TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Kajang: Seorang janda yang terbabit dalam kegiatan militan menyamai pertubuhan Al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah (JI) berjaya diberkas polis awal pagi, semalam.
Penahanan wanita tempatan berasal Kuala Lumpur itu menjadikan 10 suspek diberkas setakat ini oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Polis Bukit Aman dalam operasi diadakan di Selangor dan Kedah kelmarin.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, wanita terbabit dipercayai adalah salah seorang daripada ahli kumpulan militan itu.
Menurutnya, semua individu membabitkan lapan lelaki dan dua wanita itu mempunyai hubung kait dengan pergerakan Al-Qaeda dan JI selain didapati pernah mendapat latihan ala tentera di dalam dan luar negara.
Foto
ZAHID menunjukkan jersi diterimanya, semalam.
“Polis turut merampas beberapa senjata antaranya pisau Rambo, pedang samurai, pakaian ala tentera, buku-buku jihad termasuk bendera kumpulan militan itu.
“Kumpulan ini mempunyai rangkaian di luar negara dan pernah menyertai misi jihad di beberapa buah negara yang sedang bergolak,” katanya selepas majlis ‘Pemakaian Pangkat Time Based berasaskan kecemerlangan koperal dan sarjan penjara’, pelancaran unit pengiring bermotosikal dan jersi pasukan bola sepak Penjara FC.
Hadir sama, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Omar.
Ditanya sama ada kumpulan militan itu mensasarkan keganasan di negara ini, Zahid berkata, polis sedang melakukan siasatan mendalam berhubung kemungkinan itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jandadicekupawalpagi/Article/index_html