BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangkitan kuman pada hempedu, Along Eyzendy ditidurkan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,513
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,513
Reaction score
1,681
Points
201
370303-370303.jpg


Jangkitan kuman pada hempedu, Along Eyzendy ditidurkan



Menurut isterinya, Hamidah Mohd. Yatim, Along atau nama sebenarnya Mohd. Eyzendy Mohd. Aziz, 47, pada awalnya dimasukkan ke hospital seminggu lalu selepas mengalami gejala demam dan batuk berpanjangan.

Hamidah memaklumkan suaminya menjalani prosedur menebuk pundi hempedu bagi mengatasi jangkitan kuman.

“Semalam, doktor sudah menebuk pundi hempedu bagi mengeluarkan nanah dan memang terdapat darah kotor yang keluar.

“Doktor merancang untuk memberikan antibiotik bagi merawat jangkitan itu.

“Bagaimanapun, doktor terpaksa menidurkannya buat sementara waktu untuk memberi ruang kepada badan Along berehat kerana dia berada dalam kesakitan yang amat sangat sehingga tidak dapat menjalani prosedur skop,” katanya.

Pada masa sama, Hamidah memaklumkan fokus utama pihak hospital ketika ini adalah untuk menstabilkan keadaan Along sebelum prosedur selanjutnya bagi mengenal pasti punca pendarahan dalaman dapat dilakukan.

“Jika dia kuat dan tiada kerosakan pada organ lain, Insya-Allah dia akan sedar dengan cepat.

“Kami berharap pendarahan yang dialaminya tidak serius supaya doktor dapat menjalankan prosedur skop esok untuk mengenal pasti punca pendarahan,” katanya lagi.

Katanya lagi, keadaan pelakon filem Kaki Kitai itu juga dilaporkan tidak stabil apabila bacaan kesihatan pentingnya menunjukkan trend turun naik yang membimbangkan sejak beberapa hari lalu.

“Disebabkan jangkitan itu, tekanan darah, tahap hemoglobin dan bacaan platelet Along turun naik. Ada hari keadaannya baik, namun ada hari semua bacaan tersebut menurun.

“Tadi, semasa doktor sedang memasukkan platelet, tiba-tiba Along tidak sedarkan diri. Apabila dipanggil dan diminta membuka mata, dia langsung tidak memberi sebarang tindak balas,” katanya.

Difahamkan, kesemua ahli keluarga termasuk anak-anak serta saudara-mara dari Machang, Kelantan sudah berada di hospital bagi menemani dan memberi sokongan moral buat Along. – KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo Online
 
along-eyzendy.jpeg

PELAKON Along Eyzendy kini ditidurkan akibat komplikasi dalaman selepas pembedahan menebuk pundi hempedu.

Jangkitan kuman pada hempedu, Along Eyzendy ditidurkan

PETALING JAYA – Pelakon Along Eyzendy terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ahmad Shah (HSAS), Serdang susulan tahap kesihatan yang semakin merosot akibat jangkitan kuman pada hempedu.

Menurut isterinya, Hamidah Mohd. Yatim, Along atau nama sebenarnya Mohd. Eyzendy Mohd. Aziz, 47, pada awalnya dimasukkan ke hospital seminggu lalu selepas mengalami gejala demam dan batuk berpanjangan.

Hamidah memaklumkan suaminya menjalani prosedur menebuk pundi hempedu bagi mengatasi jangkitan kuman.

“Semalam, doktor sudah menebuk pundi hempedu bagi mengeluarkan nanah dan memang terdapat darah kotor yang keluar.

“Doktor merancang untuk memberikan antibiotik bagi merawat jangkitan itu.

“Bagaimanapun, doktor terpaksa menidurkannya buat sementara waktu untuk memberi ruang kepada badan Along berehat kerana dia berada dalam kesakitan yang amat sangat sehingga tidak dapat menjalani prosedur skop,” katanya.

Pada masa sama, Hamidah memaklumkan fokus utama pihak hospital ketika ini adalah untuk menstabilkan keadaan Along sebelum prosedur selanjutnya bagi mengenal pasti punca pendarahan dalaman dapat dilakukan.

“Jika dia kuat dan tiada kerosakan pada organ lain, Insya-Allah dia akan sedar dengan cepat.

“Kami berharap pendarahan yang dialaminya tidak serius supaya doktor dapat menjalankan prosedur skop esok untuk mengenal pasti punca pendarahan,” katanya lagi.

Katanya lagi, keadaan pelakon filem Kaki Kitai itu juga dilaporkan tidak stabil apabila bacaan kesihatan pentingnya menunjukkan trend turun naik yang membimbangkan sejak beberapa hari lalu.

“Disebabkan jangkitan itu, tekanan darah, tahap hemoglobin dan bacaan platelet Along turun naik. Ada hari keadaannya baik, namun ada hari semua bacaan tersebut menurun.

“Tadi, semasa doktor sedang memasukkan platelet, tiba-tiba Along tidak sedarkan diri. Apabila dipanggil dan diminta membuka mata, dia langsung tidak memberi sebarang tindak balas,” katanya.

Difahamkan, kesemua ahli keluarga termasuk anak-anak serta saudara-mara dari Machang, Kelantan sudah berada di hospital bagi menemani dan memberi sokongan moral buat Along. – KOSMO! ONLINE

==============================

Adoi, Along ni sakit pulak dah... Harap cepat sembuh laa. Kat IG sempat lagi dia update video kelakar, pandai je nak buat orang ketawa 😅. Mesti ramai rindu lawak-lawak dia.

 
14162991647009893-370429.jpg

14162991647009893-370430.jpg

14162991647009893-370431.jpg

14162991647009893-370432.jpg

14162991647009893-370433.jpg


KRIT1KAL DI ICU, KEADAAN ALONG EYZENDY SEMAKIN MER0SOT - ISTERI MOHON DOA : "SAYA REDA & IKHLAS TERIMA APA SAJA KETENTUAN YANG BAKAL BERLAKU"

"Buat masa ini keadaan Along sangat krit1kal dan punca sebenar pendar@han dalam perut masih belum dikenal pasti. Keadaannya dilaporkan semakin mer0sot.

"Pagi tadi doktor lakukan pros£dur dan hanya mengeluarkan darah dari perut. Doktor juga tak memberikan harapan yang baik dan menyifatkan keadaannya sebagai sangat t£ruk. Mendengar penjelasan itu saja dah cukup buatkan seseorang berasa lemah."

Itulah jelas isteri kepada Along Eyzendy iaitu Hamidah Mohd Yatim, dimana dia memaklumkan keadaan suaminya dilaporkan semakin krit1kal dan dalam masa sama bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, selepas ditidurkan di ICU sejak petang semalam.

Kata Hamidah lagi, sehingga kini doktor masih belum mengenal pasti punca sebenar pendar@han s£rius dalam perut suaminya itu, selain memberitahu, Along mempunyai tahap antibodi yang rendah sekaligus menyebabkan proses pemulihan menjadi sukar serta faktor usia.

"Menurut doktor, kebiasaannya keadaan seperti ini dikategorikan sebagai s£rius. Along juga mempunyai tahap antib0di yang rendah sejak sekian lama. Ditambah dengan jangk1tan menyebabkan proses pemulihan menjadi sukar kerana tubuhnya tidak kuat melaw@n peny@kit.

"Faktor usia turut menyumbang dia menjadi lemah. Banyak k0mplikasi berlaku termasuk kegag@lan jantung serta perkara lain tidak dijangka akib@t pros£dur rawatan.

"Keluarga cuba mengambil sisi p0sitif kerana fikiran yang p0sitif mampu menguatkan semangat. Saya reda dan ikhlas menerima apa saja ketentuan yang bakal berlaku," kongsinya yang turut mengharapkan doa orang ramai agar Along kembali pulih dan sihat.
.
.
#artismalaysia
 
14163888155602333-370841.jpg

14163888155602333-370842.jpg

14163888155602333-370843.jpg


AL-FATIHAH - ALONG EYZENDY DIJEMPUT ILAHI

Sekitar pukul 12.16 pagi pada Ahad, pelakon Along Eyzendy atau nama sebenarnya Mohd Eyzendy Mohd Aziz, 47, telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Selangor, selepas tiga hari bertarung nyawa.

Isteri Along iaitu Hamidah Mohd Yatim yang berkongsi berita sedih itu memaklumkan, Allahyarham meninggal dunia di sisi ahli keluarga.

Pada Khamis lalu, Along terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Terapi (ICU) akib@t pendar@han s£rius dalam perut sehingga terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Terapi (ICU).

Arwah dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam dan batuk berpanjangan sebelum mengesyaki terdapat jangk1tan pada stent di saluran hempedu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu Hamidah Mohd Yatim dan tiga orang anak.

Takziah diucapkan!
 
IMG_20260208_065329.jpg


Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia" PETALING JAYA – Pelakon Along Eyzendy menghembuskan nafas terakhir di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) Serdang pada pukul 12.16 tengah malam tadi.

Berita duka pemergian Along atau nama sebenar Mohd Ezendy Mohd. Aziz, 47, selepas tiga hari bertarung nyawa itu disahkan isterinya, Hamidah Mohd Yatim.

Menurut ibu kepada tiga anak itu, Allahyarham meninggal dunia di sisi ahli keluarga dalam keadaan tenang.

Pada 5 Februari lalu, Along atau nama sebenarnya Mohd. Eyzendy Mohd. Aziz, 47, terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Terapi (ICU) akibat pendarahan serius dalam perut.

Sebelum itu arwah dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam dan batuk berpanjangan sebelum disyaki terdapat jangkitan pada stent di saluran hempedu.

Pada 15 April 2021, Along juga pernah menjalani pemindahan buah pinggang yang didermakan isterinya.

Namun setahun kemudian penggiat seni asal Ipoh, Perak itu sudah kembali aktif berlakon.

Menyingkap latar belakangnya, Along lebih dulu cenderung dalam arena muzik sebagai peniup trumpet sebelum menceburi bidang lakonan pada tahun 2003.

Antara filem lakonannya adalah Lagenda Budak Hostel, Khurafat: Perjanjian Syaitan, Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Ustaz dan Mu Tunggu Aku Datang.

Difahamkan, urusan mandi jenazah akan disempurnakan di hospital sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan di Pasir Gudang, Johor.- KOSMO! ONLINE

==============================

Al-fatihah untuk Along. Sedih dengar tapi teringat IG last arwah, nampak happy je main muzik suka2. Moga dia tenang kat sana. Harap family kuat, especially wife dia yang banyak berkorban.

 
382129313d89151bd04c166f706a69b86987de5e81713

Kredit: FB - Azhar Sulaiman

Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia pada 12.16 tengah malam tadi selepas tiga hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor.

Berita kematian Along atau nama sebenarnya Mohd Eyzendy Mohd Aziz, 47, disahkan pelakon Azhar Sulaiman dalam perkongsian melalui  Facebook awal pagi ini.

“Semoga Allah Taala akan mencucuri rahmat ke atas roh arwah serta menempatkan beliau bersama orang-orang beriman. Salam takziah buat isteri, anak-anak serta seluruh keluarga arwah dan semoga akan bertabah menghadapi ketentuan yang sedih ini.

“Behar (Azhar) dan Namron (pengarah dan pelakon) pelawat terakhir. Air mata arwah masih mengalir ketika kami melihat beliau,” katanya.

Menurut laporan media, Along dirawat di hospital sejak 30 Jan lalu selepas mengalami demam dan batuk berpanjangan yang disyaki berpunca daripada jangkitan pada sten dalam saluran hempedunya, sebelum dipindahkan ke ICU dan ditidurkan pada 5 Feb.

Pelakon itu sebelum ini menderita penyakit buah pinggang dan pernah menjalani pemindahan organ itu yang didermakan isterinya, Hamidah Mohd Yatim pada 2021.

Dalam pada itu, pelakon Zalif Sidek dalam hantaran menerusi Facebook memaklumkan jenazah Allahyarham telah selamat dimandikan dan disolatkan di hospital berkenaan sebelum dibawa ke Pasir Gudang, Johor untuk urusan pengebumian.

"Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, Johor. Mohon orang ramai mendoakan agar segala urusan dipermudah serta roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya.

Penerbit dan pengarah teater Siti Rohaya Atan menerusi hantaran dalam media sosial yang sama, menyifatkan pemergian Along sebagai satu kehilangan besar buat dirinya yang telah mengenali Allahyarham lebih 25 tahun.

 
370895-370895.jpg


Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia


PETALING JAYA – Pelakon Along Eyzendy menghembuskan nafas terakhir di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) Serdang pada pukul 12.16 tengah malam tadi.

Berita duka pemergian Along atau nama sebenar Mohd Ezendy Mohd. Aziz, 47, selepas tiga hari bertarung nyawa itu disahkan isterinya, Hamidah Mohd Yatim.

Menurut ibu kepada tiga anak itu, Allahyarham meninggal dunia di sisi ahli keluarga dalam keadaan tenang.

Pada 5 Februari lalu, Along atau nama sebenarnya Mohd. Eyzendy Mohd. Aziz, 47, terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Terapi (ICU) akibat pendarahan serius dalam perut.

Sebelum itu arwah dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam dan batuk berpanjangan sebelum disyaki terdapat jangkitan pada stent di saluran hempedu.

Pada 15 April 2021, Along juga pernah menjalani pemindahan buah pinggang yang didermakan isterinya.

Namun setahun kemudian penggiat seni asal Ipoh, Perak itu sudah kembali aktif berlakon.

Menyingkap latar belakangnya, Along lebih dulu cenderung dalam arena muzik sebagai peniup trumpet sebelum menceburi bidang lakonan pada tahun 2003.

Antara filem lakonannya adalah Lagenda Budak Hostel, Khurafat: Perjanjian Syaitan, Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Ustaz dan Mu Tunggu Aku Datang.

Difahamkan, urusan mandi jenazah akan disempurnakan di hospital sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan di Pasir Gudang, Johor.- KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo Online
 
along-isteri.jpeg

SEBAGAI isteri, Hamidah reda dengan pemergian suamin ya, Along Eyzendy.

"‘Along pesan, saya kena kuat demi anak-anak’" PETALING JAYA – “Along pesan minta saya kuat demi anak-anak dan teruskan hidup jika dia tiada.”

Demikian pesanan pelakon Allahyarham Along Eyzendy kepada isterinya, Hamidah Mohd Yatim, 42, semasa hayatnya yang akan diingati sampai bila-bila.

Kata ibu kepada tiga anak itu, pesanan tersebutlah yang menguatkan keredaan hatinya menerima ketentuan Ilahi apabila Along menghembuskan nafas terakhir pukul 12.36 tengah malam tadi selepas tiga hari bertarung nyawa.

“Memang suami ada pesan suruh saya jadi kuat sebab kami ada anak-anak. Kena teruskan hidup juga kalau dia tiada.

“Life must going on’ (hidup harus diteruskan). Saya sentiasa ingat pesanannya itu yang selalu disebut sebelum dia sakit lagi.

“Mana-mana sebelum dia pergi bekerja jauh, mesti dia ingatkan saya agar jaga diri dan anak-anak,” katanya.

Menurut Hamidah, urusan pengkebumian arwah selamat disempurnakan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, Pasir Gudang, Johor pada pukul 9.30 pagi tadi.

Akuinya, dia serta anak-anak reda dengan pemergian insan yang mereka sayangi itu selain berterima kasih atas kata-kata semangat saudara mara dan sahabat mereka.

“Allahyarham Along selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, Pasir Gudang pagi ini.

“Terima kasih pada semua yang datang memberikan penghormatan terakhir, mengirimkan Whatsapp dan mendoakannya,” ujarnya.

Meningga dunia selepas tiga hari bertarung nyawa, terdahulu Allahyarham Along atau nama sebenarnya, Mohd Eyzendy Mohd Aziz, 47, dimasukkan ke wad Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang pada Jumaat minggu lalu akibat demam dan batuk berpanjangan.

Difahamkan berlaku jangkitan kuman pada stent di saluran hempedunya sehingga terpaksa ditidurkan dan arwah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSIS tengah malam tadi.

Terdahulu, Along pernah mengalami masalah buah pinggang namun kembali aktif berlakon selepas menjalani pembedahan pemindahan ginjal ginjal yang didermakan isterinya pada 15 April 2021. – KOSMO! ONLINE
==============================
Aduhai, sedih sangat cerita Along ni. Dah la baru jer tengok IG dia happy2 je ngan family. Hidup ni memang betul2 unpredictable, kan? Tapi Hamidah memang tabah giler. Harap dia terus kuat lah. 🌷

 
Back
Top
Log in Register