BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan makan makanan berkulat walaupun bahagian berkulat sudah dibuang

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,485
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,485
Reaction score
1,681
Points
201
6201529886473045423_120.jpg

6201529886473045424_120.jpg


Nampak kulat, buang sikit terus sambung makan? Salah tu! Dr Izzar jelas sebabnya

MASIH ramai yang menganggap makanan berkulat tidak berbahaya asalkan bahagian yang terjejas dibuang. Malah, ada juga yang sanggup makan semula makanan tersebut untuk mengelakkan pembaziran.

Namun, tahukah anda bahawa tindakan ini sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan? Ini berikutan kes makanan yang dibeli secara atas talian yang mengambil masa lama untuk sampai sehingga penerimanya mendapat makanan yang sudah berkulat.

Malah, ada yang sampai memuat naik video mereka membuang bahagian yang berkulat sebelum menikmatinya seperti biasa.


Menurut beliau, kulat yang muncul di permukaan makanan yang selalunya berwarna hijau itu hanyalah sebahagian daripada struktur keseluruhan kulat yang dikenali sebagai spora.

“Kalau buang bahagian spora sahaja, bahagian akar itu masih ada lagi. Dan ini bermakna, anda masih makan, walaupun bahagian makanan yang ada spora sudah dibuang,” katanya dalam satu video dimuat naik di Instagram.

Suami kepada pelakon Ummi Nazeera itu turut menerangkan bahawa, kulat mempunyai sistem akar halus yang menjalar jauh ke dalam makanan dan bahagian ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Jadi, walaupun permukaan kulat dibuang, sisa akarnya masih tertinggal dan boleh dimakan tanpa disedari.

Lebih membimbangkan, kulat bukan sekadar merosakkan rupa dan rasa makanan, tetapi turut menghasilkan bahan toksik yang dipanggil mikotoksin iaitu sejenis racun yang boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti alahan teruk dan gangguan pernafasan, khususnya kepada mereka yang sensitif atau mempunyai imuniti yang rendah.

Atas faktor tersebut, Dr Izzar menasihatkan agar makanan yang sudah berkulat dibuang terus tanpa sebarang kompromi.

Beliau turut mengingatkan ibu bapa agar melatih anak-anak untuk tidak mengambil mudah soal makanan yang sudah tercemar, walaupun hanya sedikit bahagian yang rosak.

“Kalau nampak roti, kek atau kuih berkulat, jangan buang bahagian kulat dan kemudian makan. Buang sahaja terus makanan berkulat. Ajar anak-anak sekali,” tambahnya lagi.


Kredit ➡️ Sinar Plus
 
Back
Top
Log in Register