roBUST
Legendary Member

- Messages
- 12,406
- Joined
- Oct 13, 2008
- Messages
- 12,406
- Reaction score
- 136
- Points
- 123
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memohon maaf berikutan wujudnya kesilapan ketika slot Gurindam 6 Pemimpin mengenang jasa enam Perdana Menteri Malaysia apabila penyanyi solo gurindam pada majlis berkenaan tertinggal menyebut nama Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz, berkata semuanya diatur dengan baik ketika raptai dijalankan beberapa kali sebelum dan pada hari majlis, namun penyanyi berkenaan tertinggal menyebut nama Perdana Menteri ketiga tanpa disengajakan.
“Ingin saya nyata bahawa slot terbabit dirancang bagi mengenang dan menyanjung sumbangan besar semua Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam. Sehubungan itu, Jakim dan Jabatan Penyiaran Malaysia memohon maaf khususnya kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein, keluarga serta rakyat Malaysia amnya.