BTC USD 86,366.8 Gold USD 4,369.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan menilai orang lain hanya dari luaran semata2

underscore

Legendary Member
gem
Messages
19,745
Joined
Sep 20, 2008
Messages
19,745
Reaction score
5,497
Points
486
KISAH DARI RASULULLAH SAW

Baginda Rasulullah saw telah menceritakan kepada kita sebuah kisah berikut:

"Ketika mana seorang bayi sedang menyusu susu ibunya, tiba-tiba lalu seorang lelaki yang menunggang kenderaan yang mewah dan penampilan yang hebat.

Si ibu berdoa "Ya Allah jadikanlah anakku ini seperti lelaki ini."

Lalu bayi tersebut meninggalkan puting susu ibunya dan melihat ke arah lelaki tersebut, seraya berkata " Ya Allah jangan jadikan aku sepertinya."

Kemudian itu menghadap kembali puting susu ibunnya dan meneruskan menyusu.

Kemudian lalu sekumpulan manusia yang memukul seorang hamba wanita sambil berkata " Engkau berzina , engkau mencuri." Perempuan itu hanya berkata حسبي الله ونعم الوكيل .

Si ibu yang sedang menyusukan anaknya berkata "Ya Allah jangan jadikan anakku seumpamanya."

Bayi itu sekali lagi meninggalkan puting susu ibnunya dan melihat ke arah perempuan itu , seraya berkata "Ya Allah jadikanlah aku seumpama perempuan itu."

Kemudian berlaku perbincangan diantara siibu dan sianak yang masih bayi.

Si ibu berkata "Tadi apabila lalu seorang lelaki yang elok penampilannya, aku pun berkata "Jadikan anakku seumpamanya." Engkau pula berkata "Ya Allah jangan jadikan aku seperti lelaki ini."

Bila manusia memukul seorang wanita sambil berkata "Engkau berzina , engkau mencuri."

Aku pun berdoa " Ya Allah jangan jadikan anakku seumpamanya." Namun engkau berdoa "Ya Allah jadikan aku sepertinya." Kenapa engkau menyalahi doaku?"
 
Si anak menjawab:

"Sesungguhnya lelaki itu sebenarnya adalah seorang jahat, lalu aku berdoa "Ya Allah jangan jadikan aku sepertinya."

Adapun perempuan ini yang dilemparkan kepadanya tuduhan "Engkau berzina, engkau mencuri.

"Sedangkan dia tidak melakukan semua itu. Oleh itu aku berdoa

"Ya Allah jadikan aku sepertinya (bebas dari melakukan maksiat)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim - sahih)



Pengajaran Hadis

Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa kita tidak boleh menilai seseorang dan mudah untuk melabel dan menghukum seseorang lebih2 lagi tanpa usul periksa
 
Menilai Manusia Bukan Tugas Kita

Saudara dan saudari yang dirahmati Allah,


Dalam kehidupan seharian, kita sering terdorong untuk membuat penilaian terhadap orang lain – dari segi penampilan, cara hidup, atau kesilapan masa lalu mereka. Namun, kita perlu ingat bahawa menilai hati dan kedudukan seseorang di sisi Allah bukanlah tugas kita. Itu adalah hak mutlak Allah SWT yang Maha Mengetahui segala sesuatu, termasuk niat dan taubat seseorang.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat ayat 12:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain…”

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Allah melarang kita daripada bersangka buruk dan mencari kesalahan orang lain.

Nabi SAW juga bersabda:


“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu.”
(Riwayat Muslim)

Jadi, apa yang kita lihat secara zahir belum tentu menggambarkan kebenaran batin seseorang. Mungkin seseorang yang kita anggap biasa-biasa saja atau penuh dosa, sebenarnya sangat dekat di sisi Allah kerana taubat dan amalnya yang tersembunyi.

Tugas kita adalah memperbaiki diri, bukan menghukum orang lain. Jika kita benar-benar prihatin terhadap saudara kita, tegurlah dengan hikmah dan kasih sayang – bukan dengan perlian melampau, caci maki atau penghinaan.

Akhir sekali, ingatlah bahawa setiap manusia sedang dalam perjalanan memperbaiki diri. Berikan ruang untuk mereka berubah sebagaimana kita juga mengharapkan ruang dari Allah untuk memperbaiki diri kita.

Semoga Allah membersihkan hati kita daripada penyakit suka menilai dan menghukum, serta menjadikan kita insan yang rendah hati, penuh kasih sayang, dan sentiasa memperbaiki diri.

 
Back
Top
Log in Register