BTC USD 62,135.3 Gold USD 4,436.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan marah anak2 buat begini

nita8786

Fun Poster
Messages
630
Joined
Oct 17, 2011
Messages
630
Reaction score
168
Points
23
JANGAN MARAH ANAK2 BUAT BEGINI

Teringat pula pada kisah Rasulullah dengan cucunya, Hasan & Husein.. saya kongsikan hadis ini utk bacaan bersama yea :

Dipetik dari hadis riwayat An-Nasai :

Ketika waktu datang solat Isyak, Rasulullah saw datang sambil membawa Hasan dan Husin. Baginda kemudian maju (sebagai imam) dan meletakkan cucunya. Beliau kemudian takbir untuk solat. Ketika sujud, baginda pun memanjangkan sujudnya. Ayahku berkata, ‘Saya kemudian mengangkat kepalaku dan melihat anak kecil itu berada di atas punggung Rasulullah saw. yang sedang bersujud. Saya kemudian sujud kembali.’ Setelah selesai shalat, orang-orang pun berkata, ‘Wahai Rasulullah, saat sedang sujud di antara dua sujudmu tadi, engkau melakukannya sangat lama, sehingga kami mengira telah terjadi sebuah peristiwa besar, atau telah turun wahyu kepadamu.’ Baginda kemudian berkata, ‘Semua yang engkau katakan itu tidak terjadi, tapi cucuku sedang bersenang-senang denganku, dan aku tidak suka menghentikannya sampai dia menyelesaikan keinginannya.


994516_361200980674706_275230225_n.jpg
 
yup..jangan sesekali marah anak kalau camni
 
aku kalau setakat panjat2 ok lagi. bila dia dah start cucuk2 geletek2, mmg ketawa la jawabnya. aku ni sensitif sikit dengan geletek2 ni. huhuhu

tapi tak boleh la marah anak. senyum je la.
 
pernah dengar ceramah UAI
jangan marah anak yg bermain
kat atas sejadah masa ore sembahyang
takut besar nanti lansung tak sentuh sejadah hu..hu..
 
Klau kena kat ustad pubin,mau terajang cucu dia....
 
selalu si kecik ikut cara solat n usik2 time solat...tahan gelak jer la
 
Back
Top
Log in Register