balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Wong menyusun stok tong air yang dijual di kedainya yang terletak di Batu Caves.
< 1 / 1 >
“KALAU boleh janganlah sampai kena catu air, kalau perlu pun buatlah selang sehari. Taklah kami peniaga ni terasa sangat.”
Itu luahan pemilik Restoran Kak Chik di Kuala Lumpur, Milah Ali, 58, yang serik dengan krisis air yang berlaku sebelum ini.
Menurutnya, cuaca panas sejak akhir-akhir ini menimbulkan kebimbangan baginya yang menjalankan operasi perniagaan makanan.
“Kalau nak simpan air sekarang takut lama sangat tak elok pula. Jadi kerajaan patut ambil langkah awal dan prihatin atas apa saja tindakan yang mahu dibuat.
“Cadang pakai air lombong tu kalau benar-benar terdesak, mesti kena jelas air tu betul-betul selamat.
“Tak mahu nanti jadi masalah kepada kami peniaga-peniaga makanan, takut menjejaskan kesihatan pelanggan pula,” katanya yang menjalankan perniagaan bermula waktu pagi hingga tengah malam.
Katanya, menjelang bulan Ramadan, dia perlu bersedia bagi sebarang kemungkinan bimbang cuaca panas menjejaskan kuantiti air.
“Bila air tak ada, bekalan air mineral naik harga. Kerajaan kena pantau, jangan sampai kami para peniaga terjejas,” katanya.
Sementara itu, pembantu kedai, Juli Azahari, 37, akui telah membuat persediaan awal menyimpan air sedikit demi sedikit.
“Saya juga menjaga orang tua sakit terlantar. Jadi memang susah kalau tak ada air. Sebab tu saya simpan sikit-sikit sebagai persediaan,” katanya yang tinggal di Desa Pandan.
Permintaan tong air menurun
PEMILIK kedai plastik dan logam, dikenali sebagai Wong, 50, hanya menjual stok musim catuan terdahulu sebagai persediaan. Jika terdapat pengumuman baru kerajaan barulah tambahan bekalan tong air akan dibuat.
Buat masa ini katanya, permintaan terhadap tong air agak berkurangan berbanding musim catuan sebelum ini.
“Ketika catuan peringkat kedua saya mampu jual sehingga 60 tong sehari. Sekarang tak banyak permintaan.
“Saya hanya jual stok yang ada sekarang ni. Kalau ada kena catu baru tambah,” katanya.
Sebagai peniaga dia akan berdepan masalah ruang penyimpanan tong sekiranya bekalan dibuat awal.
“Lagipun tong-tong ini perlu dialihkan keluar masuk kedai setiap hari. Kalau terdedah warnanya terjejas.
“Dulu ramai beli tong, kalau ada catu saya rasa mereka pun tak beli baru,” katanya.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/janganlah-ada-catu-lagi-1.294159