BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JAIS sudah jadi ais.....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sureduit

Super Active Member
Messages
5,046
Joined
Jul 18, 2006
Messages
5,046
Reaction score
25
Points
75
JAIS dakwa dua ustaz kerana sampaikan kuliah
Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 12 April (Hrkh) - Setelah terbabit dalam beberapa insiden yang memalukan Islam dan umatnya, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meneruskan rekod dan imej buruknya dengan bertindak mendakwa guru-guru agama di sekitar Selangor yang menyampaikan kuliah tanpa tauliah walaupun mereka mempunyai kelulusan dari universiti dan pusat pengajian yang diiktiraf.

Terbaru dua guru agama Azrulkhakim Suradi dan Abd Rasid Abd Ghani masing-masing berusia 31 tahun telah ditahan oleh penguatkuasa Jais sewaktu mengadakan kuliah pengajian dan akan dihadapkan ke mahkamah syariah bagi beberapa pertuduhan yang disenaraikan oleh Jais.

saman2.jpg
Ustaz Azrulkhakim dan Ustaz Abd Rasid menunjukkan bon
jaminan jais yang memerintahkan mereka untuk hadir dalam
perbicaraan di Mahkamah Syariah.


"Saya ditahan pada 3 April lalu oleh Jais ketika mengajar pengajian tahfiz al-Quran kepada pelajar saya berusia 13 hingga 19 tahun," kata Abd Rasid ketika datang ke pejabat Harakah baru-baru ini.

Pertuduhan tersebut katanya bahawa madrasah atau tempat beliau mengajar tersebut tiada tauliah daripada Jais sedangkan sekolah itu didaftar di bawah Persatuan Institut Tahfiz Selangor malah baru-baru ini madrasah tersebut mengalami kebakaran dan sewajarnya Jais membantu musibah yang menimpa namun yang terjadi adalah sebaliknya.

Selain itu, antara pertuduhan lain ialah beliau mengarahkan pelajar-pelajarnya mengutip derma bagi tujuan pembangunan sekolah dan dituduh kerana tiada tauliah untuk mengajar.

Beliau yang berkelulusan Diploma dalam bidang Tahfiz dariapada Mahad Tahfiz Wal Qiraat, Johor Bharu mempersoalkan tindakan Jais itu, memandangkan hampir lima tahun mengajar, tidak pernah kejadian sebegini, sambil beliau menujukkan salinan bon jaminan yang memerintahkan beliau ke mahkamah syariah pada 26 April depan.

Jika sabit kesalahan pertuduhan tersebut, kedua-dua mereka akan dikenakan hukuman dua tahun penjara atau denda sejumlah RM3,000.00.

Manakala Azrul yang sedang dalam percutian dari pelajaran syariah di Universiti Al-Azhar turut ditahan pada 9 April lalu oleh lima anggota Jais sewaktu sedang memberi kuliah kepada kaum muslimat di Surau Hamdani, Bukit Kapar Klang dan mendakwa enakmen yang digunakan menahan beliau lazimnya digunakan untuk menangkap pihak yang mengajar ajaran sesat.

"Saya telah mengajar lama pada tahun 1996 sehingga 2004 sehingga saya dipanggil oleh Jais sebagai penceramah kepada individu yang terlibat dengan jenayah syariah seperti berkhalwat," kata beliau yang juga merupakan bekas pembantu Imam di Masjid Negeri Shah Alam.

"Malah ketika ditangkap saya sedang memberi ceramah tentang Maulidur Rasul," katanya yang kecewa dengan sikap Jais itu.

Kedua-duanya mendakwa bahawa tujuan penangkapan tersebut dibuat kerana mereka beberapa kali telah memberi ceramah dan kuliah di kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai kubu kuat parti politik pembangkang.

Oleh yang demikian kata mereka dengan menggunakan Jais, kerajaan cuba memastikan supaya tiada kegiatan agama dan menakutkan seolah-olah sebagai ugutan supaya penceramah dan ustaz-ustaz tidak lagi memberi kuliah di kawasan pembangkang dan menakutkan para jemaah untuk hadir ke majlis-majlis agama seumpama itu, bagi membendung pengaruh pembangkang semakin melebar.

Bahagian penguatkuasa JAIS sejak beberapa tahun kebelakangan ini terbabit dalam insiden-insiden memalukan umat Islam.

Antaranya aduan polis yang dibuat oleh seorang wanita yang mendakwa seorang pegawai penguatkuasa jabatan itu memaksa beliau melakukan seks oral setelah mangsa ditahan atas tuduhan khalwat.

JAIS juga menimbulkan kontroversi umum apabila menarik balik perintah agar mayat seorang mualaf dikebumikan mengikut syarak ketika proses mahkamah sedang berjalan.

Jabatan itu juga menghadapi saman daripada beberapa kariah masjid dan surau di Selangor kerana bertindak memecat AJK surau dan masjid yang sedia ada dan menggantikannya dengan penyokong-penyokong Umno.

JAIS kini diketuai oleh seorang Pengarah bukan berkelulusan pengajian Islam dan tidak mempunyai tauliah mengajar. - mks.

-----------------------
p/s: ada sapa kenal ustaz azrul tu kee....
aku penah dengaq kuliah dia...so far OK jee
tak tahu lak dia ada group ajaran SESAT..:(
 
Last edited:
macam hal....
betoi kata nabi...
dunia akhir zaman.....
siapa menegakkan kebenaran
seumpana pegang bara api....
 
jais mcm serba xkena je skrg
 
pilihanraya dah dekat. depa takut ustaz2 kempen dari skrg suruh pangkah pas :D
 
JAIS neh tutup mata sebelah..

org baik cepat je dia tangkap..

AJARAN SESAT kat SELANGOR banyak x mo pulak tangkap..
biasa la tu. setiap kali ditanya, kenapa lambat ambil tindakan, alasan yg paling sinonim : 1) kami kekurangan kaki dan tangan. 2) polis dan jabatan lain kurang beri kerjasama. 3) luar bidang kuasa

bodo punya jabatan
 
hidup islam hadhari..
hak hak hak....
 
biasa la tu. setiap kali ditanya, kenapa lambat ambil tindakan, alasan yg paling sinonim : 1) kami kekurangan kaki dan tangan. 2) polis dan jabatan lain kurang beri kerjasama. 3) luar bidang kuasa

bodo punya jabatan

jawab la macam tu kat akhirat kelak...camana keputusannya nanti....:-?
 
Back
Top
Log in Register