rodaira
Active Member
- Messages
- 1,677
- Joined
- Apr 13, 2007
- Messages
- 1,677
- Reaction score
- 312
- Points
- 41
Satu kelebihan platform Android adalah ia sumber terbuka dan berasaskan Linux, maknanya ia boleh dijalankan atas platform Linux dan lain-lain. Ada pelbagai cara untuk anda menjalankan Android termasuklah memasang OS itu sendiri di PC tapi bukan semuanya serasi. Jadi apa lagi cara yang boleh digunakan?
Ya, ada cara lain — ia dipanggil Emulator. Dengan erti mudah, ia mewujudkan persekitaran palsu yang konon-kononnya Android ni tengah jalan di CPU ARM. Rasanya, tafsiran ini semua dah boleh faham kot. Kalau tak faham gak, buat-buatlah faham…huhu
Sebelum mulakan…
Inilah perkara-perkara yang akan kita buat untuk memastikan tutorial ini berjaya:
Ayuh, kita mulakan langkah seterusnya!
Muat turun SDK Android dan jalankannya
Klik sini untuk muat turunnya. Setelah dimuat turun, Extract folder berkenaan. Ikut suka nak letak kat mana-mana pun (jangan dalam Trash sudah). Pergi ke folder yang diekstrak tadi > tools. Dwi-klik pada android.
Pilih Run apabila ditanya.
Dapatkan versi Android yang diperlukan dan bina Virtual Device / Emulator
Apabila pertama kali menjalankan SDK ini, tiada OS Android yang boleh dibina memandangkan ia hanya SDK kosong yang penat-penat korang download dengan kelajuan internet Malaysia yang teramat laju ini.
Untuk itu, dapatkan Android yang diperlukan dengan pergi ke Available packages > tandakan pada SDK Platform Android x.x.
x.x merujuk pada versi Android
Setelah segalanya dimuat turun dan dipasang pergi pula ke Virtual devices > klik New.
Isikan maklumat yang diminta dan tambahkan Hardware seperti di bawah.
Klik Virtual device yang dah dihasilkan > klik Start > klik Launch pula apabila ditanya.
Inilah rupanya jika Emulator berjaya dijalankan! Yeayy!
http://www.gumuu.com/v/i/id=wwst,vb=1,w=350,h=250
Memasang aplikasi pada Emulator
Korang muat turun di sini contoh permainan Android yang dipanggil Puzzle Princess. Simpan fail APK ni dalam folder platform-tools.
Gantikan /xxx/xxx/xxx/ dengan direktori sebenarnya folder SDK tadi.
Kemudian, pasangkan fail APK tadi.
Gantikan puzzleprincess.apk jika anda mempunyai fail APK sendiri.
Siap! Lihatlah hasilnya!
SUMBER

- Dapatkan SDK Android dan dapatkan versi Android yang diperlukan.
- Bina satu Emulator dengan spec yang dikehendaki.
- Pasangkan aplikasi yang ingin digunakan — dalam bentuk APK.
- Ucapkan terima kasih jika tutorial ini membantu anda. Budi bahasa budaya kita! Lupa mengucapkan terima kasih mungkin menyebabkan ilmu yang diterima tidak berkat yang mana sedikit sebanyak mengganggu-gugat kejayaan tutorial yang hendak dibuat.
Ayuh, kita mulakan langkah seterusnya!
Muat turun SDK Android dan jalankannya
Klik sini untuk muat turunnya. Setelah dimuat turun, Extract folder berkenaan. Ikut suka nak letak kat mana-mana pun (jangan dalam Trash sudah). Pergi ke folder yang diekstrak tadi > tools. Dwi-klik pada android.
Pilih Run apabila ditanya.
Dapatkan versi Android yang diperlukan dan bina Virtual Device / Emulator
Apabila pertama kali menjalankan SDK ini, tiada OS Android yang boleh dibina memandangkan ia hanya SDK kosong yang penat-penat korang download dengan kelajuan internet Malaysia yang teramat laju ini.
Untuk itu, dapatkan Android yang diperlukan dengan pergi ke Available packages > tandakan pada SDK Platform Android x.x.
x.x merujuk pada versi Android
Setelah segalanya dimuat turun dan dipasang pergi pula ke Virtual devices > klik New.
Isikan maklumat yang diminta dan tambahkan Hardware seperti di bawah.
Klik Virtual device yang dah dihasilkan > klik Start > klik Launch pula apabila ditanya.
Inilah rupanya jika Emulator berjaya dijalankan! Yeayy!
http://www.gumuu.com/v/i/id=wwst,vb=1,w=350,h=250
Memasang aplikasi pada Emulator
Korang muat turun di sini contoh permainan Android yang dipanggil Puzzle Princess. Simpan fail APK ni dalam folder platform-tools.
Buka terminal dan taipkan arahan di bawah. Pastikan Emulator tadi tengah berjalan, jangan tutup dulu.Pembaca : Yewww!!! Apsal bagi contoh game Princess ni?
Jomlinux : Ewah…ewah..banyak cekadak plak ye. Suka hati kita oranglah yang buat tutorial.
Code:
export PATH=$PATH:/xxx/xxx/xxx/android-sdk-linux_x86/platform-tools/ && cd /xxx/xxx/xxx/android-sdk-linux_x86/platform-tools/
Gantikan /xxx/xxx/xxx/ dengan direktori sebenarnya folder SDK tadi.
Kemudian, pasangkan fail APK tadi.
Code:
adb install puzzleprincess.apk