BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jala ikan jumpa mayat

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_08.1.jpg


Anggota bomba mengangkat mayat seorang lelaki yang disyaki dibunuh dalam Sungai Langat, Bangi semalam.

BANGI – Mayat seorang lelaki disyaki dibunuh ditemui terapung di Sungai Langat hadapan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mayat lelaki itu ditemui orang awam yang sedang menjala di su*ngai tersebut dalam keadaan reput tanpa sebarang dokumen pengenalan diri bersamanya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard ketika dihubungi berkata polis kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti mangsa selain menyiasat punca kematian.

“Keadaan mayat sudah reput dan tiada dokumen pengenalan diri bersamanya menyebabkan sukar bagi pihak kami mengenal pasti identiti lelaki itu.

“Kami percaya mayat itu mungkin dibunuh di lokasi lain sebelum dihanyutkan ke tempat ia ditemui. Mayat itu sudah dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat,” jelasnya.




sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0729&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm
 
Welcome to Malaysia. Diaman negara aman damai
 
lani buang mayat macam buang sampah ja
 
Back
Top
Log in Register