BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan tertipu dengan ejen pelancongan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUANTAN 17 Sept. - Orang ramai yang ingin melancong diingatkan supaya tidak menjadi mangsa penipuan kepada ejen yang menawarkan pakej pelancongan yang tidak munasabah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Pelancongan dan Warisan negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, berdasarkan laporan, terdapat ejen pelancongan yang beroperasi tetapi tidak diiktiraf Kementerian Pelancongan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai memastikan ejen berkenaan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan atau sebaliknya sebelum menerima pakej yang ditawarkan.

''Sebuah agensi pelancongan perlu memiliki lesen dan wajib berdaftar dengan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Pameran Matta Pahang 2009 yang akan diadakan di ruang legar kompleks beli-belah Kuantan Parade selama tiga hari bermula 9 Oktober ini.

Hadir sama, Pengerusi Matta negeri, Mohd. Almizat Abu Halip.

Shafik Fauzan menegaskan, pihaknya tidak mahu orang ramai terpedaya sehingga sanggup mengeluarkan wang yang banyak kepada ejen terbabit tetapi akhirnya hasrat mereka untuk bercuti tidak kesampaian.

Sementara itu, Mohd. Almizat berkata, pihaknya menjangkakan lebih 10,000 pengunjung akan mengunjungi pameran itu pada kali ini.

Menurut beliau, sebanyak 57 ejen pelancongan berdaftar terlibat dalam pameran yang berakhir pada 11 Oktober itu.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, sebanyak 63 ejen pelancongan di negeri ini berdaftar dengan Matta.

''Bagi ejen yang masih belum berdaftar, mereka dinasihati berbuat demikian bagi mengelak dikenakan tindakan," katanya.
 
Back
Top
Log in Register