BTC USD 84,509.0 Gold USD 4,287.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jai Network Systems Sdn Bhd. (603707-P) - Jnssb.com

the end..
company dah lingkup..duit korang sudah digunakan utk membangun ekonomi ummah..
 
Assalamualaikum semua.

Saya alhamdulillah masih sihat walafiat bersama keluarga tercinta.

Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang masih menyokong saya. Kepada pejuang pejuang lama, di manakah semangat anda semua? Nampaknya ujian Allah untuk 'menapis' hampir sampai ke penghujung. Saya sudah nampak mereka mereka yang tidak sepatutnya bersama sama memperjuangkan ekonomi ummah lagi.

Kini tunggulah kebangkitan baru JAI, ingatlah, buku yang banyak kontroversi laris di pasaran. Selepas ini, JAI akan bangkit dan menggenggam ekonomi dunia!!!

Lelabah dan paktihmambau, orang orang seperti kalian sangat diperlukan oleh saya sekarang. Yang sanggup menidakkan kebenaran dan bertindak seperti hero. Orang orang yang hanya mengeluarkan kata kata kosong dan tak bermakna di dalam forum. Pejuang pejuang seperti inilah yang saya mahu!!! Yang merasakan mereka sangat berpelajaran dan merasakan orang orang lain bodoh belaka! Orang orang seperti ini mudah untuk saya peralatkan, seperti saya peralatkan BOD yang lain dan pejuang pejuang tegar.

Saya suka, kerana mereka lebih lupa yang hari ini adalah hari konvokesyen JMC. Dari berbulan yang lepas saya janjikan hari ini sebagai hari gemilang JMC, tapi tak ada seorang pun yang teringat, kita berjaya mengalihkan perhatian semua kepada kelewatan semut membuat laporan polis.

Otaibnm, dimanakah anda? Di mana fitnah fitnah anda? Yang ketawa akhirnya adalah saya. Semasa sibuk semut dan pejuang saya berkelahi, saya sedang sibuk renovate rumah dan menambahkan harta haram hasil SP orang melayu sendiri. Mudah mudahan mereka semua akan masih tetap menyimpan jubah konvokesyen JMC kerana majlis akan berlangsung pada 4 November, bukan hari ini, mungkin 4 November 2008, 2009, atau 2020.

Akhir kata, teruskan berjuang untuk saya, walaupun kelihatan bodoh. Teruskan untuk mempercayai saya. I LOVE U!!!

ish2 dah sakit mental kot mamat seko ni.... :D
 
Macam aku cakap la, apa yang terjadi di luar lagi penting dari apa yang dibincangkan dalam forum... kalau orang tu betul2 berharap pada semut untuk membuat laporan polis, ikut la cakap dia... email la dia.... contoh macam adiryatim nak report polis tapi takde geng, aku mintak dia join dengan group Yas di JB, kalau dia join up secara practical dia boleh follow...

Tapi orang2 baru yang melalak mintak macam2 ni, korang betul ke nak report polis? Ke saja je mengada2 nak mintak macam2... kalau ko tanak buat, tak payah buat!! Jangan nak bagi alasan, "Semut tak bagi template, takleh la kitorang report"... "Eh, susah la nak email2 ni... bagi je la terus"... awat takut sangat ka nak email semut tu? Ke takut nak bagi nama sebenar? Hahahaha.. korang jangan menipu la... sekilas penulisan korang kat sini pun orang semua dah tau apa agenda korang. Orang lama takde bising2 mintak macam2 pun.... Kitorang ni berjumpa di luar, forum ni forum jugak... jadi apa agenda korang sebenarnya kat sini?

Apa gunanya pun kalau feed kan korang dengan info2 ni? Nak scan2 baru korang nak report?... kalau camtu, report polis Pn Intan tentang ugutan dari "seseorang" pun takkan nak scan dan tampal kat sini?

ala kura,kebanyakkan yg melalak kat sini pun bknnya pelabur pun.cuma saja boring2 masuk campur... :)
 
ape yang korang harap kat aku??? nak aku dapatkan duit balik??? tidak, aku tak berikan korang apa2 jaminan pun... kalau aku buat report pun lepas ni, korang tak dapat ape2 pun... so, apa yang sebenarnya korang harapkan kat aku??? aku hanya bagi cadangan sebagai pemudah cara untuk mereka2 yang bersetuju dengan cara aku... tu jer...

seperti yang aku cakap lah.... bende ni dah hampir berakhir... lepas aku dapat kumpulkan seramai mungkin untuk buat report, dan guide line dah siap, maka aku dan orang2 yang bersetuju dengan aku akan membuat laporan polis...

selepas itu, boleh lah lupakan harapan kosong untuk dapat duit balik nih... ade rezeki, ade la... yang penting, jangan lagi dok pikir pasal ni... anggap lah bende ni dah berakhir... aku pun lepas ni dah tak nak aktif dah lepas report ni...

mulakan hidup baru, fikirkan cara untuk langsaikan hutang2 jika banyak berhutang... fikirkan cara untuk menjana kembali ekonomi yang telah hancur... itu lebih baik daripada duduk berteka teki bila duit akan dapat, boleh berjaya ke tidak, jai dah lucut jawatan pekida ke tak dsb yang tentunya membuatkan anda stress....

itu lah sedikit sebanyak yang aku dapat tolong... kepada yang tak bersetuju dengan cara aku, boleh lah buat cara masing2...

yela semut,aku setuju dgn cara nko.aku pun sekarang dah tak berharap sgt dgn duit SP tu nanti jd tension plak sbb tak dapat.tp bg aku ni sbg satu pengajaran bagi aku supaya tak buat kesilapan yg sama pd masa akan dtg dan lebih berhati hati dgn org yg self claim sbg penjuang agama n bangsa. :)
 
ish2 dah sakit mental kot mamat seko ni.... :D

Boa, hempuk je mamat tu :D

Dah macam2, dari prof semaun kepada newbies kepada klon kepada jailani sendiri.

Yang aku nampak sekarang, semenjak kedatangan banyak klon nih, semaun dah takde pulak. Otaibnm pun dah senyap sekarang. hehehhee... :D Pakai ID apa ehh diorang ni sekarang.

Semaun senyap je sekarang, dah tak dapat 50k ke bulan ni? Takkan la prof 6 sedara dah berjaya menyebabkan duit prof semaun sangkut bulan ni?

Resam Melayu, bodoh sombong, bila dah silap, nak carik silap orang lain pulak. Nak bising2 pasal report polis yang baru lambat seminggu. Wakakaka jugak :))
 
salam..sedikit tazkirah...untuk renungan kita semua

Ada satu ceramah...disampaikan oleh Ustaz Ahmad Ismail daripada Singapura...



Ada satu bahagian tu.. yang betul-betul menyentuh hati saya. Di riwayat kan begini..... Semasa Nabi Isa berjalan disatu kawasan perkuburan ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat...

Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya. Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada allah swa sambil menadahkan tangannya kelangit supaya menghidupkan lelaki tersebut. Doanya dimakbul olih Allah maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong.



Melihat akan keadaan lelaki tersebut maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini lelaki itu menjawab..bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab...saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah allah.... maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa ?



Maka bercerita lah lelaki itu... Saya berkerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya. Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikat nya elok- elok dan pergilah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu.. Dipertengahan jalan saya merasa lapar dan terus lah saya berhenti untuk makan....selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kuku nya...tetapi tak berjaya juga.



Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi. Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai kerumah si pembeli itu, saya pun menyerah kan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini....



Astaghfirull ah al azim... elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini... Adakah kita pernah mengambil barang barang drpd office samaada drpd sekecil kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa balik kerumah untuk di gunakan sendiri ataupun

diberikan kepada anak anak kita ??? Dan juga barang barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak di kembali kan ? Sekecil kecil barang seperti tupperware, kaset dan sebagainya.. ..? Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar... Azab neraka itu ada lah benar... Dan syurga itu ada lah benar... wassalam...

Salam,

Wow...pening aku baca bab ni... Memang realitinya begitu...Mulai hari ini kena berhati2 dan minta maaf pada bos kita sebagai supervisor bagi pihak syarikat...

p/s: Kalau meninggal sebelum minta maaf, masak2....:((
 
kalau meninggal sebelum abis bayar hutang..lagi masak bro.
 
Currently Active Users Viewing This Thread: 53 (12 members and 41 guests)
kesian, manadin, lemangcute, mydesk, cikgureza, smd, pro_kon, jenking, boa, ramarama, Mujahidin, sengat

hahhahaa... pagi pagi ni banyak pulak serangga masuk forum. boleh berevolusi ke diorang ni. Hehehhee... :))

semut -> somut -> kerengga -> ramarama -> sengat -> lelabah -> jenking -> kelakatu

lepas ni apa pulak :-?
 
Last edited:
Boa, hempuk je mamat tu :D

Dah macam2, dari prof semaun kepada newbies kepada klon kepada jailani sendiri.

Yang aku nampak sekarang, semenjak kedatangan banyak klon nih, semaun dah takde pulak. Otaibnm pun dah senyap sekarang. hehehhee... :D Pakai ID apa ehh diorang ni sekarang.

Semaun senyap je sekarang, dah tak dapat 50k ke bulan ni? Takkan la prof 6 sedara dah berjaya menyebabkan duit prof semaun sangkut bulan ni?

Resam Melayu, bodoh sombong, bila dah silap, nak carik silap orang lain pulak. Nak bising2 pasal report polis yang baru lambat seminggu. Wakakaka jugak :))

sebenarnya,aku pun heranla.kenapa bangsa lain saling tolong menolong sedangkan bangsa kita ni nak menjatuhkan sesama sendiri tgk kes JNSSB sudahla.mula2 aku pecayala yg jailani ***** tu nak tolong sgt org kita ni tetapi syg dia ada niat sebaliknya,tak mustahil beberapa tahun akan dtg semua bangsa kita akan hidup merempat di negara sendiri.bila itu terjadi barula kita sedar kesilapan kita,tp semua dah terlmbat.dan sekarang apa yg aku takutkan hampir menjadi kenyataan.sedihnya... #:-S
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register