BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jamal ambil tugas pengarah

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR 20 Julai - Penarikan diri artis pelakon dan pengarah popular, Fauziah Ahmad Daud sebagai pengarah persembahan Konsert Jamal... Kembara Seniman bulan depan menyebabkan penyanyi Jamal Abdillah terpaksa mengambil alih sendiri tugas itu.

Berikutan penarikan diri Fauziah atau Ogy sebagai pengarah persembahan untuk teater muzikal itu, Jamal mengakui, beliau kini berdepan dengan tekanan.

Menurut seniman itu, ini kerana selain harus memberi persediaan pada aspek nyanyian, beliau pada masa yang sama harus memastikan persembahan keseluruhan konsert itu kelak berjalan lancar.

"Untuk mengarahkan segmen teater muzikal, ia sememangnya memakan masa yang agak lama dan memerlukan individu yang berpengalaman luas dalam bidang seni.

"Jadi, selepas Ogy menarik diri, saya membuat keputusan untuk mengambil tugas itu," katanya ketika ditemui pada sesi latihan Konsert Jamal... Kembara Seniman di Istana Budaya (IB) di sini hari ini.

Jamal bagaimanapun bernasib baik kerana dia dibantu oleh Zainal Abiddin Bujang yang juga pengarah tari muzikal itu.

Ditanya mengenai sebab utama Ogy menarik diri, Jamal menjelaskan, Ogy memaklumkan tidak dapat memberi komitmen untuk konsert itu kerana terikat dengan beberapa tanggungjawab lain.

Konsert Jamal... Kembara Seniman bakal diadakan di Panggung Sari, IB bermula 5 hingga 9 Ogos ini.

Diterbitkan syarikat produksi milik Jamal, Bintang Channel Sdn. Bhd., konsert itu dianjurkan sempena sambutan ulang tahun ke-30 beliau sebagai penghibur sebaik bergelar juara Bintang RTM 1979.

Kumpulan Utusan adalah rakan media yang akan menyokong penganjuran konsert tersebut.

Menurut Jamal, konsert dua jam setengah itu terbahagi kepada tiga segmen iaitu teater muzikal, penyiaran rakaman temu bual bersama beberapa tokoh negara dan konsert nyanyian.

Antara paparan segmen dalam konsert berkenaan ialah meliputi penceritaan kelahiran Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali selain kenangan menyanyi di bawah pokok, konflik bersama pemuzik veteran, Datuk Ahmad Nawab dan banyak lagi.

Sementara itu, Jamal menjelaskan, sehingga kini sesi latihan yang turut melibatkan penyertaan 50 artis budaya IB berjalan lancar.

"Kita sudah mulakan latihan beberapa hari yang lalu. Saya bersyukur kerana mendapat kerjasama daripada artis-artis IB yang sememangnya begitu arif dalam aspek persembahan teater muzikal," katanya.

Pada masa sama, Jamal juga masih belum mendapat sebarang penajaan daripada mana-mana pihak bagi menjayakan konsertnya itu.

Bagi mereka yang ingin menonton Konsert Jamal... Kembara Seniman, tiket-tiket berharga RM75, RM100, RM150, RM250 dan RM300 kini sudah mula dijual.

Tempahan dan pembelian tiket boleh dilakukan menerusi laman web www.ticket2u.biz atau menghubungi talian 03-41498600 manakala maklumat lanjut mengenai konsert boleh diperoleh dengan melayari www.istanabudaya.gov.my atau 03-40265555.
 
Alasan nak isap dadah balik ler tu :))
 
dah tua tu, bawak-bawaklah bertaubat..
 
Back
Top
Log in Register