BTC USD 82,749.1 Gold USD 4,117.51
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jaja tiket hantu

reen_83

Fun Poster
Messages
120
Joined
May 16, 2008
Messages
120
Reaction score
0
Points
10
tadi dah check..tgk lum ada lg berita pasal ni..kalo ada dah..sorry ek..just peringatan tuk semua..esp ppn yang cepat kesian kt org dan mudah percaya kt org..(mcm aku..huhuhu)

AMPANG: Seorang suri rumah tidak menyangka deraian air mata dan tangisan seorang wanita bertudung yang mendakwa amat memerlukan wang untuk membayar kos perubatan kakaknya di hospital hanya sandiwara licik bagi melarikan barang kemasnya selepas menjaja sekeping tiket empat nombor ekor sebagai cagaran.

Suspek berusia 20-an berpura-pura menawarkan tiket pertaruhan empat nombor ekor yang memenangi hadiah pertama bernilai RM100,000 jika mangsa sudi meminjamkan gelang emas dan wang tunai bagi menjelaskan kos rawatan berkenaan.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lin, 35, berkata dia tidak menyangka menjadi mangsa penipuan wanita terbabit yang turut berpakat dengan seorang lagi wanita bertudung di sebuah pusat beli-belah di Taman Muda Ampang di sini.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, dia ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli hadiah dipesan anaknya untuk diberi kepada cikgu sempena sambutan Hari Guru.

“Ketika berjalan dalam pusat beli-belah itu, seorang wanita menghampiri saya sebelum memberitahu dia mempunyai sekeping tiket nombor ekor yang memenangi hadiah utama bernilai melebihi RM100,000.


“Bagaimanapun, wanita terbabit memberitahu dia tidak mempunyai MyKad sekali gus menyukarkannya menuntut hadiah itu,” katanya.

Lin berkata, penipu terbabit kemudian meminta bantuan untuk menuntut hadiah berkenaan dan beberapa kali merayu walaupun dia cuba menolak permintaan itu kerana tidak tahu apa-apa mengenai pertaruhan empat nombor ekor.

“Pada masa sama muncul seorang lagi wanita memakai tudung berusia sekitar 30-an yang berpura-pura mahu membantu penipu terbabit.

“Saya yang mahu beredar dari situ, ditarik wanita berpakaian seperti kakitangan pejabat itu yang mengajak saya sama-sama membantu perempuan terbabit,” katanya.

Lin berkata, wanita kedua itu berjanji akan memberikan komisen RM1,000 kepadanya jika bersetuju mengikut mereka ke premis menjual nombor ramalan berhampiran.

“Ketika berjalan beriringan keluar dari pusat beli-belah itu, wanita kedua terbabit sempat membeli senaskhah akhbar dari kedai berhampiran sebelum menyelak ruangan keputusan nombor ekor.

“Dia menunjukkan persamaan nombor ramalan pada tiket dimiliki wanita itu dengan keputusan cabutan yang terpampang keputusan cabutan bagi meyakinkan saya dakwaan hadiah wang tunai itu benar,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian diajak kedua-dua wanita terbabit menaiki Proton Iswara berwarna coklat kononnya untuk ke kedai menjual nombor ekor berhampiran.

“Ketika berada dalam kereta, wanita pertama itu menangis teresak-esak sambil memberitahu kakaknya kini terlantar sakit di hospital dan memerlukan wang bagi membayar kos rawatan.

“Dia menangis sambil merayu supaya saya dan seorang lagi wanita meminjamkannya wang bagi membolehkan kakaknya menjalani pembedahan segera,” katanya.

Lin berkata, wanita yang memandu kereta itu kemudian berpura-pura simpati dan menyerahkan wang tunai RM1,000 dan gelang tangan emas kepada gadis terbabit.

“Pada masa sama wanita itu memujuk saya turut sama membantu perempuan terbabit yang didakwa amat memerlukan bantuan. Wanita itu mendesak saya dengan kata-kata simpati manakala perempuan terbabit tidak berhenti-henti menangis tersedu-sedu sehingga menyebabkan saya serba salah.

“Mungkin akibat didesak berulang kali, saya bersetuju menyerahkan gelang emas dipakai berharga hampir RM1,000 kepada perempuan terbabit. Namun, perempuan itu mendakwa jumlah wang dan barang kemas diperoleh belum mencukupi dan meminta saya menyerahkan pula wang dibawa,” katanya.

Menurutnya, dia bersetuju menyerahkan wang simpanannya RM500 dan meminta wanita terbabit membawanya ke mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Taman Muda.

“Sebaik tiba di hadapan bank berkenaan, perempuan terbabit menemani saya masuk ke bank sebelum wang pemberian suami saya itu diserahkan kepadanya.

“Pada masa sama, wanita yang berada dalam kereta itu memberikan tiket cabutan empat nombor ekor itu kepada saya dengan mengatakan ia sebagai cagaran hutang diberikan itu,” katanya.

Menurutnya, wanita itu mendakwa hadiah wang tunai yang bakal diterima melalui tiket empat nombor ekor itu ratusan kali ganda lebih menguntungkan daripada wang RM500 dan gelang emas yang diberikan kepada gadis terbabit.

“Saya yang percayakan pujukan wanita itu kemudian pulang ke rumah dengan membawa tiket cabutan empat nombor ekor berkenaan. Saya hanya menyedari ditipu apabila suami memberitahu apa yang berlaku ke atas saya adalah penipuan licik dua wanita yang pernah dilaporkan polis menerusi media sebelum ini.

“Malah, tiket cabutan nombor empat ekor terbabit palsu dan diubah suai untuk menipu saya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Ampang.
 
Huh, ade saje orang nak menipu. kamon la weih, adik beradik pun sampai tikam menikam pasal duit ni. inikan pulak orang yang kita tak kenal. bagus kejadian macam ni, sebab ia mengingatkan kita sesama manusia, jangan mudah terperdaya. For those para suami, please temankan isteri anda (kalau ade masa la) kemana saja mereka pergi. cian tengok kes macam ni. at least kalau suami dia ada or sumone with her, dia akan ada kekuatan untuk elak perkara macam ni.

Juz my opinion...
 
alahaiiii.... senang nya kena tipu...
cube jgn layan org yg tak kenal... dunia skang mcm2....
 
nie dah kes paksa nie...........menipu secara memaksa....setan nya org,pakai tudung untuk mengaburi org....nie leh mencemarkan org Islam pakai tudung nie....:mad:
 
jgn mudah terpedaya.....skang ni macam2 cara penipuan..
 
Mak mentua member aku pon kena cam nih kat Rawang.. abis barang kemas die... :mad:
 
aku pun jenis senang kesian kat orang gak. tp kalau mcm kes ni, bila dia masuk main no ekor je terus aku blah jer... mcm kes sorang mamat ni dok mintak kat aku dengan muka kesian. nak balik tiket xdak la. pastu tgk2 dlm poket ade rokok...aku cakap aku sendiri pun xdak duit nak beli rokok...ko boleh beli rokok kire lagi kaya la tu. pastu aku terus blah.aku pun xtau dia ni betul2 xdak duit ke ade duit.aku cukup pantang orang xdak duit tp nak isap rokok
 
ish...ish...macam2 taktik penipu ni....#:-S
 
scammer "bertudung" yg takleh tahan tu... menjatuhkan imej sungguh :mad: :mad: :mad:
 
Back
Top
Log in Register