INI ADALAH SALAH SATU CONTOH MASALAH BIASA
KEPADA MASYARAKAT DIMALAYSIA.
1. Dalam masa 3 atau 4 tahun anda membayar pinjaman kereta anda melalui Bank dengan mudah. Anda selesa dengan kereta idaman anda yang anda impikan selama ini.
2. Apabila masuk sahaja tahun ke 4, ekonomi anda sudah mula bermasalah kerana :
a). Pendapatan tidak bertambah.
b). Tanggungan keluarga sudah bertambah disebabkan :
I. Anak-anak sudah bersekolah atau melanjutkan pelajaran ke mana-mana IPTA/IPTS.
II. Mungkin salah satu ahli keluarga anda mengalami sakit yang berlarutan.
III. Kos rumah yang meningkat atau pelbagai hutang yang amat merunsingkan.
IV. Sedangkan pendapatan semakin berkurangan.
V. Kereta anda selalu rosak.
3. Apa juga masalah anda, pihak bank tidak akan ambil pusing. Bank hanya tahu, setiap bulan pinjaman kereta MESTI DIBAYAR. Akhirnya,anda terlibat dengan beberapa masalah :
a). Tunggakan kereta anda sudah melebihi 6 bulan. ( RM 800.00 x 7 bulan = RM 5, 600.00)
b). Anda mula menyembunyikan kereta anda daripada pengetahuan pihak bank atau tukang tarik kereta.
c). Fikiran anda mula bercelaru sedangkan hutang bank semakin bertambah dan tertunggak.
4. Anda didatangi pihak ketiga untuk menyelesaikan bayaran kereta anda dengan janji seperti berikut :
a). Sanggup membuat bayaran RM 5,600.00 kepada bank.
b). Sanggup membuat bayaran setiap bulan sebanyak RM 800.00.
c). Setelah kenderaan habis dibayar, anda bersetuju untuk tukar nama kenderaan anda di JPJ kepada
pihak ketiga.
d). Maka, anda pun dengan rela menyerahkan kereta anda tanpa sebarang perjanjian bertulis dan
percaya pihak ketiga tersebut akan menepati janji.
5. Pada awalnya anda rasa selamat, kerana, rakan anda bayar RM 2,000.00 atau RM 3,000.00 sahaja kepada anda. Malangnya selepas itu anda dilanda masalah :
a). Bayaran pinjaman bank bulanan kereta anda tiba-tiba sudah 15 bulan tertunggak.
b). Kereta anda sudah tidak kelihatan.
c). Orang yang anda percaya juga tidak dapat dikesan.
d). Anda pula TIDAK BOLEH membuat laporan polis mengatakan kereta
anda telah hilang.
e). Anda kena buat laporan polis ikut apa yang terjadi sahaja
6. AKIBATNYA, anda telah menerima :
a). Notis dari bank untuk membayar hutang bank dalam tempoh yang singkat.
b). Notis daripada bank untuk perintah bankrap daripada mahkamah jika anda terus gagal membuat
bayaran kepada bank setelah melebihi RM 30,000.00.
c). Nama anda juga telah disenarai hitamkan oleh pihak Bank Negara Malaysia. Akibatnya :
I. Anda terhalang daripada membuat apa-apa pinjaman dengan mana-mana bank
di seluruh Malaysia.
II. Suasana anda semakin genting dan ingin mencari penyelesaian untuk terlepas
daripada cengkaman ini sedangkan usia anda masih muda.
III. Anda juga disekat oleh Jabatan Imigresen untuk keluar Negara.
7. Dengan siapa anda boleh mengadu supaya :
a). Hutang pinjaman anda dikecilkan.
b). Bayaran bulanan anda dikecilkan.
c). Senarai Hitam anda oleh Bank Negara Malaysia dilepaskan.