BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Jangan masuk trek joging'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


SEGAMAT - Pengunjung di taman rekreasi di daerah ini diingatkan supaya tidak membawa kenderaan mereka memasuki trek joging dan dalam kawasan taman atau dikenakan kompaun RM250 bagi setiap kenderaan.

Yang Dipertua Majlis Daerah Segamat (MDS), Ismail Abu berkata, amaran itu adalah untuk keselesaan pengunjung lain yang sedang menggunakan kemudahan taman selain menitik beratkan sikap hormat-menghormati kerana kemudahan yang disediakan adalah untuk kegunaan bersama.

Menurutnya, kebanyakan kawasan riadah hampir setiap petang kebiasaannya dipenuhi pengunjung yang datang untuk beriadah tetapi kadangkala kecewa apabila kawasan taman dilalui kenderaan seterusnya menganggu aktiviti riadah selain peralatan yang rosak.

“Pihak kita menguatkuasakan setiap kenderaan yang memasuki kawasan riadah tambahan menggunakan kenderaan melalui trek joging akan dikenakan kompaun sebanyak RM250 bagi setiap kenderaan.

“Perkara ini telah lama dijalankan setelah kita melihat papan tanda amaran dan besi pengadang yang disediakan di pintu masuk taman tidak diendahkan dan masih terdapat segelintir pengunjung membawa masuk kenderaan mengikut laluan tepi pengadang,” katanya.

Pihaknya sentiasa mengambil kira aduan orang ramai demi keselesaan penduduk dan pengunjung di daerah ini selain meletakkan beberapa petugas untuk memantau keadaan tersebut sebagai salah satu jalan penyelesaiannya.

“Hampir setiap petang ada sahaja kenderaan yang memasuki kawasan taman rekreasi lebih-lebih lagi motosikal yang mengelilingi trek joging tanpa rasa bersalah.

“Perkara ini bukan sahaja menyalahi undang-undang yang telah ditetapkan malah mendatangkan risiko kepada pengunjung yang lain ketika sedang berjoging atau beriadah bersama keluarga mereka,” katanya.

Justeru pihaknya meminta jasa baik kepada semua pengunjung untuk menghormati pengunjung lain kerana kemudahan yang disediakan bukan untuk kepentingan individu sahaja.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/jangan-masuk-trek-joging-1.24388
 
tmpt tue khas tuk berjoging..
bkn tmpt tuk bwk kenderaan..
 
bahaya. kang tersilap langgar org naya je
 
selalu je jumpa spesis ni time joging..
 
dari hutan mana la dtg diorang ni... tak faham bahasa.

patut ikat je kat motor,lepas tu tolak masuk dlm tasik.
 
Tolak je moto tu masuk tasik sebelah tu.
Mesti sampai mati org tu ingat punye.
 
Back
Top
Log in Register