Satu perjumpaan khas telah diadakan antara pengarah-pengarah syarikat dan ahli-ahli yang komited bertempat di Mermaid Inn Resort, Cherating. Seramai lebih 150 orang leader dari seluruh negara termasuk dari Selatan, Utara dan Barat tanahair telah hadir bagi mendengar keadaan terkini syarikat selepas peristiwa lawatan BNM ke Wisma Jai Network Holdings SB pada 17 Julai yang lepas.
Untuk pengetahuan semua, lawatan tersebut dibuat atas dasar 414 pucuk surat aduan yang diterima oleh BNM atas tuduhan:
1) Anti Money Laundary Act (AMLA)
2) Berniaga tanpa lesen AJL
3) Bank and Finance Institutional Act (BAFIA)
Tuduhan pertama iaitu AMLA atau Anti Money Laundary Act adalah tuduhan tak berasas kerana kita tidak terlibat dengan mana-mana kegiatan pengganas. Nama Dr Jailani di bahagian polis Bukit Aman juga telah bersih/clear setelah polis menyiasat laporan ini. Khabar gembira ini dinyatakan sendiri oleh Dr Jailani dalam pertemuan ini dan mendapat tepukan gemuruh oleh semua hadirin. Selepas ini, sesiapa yang membuat laporan tentang JAI akan ditangkap dan direman sekurang-kurangnya 7 hari untuk disoal siasat. Maka diharap bagi mana-mana ahli yang berniat untuk membuat laporan polis agar mendapatkan penerangan yang tepat dahulu daripada upline atau syarikat sendiri. Jika tidak, anda juga mungkin akan direman sebaik sahaja anda membuat laporan.
Bagi tuduhan kedua, syarikat mengakui bahawa kita tidak mempunyai lesen AJL. Walaubagaimana pun, syarikat telah sedaya upaya memohon daripada KPDNHEP sejak Oktober 2006 lagi. Dalam temuduga pertama, permohonan kita ditolak. Walaubagaimanapun, dalam temuduga kedua iaitu pada bulan Februari, tiada jawapan daripada KPDNHEP sehinggalah jawapan permohonan DITOLAK pada bulan Jun 2007. Difahamkan terdapat permainan dalaman yang melengah-lengahkan syarikat daripada memperolehi lesen tersebut. Oleh sebab itu, syarikat bersedia untuk membayar saman maksima RM 200,000.00 jika didapati bersalah. Kita semua tidak perlu risau kerana kita telah mempunyai lesen AJL selepas ini di atas nama syarikat yang lain. Lesen itu telah diluluskan dan akan diguna pakai selepas ini untuk urusniaga Hydrofuel dan Stromberg.
Bagi tuduhan ketiga iaitu BAFIA atau Bank and Finance Institutional Act, alhamdulillah ketua operasi BNM sendiri akur selepas mendengar penerangan penuh tentang pelan perniagaan kita. Kita tidak terlibat dengan aktiviti memungut deposit haram sebaliknya kita menjalankan perniagaan beli dan jual barang.
Oleh itu, kita semua tidak perlu bimbang dan risau kerana perniagaan kita tidak melanggar 2 akta yang disebutkan di atas. Master Adzmi juga secara peribadi yakin 110% hasil siasatan berpihak kepada kita. Saya mohon kita semua mendoakan agar proses siasatan berjalan lancar.
Bagi pembayaran SP bulan ini (bagi sesiapa yang masih belum mendapatnya) dan bulan hadapan, kita bergantung kepada bila akaun syarikat dibuka semula atau "unfreeze". Syarikat dan ahli lembaga pengarah amat prihatin dan berusaha siang malam bagi melancarkan proses siasatan. Ketua Operasi BNM, Tuan Mazlan juga berjanji akan mempercepatkan proses siasatan agar syarikat dapat berjalan seperti biasa. Sama-samalah kita membantu dengan cara doa ataupun kewangan agar syarikat dapat berjalan dengan baik dalam tempoh pembekuan ini.
Tuan puan juga tidak perlu risau kerana dalam tempoh ini, syarikat akan menjalankan aktiviti syarikat seperti biasa seperti kursus dan Hydrofuel.
Sorry Shah, just nak requote,
Kecairan adalah sesuatu yang
pasti
- jangan berjanji jika tak boleh nak tunaikan...
sesiapa yang membuat laporan tentang JAI akan
ditangkap dan direman sekurang-kurangnya 7 hari untuk disoal siasat
- dahtu 400++ laporan? dan polis2 yang aku kenal semua kata ni semua auta nak takutkan budak2 je ni
Difahamkan terdapat permainan dalaman yang melengah-lengahkan syarikat daripada memperolehi lesen tersebut
- demand for valid proof from jai, kalau tak maknanya jai buat fitnah ke KPDNHEP je (takkan nak pecaya segala apa kata dia)
Kita semua tidak perlu risau kerana
kita telah mempunyai lesen AJL selepas ini di atas nama syarikat yang lain. Lesen itu telah diluluskan dan akan diguna pakai selepas ini untuk urusniaga Hydrofuel dan Stromberg.
- mana? mana? cerita bohong lagi ke? itu pun semua orang masih percaya lagi ka? huhuhuuu
Bagi tuduhan ketiga iaitu BAFIA atau Bank and Finance Institutional Act, alhamdulillah
ketua operasi BNM sendiri akur selepas mendengar penerangan penuh tentang pelan perniagaan kita.
- BNM akur ye? akur mende? dah berapa banyak cerita bohong daa...
Master Adzmi juga secara peribadi yakin 110% hasil siasatan berpihak kepada kita.
- huh? takleh pecaya sungguh keyakinan peribadi adzmi nih
Bukan salah kau Shah, tapi... setelah banyak kali Jai & the gang bagi statement & info yang misleading dan lebih kepada harapan palsu, kenapa masih ramai yang percaya sungguh dengan apa yang diorang kata.
All the blame goes to BNM, KDPNHEP & government, seolah2 ada orang yang tak suka Jai maju. But then tengok sendiri la, Jai & the gang sendiri selalu keluar statement tak betul, adakah betul segala pertuduhan yang Jai cakap?
Please, kenapa nak buat petisyen ke BNM, dapatkan dulu betul2 kenapa Jai kena freeze. Minta Jai tunjuk macamana dia buat bisnes, minta dia bentangkan kepada ahli, sepertimana dia bentang ke BNM. Then judge for yourselves. Baru la pikir siapa salah lepas tu, BNM ke, Tuan Mazlan ke, Paklah ke, sape2 je la.
Setelah ditipu berkali2, kenapa mesti percaya kata2 Jai yang BNM (tunjang ekonomi negara) membuatkan duit ahli2 semua kena freeze? Beribu2 certified accountants dalam tu, takkan la bodoh sangat nak percaya rumours & fitnah internet. diorang mestila ada very very strong case untuk minta peguam negara untuk freeze & sita jai.
Setelah ditipu berkali2, masih percaya jai kata yang BNM punya angkara semua ni? Kesian...
