi kat komen ada yang share...

lisar, aspanaway, United States,
My husband had this technique done a few weeks ago in his wrist where all the cartilage is gone. Insurance doesn't cover it so had to take a $10,000 loan out but if it works it's worth it (no guarantees). Told six months to a year.
 
lepas 2 bulan rawatan ....kira cepat jugak tu
 
Back
Top
Log in Register