BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan suka 'like' sebarangan

rizalstudio

Active+ Member
Messages
2,668
Joined
Jan 8, 2009
Messages
2,668
Reaction score
690
Points
71
Berhati-hati dan kalau boleh elakkan bila membuka link atau website yang meminta anda 'like' page tersebut. Mungkin anda ingat anda hanya 'like' page yang tertera namun ada kemungkinan mereka dibayar oleh pemilik page lain supaya menaikkan rating like page mereka. Ertikata menipu untuk mendapatkan 'like' sedangakan pemilik facebook tu nak 'like' page lain tapi sebenarnya 'like' page lain.

Mereka yang menyebarkan 'viral facebook' akan menggunakan cerita & gambar menarik sehingga anda nak tahu, baca & lihat cerita sepenuhnya. Bila anda klik, ia akan minta anda 'like' dahulu ataupun 'allow access' dimana jika berbuat demikian mereka boleh menceroboh info facebook anda untuk mendapatkan email, no hp, alamat, senarai fb rakan, post kat wall anda, tagging kawan2 dan lain. Jika anda like, anda mungkin akan like page peniaga yang membayar untuk mendapatkan servis 'like' dari pemilik website tersebut.

Masalah yang lagi buruk apabila peniaga-peniaga dari sumber yang haram meminta untuk servis itu seperti arak, judi dan lain2 yang diharamkan oleh Islam.

Sebab itu kadang-kadang, kita terlihat di news. Sahabat2 kita tiba-tiba 'like' page arak, judi, barangan2 dan perniagaan yang diharamkan. Dan itu menimbulkan fitnah tanpa disedari oleh pemilik facebook tersebut.

Berhati-hatilah. Dan sebarkan kepada rakan-rakan lain. Kepada pemilik syarikat yang suka mengambil servis like ni. Usaha lah dengan cara tersendiri. Cara itu lebih kepada menipu orang lain untuk 'like' benda yang mereka tidak mahu 'like'

Wassalam...

297502_653858494627522_375808465_n.jpg
 
hati2 bila like
 
bukan dah lame ke mcm ni... xpernah di layan.. selalu yg mcm ni blog sampah je... xpon fan page tahap sampah..
 
bukan dah lame ke mcm ni... xpernah di layan.. selalu yg mcm ni blog sampah je... xpon fan page tahap sampah..

pasal tu kekadang tengok 'page' post baru 2-3 tp like dah berpuluh ribu..
 
hati2 bila like

sbnarnya saya terperasan bila selalu tengok kawan2 like page arak. ada yang saya pm diorang jangan main like page arak tu sebab kat news keluar nama dia dan page dia like. takut mendatangkan fitnah.

pelik gak dia x reply atau sedar..
bila di amati balik baru sedar yang mungkin dia terkena viral facebook.

sampai ada blog yg menghina sahabat tu yang 'ternama dan alim' sebab like page arak. rupanya2 mungkin sahabat tu terkena dengan viral facebook ni...
 
like ni cam saham lak.

kekekkeke...
 
X tau xdak fb
tp aku smpaiknla pd yg tdkt
 
aku lau x berminat mmg x like...
ramai letak script ni kt blog..
 
br ku tahu..patut la selama ni dok heran pasai apa mbr pompuan kt pesbok aku tu leh tiba2 like page (arak)guiness stout..sedangkan diaorg jenis2 alim bertudung..bukan kaki clubing..thanks for info TT...:D
 
Back
Top
Log in Register