BTC USD 60,602.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Janji kosong PAS di Pasir Mas

iswarahijau

Super Active Member
Messages
6,060
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
Pasar Pasir Mas belum bina. Jejambat kereta api belum ke mana-mana, kini janji pula Pejabat Tanah dan Jajahan setinggi tiga tingkat, pejabat Majlis Daerah (tiga tingkat), dewan serbaguna, surau, kantin dan kediaman ketua jajahan dua tingkat.

Sampai bilakah Pas mahu mempermainkan rakyat Pasir Mas dengan janji palsu? Apakah orang Pasir Mas jenis boleh dipulas-pulas telinga mereka dan diperbodohkan sedemikian? Baca apa kata Datuk Husam Musa seperti dipetik Malaysiakini pada 2 Disember 2005.

Siap sudahkan jejambat berkenaan. Kalau belum, tidakkah membuktikan Pas hanya pandai berjanji?

Entah apalah perkiraan pemimpin Pas Kelantan untuk rakyat Pasir Mas.

Kerajaan Pas Kelantan pada Pilihan Raya Kecil Pengkalan Pasir pada akhir Disember 2005 mengeluarkan kenyataan untuk membina pasar baru bagi menggantikan pasar sementara itu yang dijangka akan siap pada penghujung tahun lalu.

Janji itu dibuat dengan tujuan untuk Barisan Nasional (BN) yang memberi jaminan untuk membina pasar baru serba moden sekiranya memenangi DUN itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Pasir, Hanafi Mamat berkata, Pas cuba mengaburi masyarakat setempat dengan mengadakan upacara ringkas dan meletakkan timbunan pasir di tapak tersebut, seolah-olah kerja akan dimulakan.

"Tetapi sehingga kini masih belum nampak kerja-kerja pembinaan dimulakan. Apa yang ada hanya timbunan pasir yang diletak berhampiran dengan pasar itu seolah-olah menggambarkan bahawa kerja-kerja sedang dijalankan.

Hanafi menjelaskan, BN bukannya enggan membina pasar baru itu tetapi apabila kerajaan negeri sudah mengumumkan untuk membuatnya maka adalah lebih baik mereka mengotakannya.

"Saya harap mereka buat pengakuan terbuka, kalau tidak mampu cakaplah tidak mampu dan BN beri jaminan untuk membinanya seperti apa yang telah kita janjikan dahulu.

"Jika mereka umumkan tidak mampu laksanakan, kita akan terus menulis surat kepada kerajaan Pusat untuk memberikan peruntukan pembinaan pasar baru itu dengan segera.

''Saya sendiri malu tengok keadaan pasar itu sekarang, apatah lagi jika ia didatangi pengunjung dari luar dan ini memberikan gambaran tentang tahap keupayaan kerajaan negeri sekarang," ujarnya.

Pasar yang menjadi tumpuan penduduk sekitar Pasir Mas antara 1,500 dan 2,000 pengunjung sehari itu mempunyai kira-kira 500 gerai yang menjual pelbagai barangan keperluan harian dengan purata jumlah transaksi harian sebanyak RM60,000.

Bernama pula melaporkan pandangan orangramai mengenai isu pasar ini.

Yussof Che Deris, 65, berharap Barisan Nasional (BN) dapat menawan Kelantan pada pilihan raya umum ini bagi membawa perubahan terutamanya kepada para peniaga kecil seperti dirinya.

Setelah berada di bawah pentadbiran PAS sejak 18 tahun lalu, Yussof berkata para peniaga sudah muak dengan janji PAS untuk membina pasar baru yang sehingga kini belum menjadi kenyataan.

"Setiap kali pilihan raya termasuk pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan (DUN) Pengkalan Pasir pada tahun 2005, PAS janji nak bina pasar baru, tetapi sehingga sekarang tak nampak bayang pun," katanya kepada Bernama.

Katanya pasar yang disediakan untuk peniaga setelah pasar lama terbakar pada tahun 1987 bukan sahaja tidak sempurna bahkan tidak dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bekalan elektrik.

"Kami peniaga benar-benar tersepit bukan sahaja berniaga dalam kepanasan tetapi sudah bertahun lama berdepan dengan masalah kekurangan pelanggan kerana tiada laluan dekat untuk ke pasar terutamanya untuk pejalan kaki," katanya.

Menurut Yussof peniaga di pasar itu terutamanya yang berniaga pakaian sudah ramai yang "gulung tikar" malah ada yang kedai mereka disita oleh Majlis Daerah Pasir Mas kerana tidak mampu membayar sewa bulanan.

"Mereka (PAS) kata Kelantan ni negeri kebajikan tetapi kami peniaga kecil ni tak pernah dibela, dibiarkan berniaga dalam pasar yang tak ubah seperti tempat pelupusan sampah," katanya.

Seorang lagi peniaga Nazlin Ismail, 35, pula berkata beliau kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang mengutip bayaran hasil daripada peniaga tetapi tiada perubahan dibuat untuk memberi keselesaan kepada para peniaga.

"PAS bangga dan kata Kelantan makin maju dengan tumbuhnya pelbagai pasar raya besar di Kota Baharu tetapi nasib kami tetap macam ni. Tak ada pembelaan langsung," katanya.

Dan semalam Harakahdaily melaporkan kononnya orang ramai di jajahan Pasir Mas akan dapat berurusan di Pejabat Tanah dan Jajahan serta pejabat Majlis Daerah Pasir Mas dengan lebih selesa apabila bangunan baru dibina tidak lama.



Projek itu melibatkan kos sebanyak RM15.3 juta merangkumi pembinaan Pejabat Tanah dan Jajahan setinggi tiga tingkat, pejabat Majlis Daerah (tiga tingkat), dewan serbaguna, surau, kantin dan kediaman ketua jajahan dua tingkat.

Komponen tersebut akan dibangunkan di atas tapak seluas 10.21 ekar di Lubuk Jong, Mukim Apam di Pasir Mas.

Pembinaannya akan bermula pertengahan tahun ini, yang akan menjadi pelengkap kepada pembangunan Bandar Baru Apam, Pasir Mas yang kini sedang dalam pembangunan sekarang.

Dilaporkan, baru-baru ini perjanjian persefahaman di antara kerajaan negeri dengan Syarikat Taman Semasa (M) Sdn Bhd diadakan bagi melaksanakan projek terbabit diadakan di Kota Darulnaim. Ia ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias dan wakil syarikat terbabit.

Pemindahan pejabat pentadbiran ke lokasi baru bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di pusat bandar Pasir Mas.



Selain pasar, janji Pas mahu membina jejambat merentasi merentasi landasan kereta api di Pasir Mas belum menjadi kenyataan. Ini antara janji Pas kerana Datuk Husam Musa sendiri mengatakan pengundi di Kelantan boleh menolak PAS pada pilihanraya umum akan datang jika ia gagal membina jejambat merentasi landasan kereta api di Pasir Mas seperti yang dijanjikan.

Dan sekarang Pas memang gagal membina jejambat berkenaan. Apa reaksi pengundi Kelantan?
 

Attachments

  • 36.8 KB Views: 132
  • 3.2 KB Views: 143
  • 32.1 KB Views: 143
  • 22.7 KB Views: 132
copy paste lagi bogol ni :)) :)) :))
 
takde jawapan ke penyokong pas??
husam siap ckp dlm malaysiakini tu
jangan pangkah pas
kalau pas gagal naikkan jambatan
adakah husam akan menyeru benda yg sama?
 
Sebelum ko mintak jawapan kepada penyokong Pas ko pergi dulu ke theard ko yang jawap apa org lama2 tuh orang tanya..
ko nie macam katak betul la..
memang sah ko nie xde pemikiran
 
ntah..isu orang lain taknak jawab. isu dia nak orang jawab..
 
takde jawapan ke penyokong pas??
husam siap ckp dlm malaysiakini tu
jangan pangkah pas
kalau pas gagal naikkan jambatan
adakah husam akan menyeru benda yg sama?

ek elehh.....
tol jelapang pun x pindah2....
 
takde jawapan ke penyokong pas??
husam siap ckp dlm malaysiakini tu
jangan pangkah pas
kalau pas gagal naikkan jambatan
adakah husam akan menyeru benda yg sama?

CIS...SHAH ALAM SAMPAI HARI INI BELUM ADA HOSPITAL KERAJAAN...YG ADA SEMUA HOSPITAL SWASTA...TU DAH BERAPA KALI PILIHANRAYA...JALAN KAT KAMPUNG AKU SAMA DIPULAU PINNAG DULU...SEJAK PILIHANRAYA PERTAMA SAMPAI KE 9 TAK DI TAR KAN JALAN...TIAP KALI PILIHANRAYA DEPA JANJI MCM TU JUGA...SAMPAI LER TANAH PADANG DEPAN RUMAH AKU TU DIAMIK OLEH PROTON BUAT SERVICE CENTRE BARU BERTAR JALAN TU...BUKA KERAjaan BUAT TAPI PROTON...
 
kerajaan kalau bina jambatan pun ,runtuh balik...
 
takde jawapan ke penyokong pas??
husam siap ckp dlm malaysiakini tu
jangan pangkah pas
kalau pas gagal naikkan jambatan
adakah husam akan menyeru benda yg sama?

aku nampak ko ni katak mcm ada otak..sesekala lepak kat thread saham maybank tuh..tapi posting politik mcm HARAM!:eek: :))
 
Back
Top
Log in Register