BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jamal diarah keluar Pengasih

iswaraburuk

Legendary Member
gem
Messages
10,547
Joined
Sep 11, 2009
Messages
10,547
Reaction score
76
Points
120
Selepas hampir lima tahun penyanyi Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali (gambar kecil) menjadi penghuni rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) di Bukit Tunku di sini, penyanyi tersohor itu dikatakan telah diarah keluar oleh pihak pengurusan pusat berkenaan pada awal November lalu.

Penyanyi itu dikatakan meninggalkan rumah tersebut pada awal November lalu setelah dia menerima surat arahan supaya keluar dari rumah perlindungan dan pemulihan akhlak itu yang disediakan untuk golongan penagih dadah.

Jamal, 52, yang ditemui selepas sidang akhbar Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah dan Pelancaran Album Raja Pop 2 di pejabat Warner Music Malaysia di sini semalam bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara tersebut tetapi mengaku lebih tenang duduk di luar berbanding di Pengasih.

"Saya lebih tenang berada di luar (Pengasih) daripada duduk di dalam. Kalau boleh saya tak mahu tumpang orang dan nak duduk di rumah sendiri.

"Saya minta maaf kerana tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara ini. Tunggulah nanti saya adakan sidang akhbar bagi menjelaskan isu ini," katanya yang kini menyewa sementara menunggu rumah baharunya yang dijangka siap pada bulan Februari tahun hadapan
 
hurmmmm duk luar habis lar jamal... sakit balik lar mamat nih... tp statement yg dia cakap duk luar pengasih lagi tenang memang lawak... 5 tahun duk situ.. kena notis baru cakap tak tenang duk dlm tu.. gilos...
 
suara baik..tapi tulah..sikit2 dadah dadah..
 
5 thn dlm pengasih , aku blh andai yg jamal dah blh kuat...mgkn pengasih suruh keluar untuk jamal control godaan yg sebenar kat luar, pengasih tak buang dia, cuma nak tgk dr jamal sejauh mana jamal betul2 berubah...bakat dia ada cukup besar, godaan yg ada lagi BESAR....
 
adakah jamal mampu bertahan di luar sana?kita tunggu dan lihat
 
dia org dah suruh jamal kuar lama dah... cuma jamal yg tak nak.. memang dia kalo keluar hanyut lar... dia dgn anak dia si osama tu memang duk situ.. tp dia bukan campur dgn bdk2 yg baru masuk tu...
 
duit banyak..apa nak semua dapat..hanyuutt...
 
jamal jgn nk salahkn org lain,.. dia sndri yg cri pnykit, mana ade org lain duk situ sapa 5 thun, klu dia beli terus pengsih pe salhnye trus bhti nyanyi jd presiden pngasih lagi afdal
 
Back
Top
Log in Register