balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KEMAMAN - Polis mengambil spesimen janin berusia 22 minggu yang ditanam di kawasan semak di Kampung Mak Chili, di sini, untuk dilakukan ujian DNA bagi membantu siasatan lanjut kes berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, spesimen dari janin itu diambil ketika bedah siasat ke atasnya dilakukan pada Ahad lalu.
“Janin itu kita telah serahkan kepada waris untuk diuruskan. Dari hasil ujian itu doktor mengesahkan laporan perubatan akan dikemukakan oleh Hospital Kemaman.
“Kita lakukan DNA untuk mengesahkan sama ada ia sepadan dengan DNA suspek dan teman lelakinya atau sebaliknya,” katanya mengulas mengenai siasatan lanjut berhubung kes menyembunyikan kelahiran itu yang disiarkan Sinar Harian pada 22 Mac lalu.
Katanya, teman lelaki suspek berusia 23 tahun yang dipercayai menanam janin itu yang sebelum ini ditahan reman telah dibebaskan.
Suspek yang keguguran dan berusia 24 tahun pula masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang.
Pada 20 Mac lalu, kehadiran pasangan kekasih itu untuk mendapatkan rawatan kerana keguguran di HTAA membongkar rahsia mereka yang dipercayai menanam janin berkenaan pada dua hari
sebelumnya dan mereka turut menyembunyikan perkara itu daripada keluarga masing-masing.-Bernama