BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan Suka Berdebat

Bateleur

Active Member
Messages
1,514
Joined
Sep 22, 2015
Messages
1,514
Reaction score
107
Points
33
ih112.png





Soalan: Apakah status dan maksud hadith ini ?


Daripada Abi Umamah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا ضَلَّ قَوْمٌ بَعْدَ هُدًى كَانُوا عَلَيْهِ إِلَّا أُوتُوا الجَدَلَ


Maksudnya: “Tidaklah suatu kaum itu tersesat setelah mereka berada di atas hidayah melainkan orang yang suka berdebat”. [Riwayat al-Tirmizi (3176) dan Ibn Majah (47)]







Jawapan :



Alhamdulillah,

segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.


Sebenarnya kami telah menyebutnya dalam sesi soal jawab di surau JKR pada 30 Ogos yang lalu. Hadith ini juga disebut oleh Imam al-Ghazali di dalam kitab beliau, antaranya di dalam kitab al-Ihya’ dan juga al-Minhaj. Justeru itu, kami perincikan hal ini sebagaimana berikut:


Hukum Hadith

Berikut adalah beberapa pendapat ulama’ berkaitan hadith ini:

Imam al-Tirmizi menghukum hadith ini di dalam sunannya sebagai hasan sahih.

Imam Ibn Hajar al-Asqalani menghukum hadith ini hasan. [Lihat: Hidayah al-Ruwwah ila Takhrij Ahadith al-Masabih wa al-Mishkah, 1/138]
Imam Ibn Hajar al-Haithami mengatakan hadith ini sahih. [Lihat: al-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kabair, 1/202]
Al-Albani menghukum hadith ini dengan hasan. [Lihat: Sahih al-Tirmizi, 7/253]

Berdasarkan beberapa pendapat ulama’ di atas, maka kami cenderung untuk mengatakan bahawa hukum hadith ini adalah hasan.





Makna Hadith


Hadith di atas bermaksud tidak akan tersesat sesuatu kaum yang telah mendapat hidayah selagimana mereka berada di atas jalan tersebut melainkan mereka yang gemar berdebat.

Apa yang dimaksudkan dengan gemar berdebat adalah orang yang meninggalkan jalan kebenaran (hidayah) dan memilih jalan kesesatan iaitu orang yang hidupnya tidak tenang melainkan dengan perdebatan (perdebatan di atas kebathilan).

Telah berkata al-Qadhi, yang dimaksudkan daripada hadith ini adalah orang yang ta’assub dalam mempromosikan mazhab yang tidak diterima atau aqidah yang sesat bukannya berdebat untuk menzahirkan kebenaran, menyingkap keadaan, menyatakan perkara yang tidak diketahui atau mengajar kepada orang lain berdasarkan apa yang dimilikinya kerana ini semua adalah fardhu kifayah dan diluar konteks hadith. [Lihat: Faidh al-Qadir, 5/453]



Fiqh al-Hadith


Antara fiqh al-Hadith yang boleh dikeluarkan daripada hadith di atas adalah:


1. Kita perlulah sentiasa berada dan mengikut jalan hidayah iaitu jalan kebenaran.

2.Perdebatan di atas kebathilan akan menyebabkan seseorang itu jauh daripada kebenaran.

3.Sifat ta’assub adalah satu sikap yang ditentang di dalam agama.
Berdebat bagi mencari kebenaran atau di atas kebenaran adalah dibenarkan.

4.Walaupun Islam membenarkan umatnya untuk berdebat tetapi dalam masa yang sama ia perlulah dilakukan dengan cara yang harmoni dan penuh dengan adab tanpa wujud permusuhan.



Penutup


Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa memelihara akhlak dan tingkah laku apabila berada di dalam perdebatan. Dalam masa yang sama, kita perlu menjauhkan diri daripada perdebatan di atas kebathilan sebagaimana yang dinyatakan di atas.

Di sini kami datangkan beberapa kata-kata hikmah daripada Imam al-Syafie RA:

مَا جَادَلْتُ أَحَدًا إِلَّا تَمَنَّيْتُ أَنْ يُظْهِرَ اللهُ الْحَقَّ عَلَى لِسَانِهِ دُوْنِيْ

Maksudnya: “Aku tidak akan berdebat dengan seseorang melainkan aku mengharapkan Allah SWT mengzahir kebenaran di atas lidahnya berbanding diriku”.


مَا نَاظَرْتُ أَحَدًا قَطُّ عَلَى الْغَلَبَةِ
Maksudnya: “Aku tidak pernah berdebat untuk mencari kemenangan”.



Akhirnya, semoga Allah SWT memelihara dan menjauhkan lidah dan akhlak kita daripada perkara-perkara yang keji lagi munkar.


Wallahua’lam
 
Tidak berdebat dalam perkara asas hukum yang telah muktamad adalah sebenarnya salah satu adab dalam menuntut ilmu tersebut.
Maka jagalah adab ketika menuntut ilmu.
 
Good intellectual debate - Islam is a peaceful religion
watch
 
minta tolong sapa nak post link youtube sila buang s di https

kalau tidak jadi serabut post nanti
 
debat ni mcm kene menang..
elok berdiskusi shj..
 
Mcam pasrah jerrr...


PASRAH?..munkin.. :D

Daripada saya membuang masa di sini berdebat
debat penuh provokasi
yg tak ada ilmu..bonkak :p
ada yg sengaja bawak video tah apa apa
provokasi , mengada ada kan apa yg tak ada pun

dan memunkinkan tercabutnya semula hidayah
lebih baik saya berbuat perkara perkara yg lebih berfaedah :D


Berdebat utk mendapat keseronokan menyakiti hati lawan
menghijab hati sendiri drp Nur Ilmu

Lebih baik saya menjaga saja hati saya sendiri :D

sedang Ilmu itu adalah Nur
bagaimana Nur nak menembuh masuk pada cermin hati yg kotor?

dengar baik bait bait dibawah..

“Allah (Pemberi) cahaya langit dan bumi.
Umpama CahayaNya itu
seperti Misykat yang di dalamnya ada pelita.

Pelita itu di dalam kaca
dan kaca itu bagaikan bintang bergemerlapan,

dinyalakan oleh minyak dari pohon yang diberkahi,
pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak di barat,
minyaknya hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api.

Cahaya di atas cahaya.

Allah memberikan petunjuk kepada CahayaNya bagi sesiapa yang Dia kehendaki,
dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengatahui segala sesuatu"


wallahu a'lam.....
 
Last edited:
Tread menarik..

Kalo kita dipihak yang benar tapi pihak salah bersungguh kata salah tanpa beri apa2 alasan, apa yang perlu dibuat tt??

Kita nak betulkan dia bukan nak berdebat, tapi akan terjadi perdebatan juga..
 
Tread menarik..

Kalo kita dipihak yang benar tapi pihak salah bersungguh kata salah tanpa beri apa2 alasan, apa yang perlu dibuat tt??

Kita nak betulkan dia bukan nak berdebat, tapi akan terjadi perdebatan juga..

Salam. Ayat ni insyaAllah boleh tunjuk kita jalan terbaik dalam menyeru kepada kebenaran.

Surah: Lebah (16)

16:125. Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah[845] dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

16:126 Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu[846]. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar.

16: 127. Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan.

16: 128. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.
 
Back
Top
Log in Register