BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jamuan dadah

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Sebahagian daripada 51 individu yang ditahan polis dalam satu serbuan ke atas sebuah penthouse kerana terlibat dalam sebuah parti liar dan penyalahgunaan dadah di Kuala Lumpur, malam kelmarin.​

KUALA LUMPUR 31 Mei - Makanan atau minuman yang lazat mungkin menjadi sajian biasa dalam sesebuah majlis.

Bagaimanapun dalam satu parti liar yang dianjurkan di sebuah penthouse di tingkat 44 sebuah kondominium mewah di ibu negara awal pagi semalam, jemputan turut dijamu dengan variasi dadah ‘goyang’ iaitu methamphetamine, ekstasi, erimin 5 dan amphetamine.

Dadah ‘goyang’ ini sememangnya terkenal sebagai pilihan utama golongan muda di negara ini, khususnya di kelab-kelab malam.

Semasa serbuan selama empat jam bermula pukul 12.30 tengah malam yang dilakukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi itu, seramai 51 individu berusia antara 16 hingga 35 tahun ditahan termasuk dua lelaki dan empat gadis bawah umur.

Serbuan itu telah mendapat perhatian daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengucapkan tahniah terhadap kejayaan yang dicapai.

“Syabas IPD Dang Wangi, KL @PDRMsia gagalkan aktiviti Parti Dadah Liar di Time Square, KL tadi. Seramai 51 orang ditangkap termasuk penganjurnya. Go PDRM Go,” katanya di laman Twitter miliknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pihak JSJN telah memulakan risikan terhadap penganjuran parti liar itu sejak lebih sebulan lalu sebelum melakukan serbuan.

“Parti liar melibatkan penyalahgunaan dadah ini merupakan satu parti persendirian dan kesemua yang hadir dijemput melalui sistem komunikasi WeChat.

“Mereka hanya perlu membayar sebanyak RM20 untuk menyertai parti ini dan berdasarkan siasatan kita, premis ini telah disewa sejak empat bulan lalu. Penganjurnya yang berusia 23 tahun turut ditangkap,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zainol berkata, dalam serbuan itu, seramai 33 lelaki ditahan selebihnya adalah 18 wanita.

“Seorang lelaki ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya kerana dipercayai membekalkan dadah dan tujuh individu lagi diberkas mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki dadah.

“Seramai 11 lelaki dan sembilan wanita juga positif saringan ujian air kencing dan ditahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya,” ujarnya.

Tambah Zainol, enam remaja bawah umur itu telah dijamin dan 18 suspek masih lagi direman mengikut Seksyen 12 (2) dan 39B Akta Dadah Berbahaya.
 
Amerika lah sangat. Itu yang nak diikutnya...
 
Back
Top
Log in Register