BTC USD 82,376.8 Gold USD 4,164.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jambatan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Jambatan Eshima Ohashi di Jepun merupakan jambatan ketiga paling bahaya di dunia dengan mempunyai kecerunan sebanyak 6.1 peratus. AGENSI​

TOKYO 30 April – Sebuah jambatan di Jepun sering menjadi igauan buruk buat pemandu kenderaan kerana kecerunannya yang amat tinggi ekoran rupa bentuk kemudahan infrastruktur itu yang direka khas untuk membolehkan kapal lalu di bawahnya.

Jambatan Eshima Ohashi yang dipanggil sebagai jambatan roller-coaster, berukuran lebih 1.6 meter panjang merupakan yang ketiga terbesar di dunia dengan mempunyai tahap kecerunan tinggi iaitu 6.1 peratus.

Menurut portal Mirror, jambatan konkrit tersebut dibina melintasi Tasik Nakaumi bagi menghubungkan bandar Matsue dan Sakaiminato, selain membolehkan kapal belayar di bawah jambatan berkenaan.

Laluan dua lorong di jambatan tersebut mempunyai lebar jalan 11.4 meter, sekali gus memberi cabaran kepada pemandu untuk menuruni jalan yang cerun dengan kelajuan maksimum hanya 40 kilometer sejam.

Jambatan berkenaan mula dibina pada 1997 sebelum dibuka kepada orang awam pada 2004. Jambatan tersebut juga menjadi tarikan pelancong dan orang ramai untuk cuba menuruni laluan berbahaya itu.

Namun, jambatan itu bukan yang paling menggerunkan di dunia kerana Jambatan Sungai Sidhue di China menghubungkan bandar Shanghai dan Chendo mengungguli carta jambatan gerun dengan mempunyai ketinggian 459 meter, sekali gus menjadi jambatan paling tinggi di dunia.

Tempat kedua diduduki Jambatan Millau Viaduct di Perancis yang mula digunakan pada 2004 mencapai ketinggian 270 meter, lebih tinggi daripada Menara Eiffel yang merupakan simbol kebanggaan negara itu.
 
Dah sama naik bukit bangunan kat sri aman dah ni. Keta aku sampai guna gear 1 bila nak sampai puncak.. econ semua off
 
Gila gerun aku naik genting pon dh kecur perot
 
gerunlah pulak tengok kecerunan laluan ni
 
Back
Top
Log in Register