TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Bangkok: Junta tentera semalam memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak memakai pakaian celoreng ketika menghadiri sebarang acara.
Jurucakap Majlis Keamanan Dan Ketenteraman Awam Kebangsaan (NCPO), Kol Winthai Suvaree berkata, tindakan itu boleh mengelirukan banyak pihak. Katanya, tambahan pula ada pihak tertentu yang bertindak di luar undang-undang ketika memakai pakaian ala tentera itu.
“Ia menyebabkan orang ramai memberi tanggapan salah kepada tentera,” katanya.
Winthai berkata, tentera mahu orang ramai bekerjasama dengan mematuhi arahan dikeluarkan itu.
“Arahan ini juga dikenakan ke atas mereka yang mahu berfesyen dengan baju tentera,” katanya.
Kenyataan itu dipercayai dibuat ekoran khabar angin mengatakan beberapa lelaki menyamar sebagai anggota tentera dan merompak petani di timur laut Thailand.
Bagaimanapun Winthai berkata, laporan mengenai rompakan itu tidak benar. “Orang ramai masih boleh membezakan antara seragam tentera sebenar atau palsu melalui cara pangkat pada pakaian berkenaan. “Orang ramai juga boleh meminta dokumen pengesahan daripada sesiapa yang mendakwa anggota tentera,” katanya. - Agensi
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Janganmain-mainpakaianceloreng/Article/index_html