ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Jalan Maharani ditutup 13 hari untuk Karnival HPPNK sempena sambutan Kemahkotaan Sultan Johor peringkat daer
MUAR - Orang ramai diminta mematuhi notis penutupan Jalan Maharani yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Muar (MPM) untuk Karnival Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) sempena sambutan Kemahkotaan Sultan Johor Peringkat Daerah Muar.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, jalan berkenaan lengang dan orang ramai menggunakan laluan alternatif seperti yang dicadangkan MPM untuk melakukan urusan masing-masing di bandar ini.
Anggota bahagian penguatkuasaan MPM juga dilihat menjalankan tugas mengawal aliran trafik di daerah ini yang menjadi lebih lancar walaupun laluan utama iaitu Jalan Maharani ditutup.
Sebelum ini, MPM mengumumkan Jalan Maharani akan ditutup selama 13 hari bermula kelmarin, untuk karnival tersebut yang akan menempatkan 100 gerai jualan di sepanjang jalan berkenaan.
Notis penutupan jalan tersebut untuk tempoh 24 jam sehari sudah dihebahkan melalui Facebook milik pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dan surat pekeliling sudah diserah kepada peniaga.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya yang datang ke pusat bandar dan mahu ke Ledang atau Pagoh disarankan menggunakan laluan alternatif contohnya Jalan Abdullah, Jalan Arab dan Jalan Bakri sebelum menyeberangi Jambatan Sultan Ismail.
Bagaimanapun, notis pengumuman itu menimbulkan sedikit kegusaran kepada peniaga kedai di jalan berkenaan yang kebimbangan akan kekurangan pelanggan sepanjang tempoh penutupan jalan tersebut.
Seorang peniaga surat khabar yang enggan dikenali berkata, meskipun baru sehari penutupan jalan itu ia telah memberi kesan kepada jualan akhbar di kedainya yang merosot hampir 50 peratus.
"Surat khabar hari ini (semalam) tidak berapa laku kerana pelanggan tidak memasuki jalan ini. Biasanya mereka akan singgah beli akhbar setiap kali menggunakan laluan ini atau makan di kedai berhampiran.
"Namun, peniaga perlu akur dengan notis dan ini pertama kali saya berhadapan dengan penutupan jalan selepas lebih 40 tahun berniaga akhbar di sini," katanya.