BTC USD 84,376.5 Gold USD 4,112.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

James Bond 007 - Spectre

TengkuHaadi

Active+ Member
Messages
4,628
Joined
Mar 24, 2008
Messages
4,628
Reaction score
593
Points
81
Bekas pelakon Bond, Pierce Brosnan, mempunyai pandangan tersendiri terhadap filem terbaharu James Bond, Spectre.

Menurutnya, jalan cerita Spectre lemah dan durasinya terlalu panjang.

Brosnan, yang memegang watak Bond sejak 1995 hingga 2002, bagaimanapun memuji lakonan Daniel Craig dalam Spectre.

"Saya rasa filem ini terlalu panjang, ceritanya pun lemah," ujar lelaki berdarah Ireland itu kepada HitFix.

"Sebenarnya, Spectre dapat lebih disingkatkan durasinya," tambahnya.

Brosnan sebelum ini sememangnya telah dianggap sebagai legenda mata-mata 007.

Sejak 1995, Brosnan memegang watak Bond dalam filem Golden Eye, Tomorrow Never Dies, The World Is Not Enough dan Die Another Day.

p/s Memang meleret n tak best langsung Spectre. Banding dua2 Jebon ni, watak Jebon lakonan Daniel Craig lagi nampak real James Bond. Jebon2 sebelum ni kalu tak mengawan tak sah.
 
xtgk lg citer ni.. so no komen.. huhu
 
Mana lg best banding dgn mi rogue nation
 
mana lebih aksi berbanding polis evo?
 
ada turun naik.

best.
casino royale
skyfall

kureng.
quantum of solace
spectre.
 
Back
Top
Log in Register