BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan Risau -Tiket bas raya masih banyak

feer6452

Super Active Member
Messages
8,855
Joined
Apr 23, 2011
Messages
8,855
Reaction score
26
Points
70
image.jpg

Mohd Hussin menunjukkan tiket bagi tarikh 25 dan 26 Julai yang masih belum dikeluarkan dalam sistem.



KLANG - Orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri dapat menarik nafas lega apabila tiket bas untuk pulang ke kampung masih banyak belum dijual.

Tinjauan di sekitar stesen bas Klang Sentral, Meru mendapati masih banyak tiket belum terjual khususnya untuk tarikh 25 dan 26 Julai depan untuk perjalanan ke Utara dan Selatan.

Pemeriksa bas, Mohd Hussin Alahu, 22, berkata, dalam sistem komputer juga tiket untuk dua tarikh itu belum dikeluarkan.

“Kemungkinan minggu depan, 15 Julai kita mula keluarkan senarai tiket untuk tarikh itu dalam sistem.

“Sehingga kini ramai yang membeli tiket untuk pulang ke kampung khususnya ke Selatan dan Utara namun tarikhnya lebih awal sekitar seminggu sebelum Aidilfitri,” katanya.

Pemeriksa bas, Rafi Alahu, 25, kebanyakan orang awam gemar membeli tiket pada saat akhir dan dijangka lebih ramai akan membanjiri kaunter tiket ini untuk mendapatkan tiket pulang ke kampung minggu depan.

“Bermula 20 Julai ini harga tiket dijual dengan harga tambahan RM3 dan RM5 mengikut lokasi perjalanan.

“Perjalanan biasa contohnya ke Butterworth harga tiket RM40 dan menjelang Aidilfitri ini ia dijual pada harga RM43,” katanya.

Beliau berkata, ini perkara biasa berlaku sejak sebelum ini lagi.

“Orang ramai boleh mendapatkan tiket awal bagi mengelak kesesakan.

“Sehingga kini tiada bas tambahan disediakan memandangkan tiket masih banyak belum terjual. Ia bergantung kepada keadaan semasa,” katanya.​
 
Back
Top
Log in Register