BTC USD 62,571.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan guna BB1M untuk dapatkan wang segera

helmisaman

Legendary Member
gem
Messages
11,106
Joined
Jul 15, 2011
Messages
11,106
Reaction score
266
Points
131
Jangan guna BB1M untuk dapatkan wang segera


2012/01/12

KUCHING: Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Unimas, Prof Mohd Fadzil Abd Rahman Para penuntut Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) diingatkan tidak menggunakan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) mereka sebagai jalan cepat untuk mendapatkan wang.

Beliau berkata, terdapat desas-desus menyatakan pelajar universiti berpakat dengan pekedai buku untuk menukarkan baucer bernilai RM200 itu dengan wang tunai hanya pada nilai antara RM130 dan RM150 setiap satu.

"Saya harap tiada pelajar Unimas yang terlibat dalam pakatan seperti ini," katanya pada satu majlis simbolik penyerahan BB1M di universiti itu, yang disempurnakan Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah.

Fatimah dalam ucapannya berkata kerajaan memperuntukkan RM260 juta untuk BB1M bagi manfaat kira-kira 1.3 juta pelajar seluruh negara.

Sementara itu, wakil pelajar Unimas, Wong Yi Han berkata Majlis Pelajar universiti itu bercadang mengadakan satu pesta buku di kampus mereka sebagai satu cara untuk mengelakkan penyelewengan penggunaan baucer berkenaan. - BERNAMA
 
Back
Top
Log in Register