BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jai Network Systems Sdn Bhd. (603707-P) - Jnssb.com

simple minded


wakakkaka... kira moral of the story is keep reading la ni ek? :eek: :eek:

dak aih... moral of the story, takleh nak kata orang2 yang kondem jai ni adalah orang2 yang dah dapat duit. :)paid

mostly baru masuk, terus kena freeze. kena ingat, ahli paling banyak masuk & tambah SP jai ni in the last two (2) months sebelum freeze. yang dah balik modal ngan dapat persen mostly senyap je... :)

kesian le ke diorang ni semua. patut paham la diorang ni nak marah2, jangan la kondem diorang balik.

YANG PALING PENTING, IKUT AGREEMENT, JAI PATUT BAYAR, BUKAN BNM. TINDAKAN MEMINTA BNM RELEASE DUIT JAI ADALAH TINDAKAN KURANG BIJAK.

UNLESS JAI BOLEH PROOVE YANG JAI MEMANG BUAT GENUINE BISNES KEPADA AHLI, DAN MEMANG ADA SOMETHING WRONG DENGAN BNM, THEN BARU LA AHLI BOLEH MINTAK BNM RELEASE.

KALAU TAK, SHOOTING BLANK JE LA... :)) :)) :))

p/s: sampai sekarang, sorang ahli pun takde yang tahu Jai ni buat bisnes betul ke tak. semua pecaya bulat2 apa jai kata & blamed BNM instead. hahahha simple minded sungguh
 
another moral of the story is..

xberapa sesuaila nak mintak balik 10% dgn upline tu.. kita pun taktau depa nye duit mmg 100% depa dah makan ke.. hape ke... berapa yg upline2 ni sangkut kita tak tau pun kan? yg kita dok nampak duit kita ja yang sangkut...

pada aku.. apa yg upline aku dpt drpd apa yg aku masuk.. tu hak dia.. ms aku nak masuk takde la plak dia letak parang kat tengkuk paksa aku... aku je yg gatai2 nak masuk.. aku dok dpt bln2 takde plak dia mintak % drpd aku..

aku tak salahkan upline dlm hal ni.. apa2 silap bpunca dari aku yg tllu taksub dgn return yg tinggi.. :peace:
 
Bro Enzo, kalau macam tu, maknanya antara yang cuba diketengahkan adalah HUKUM MENGAMALKAN AURA, CAKRA, KUASA MINDA & CTV seperti dalam website Laman Emjay.
Dahtu yang ni macamana? Sebab ni yang ajar ke semua kelas JMC nih... ramai leader2 yang belajar sekali.



Bukan saje nak tambah minyak dalam api, but then baru come across benda ni, sebaik2nya kita clear kan semua benda sebelum terlambat.
Contoh terbaik adalah ajaran tarekat, memang sangat bagus mengenal diri, meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita tapi salah langkah, jadi macam Ayah Pin. The best way for umat Nabi Muhammad SAW adalah mengikut segala yang ada di dalam Quran, hadis & sunnah.

Aku pun no comment pasal REIKI ni, tapi sebab dalam Laman Emjay tu dah kata berat hukumnya, so baiklah kita semua berjaga jaga. Just ingat syaitan akan cuba menyesatkan umat Adam AS dengan segala apa cara sekalipun. Sedangkan kalau ikut betul2 ajaran Rasulullah pun masih boleh disesatkan, inikan pula ajaran yang pelik2. :o (and there is no such thing as ISLAMIC REIKI back in zaman Rasulullah SAW)

tambahan: practically yes, benda2 REIKI ni memang benar & meningkatkan aura & karisma seseorang. aku pun takde nak kata benda ni salah since aku kurang kefahaman tentang apa yang diajar. serba sedikit aku pun ada belajar tarekat & zikir2 amalan ahli sufi (tapi tak amalkan sangat :P). Maybe ada yang lebih arif tentang hukum atau yang pernah belajar REIKI ni boleh komen.

Hmmm..w/pun Ustaz Emjay kata tulis camtu..yang terbaik...kena rujuk kat mufti-mufti atau alim ulamak.

Boleh tanya Ustaz Zaharuddin. I rasa dia lebih arif dlm bidang ni.

Nak komen lebih pun tak leh. Sedangkan Bait Al-Tawarruq yg dikatakan oleh Ustaz Zaharuddin pun diorang tak ikut. Cuba teliti bebenor. Ulang berkali2 apa yang dikatakan oleh UZAR tu. Dia tak kata pun

i) kita kena kuar modal
ii) kena ade downline atau mengambil kesempatan utk mendapat keuntungan dgn memperkenalkan kawan
iii) sign agreement dibenarkan sain semua dan bukan depan saksi, dan bukan dlm satu sessi mengikut syarak

I rasa banyak beza benda ni.

Cuba selidik ngan yang pakar.

Selamat Eidulfitri..Maaf Zahir dan Batin
 
Saya pun bermimpi selepas sembahyang istikarah....
jawapan & firasat dari mimpi itu...
keputusannya adalah : duit kita hangus.....

Lekkontol...bukan hangus..tp DIHANGUSKAN oleh Jailani Jabar.. Jangan halalkan duit tu sepanjang hayat. Biar dia makan duit haram dan akan dibakar di alam neraka (jahanam).

Sekiranya segala deposit itu dikembalikan dan janji ditunaikan, maka pehala-lah yang akan didapati. Jika tidak, kena terima pilihan yg ke-2. Di akhirat, hanya 2 pilihan, SYURGA mahupun NERAKA. Kalau yg ke-2 jd pilihan, maka ketahuilah azab yang akan menimpa. Jai dan sekutu-sekutunya masih belum terlambat utk memperbaiki keadaan dan mengelak dari menghala ke pilihan ke-2 itu. Maka, sedarlah wahai pejuang2 JNSSB dan Jailani Jabar. Bangkitlah, tolaklah yg nahi mungkar dan praktislah amal maaruf. Inysaallah hidup anda diredhai Allah s.w.t. wallahuallam....

SUASANA DI NERAKA

Apa kata kita berbicara pada kali ini ttg neraka. Seperti sudah kita maklum bahawa neraka adalah merupakan satu tempat yg akan di huni oleh mereka yg engkar kpd perintah Allah swt. termasuk dlm golongan ahli-ahli neraka Itu ialah org musyrik, munafik, kufur, murtad damn seumpamanya.

Dalam hal ini Allah swt telah berfirman yg maksudnya: " Allah swt pelindung dan penolong orang-orang yg beriman." Ia mengeluarkan mereka dr kegelapan kpd cahaya iman.""Dan org -org kafir, para penolong ialah taghut (syaitan dan apa shj yg menyesatkan) yg mengeluarkan mereka dr cahaya iman kpd kegelapan kufur." Mereka itulah sebenarnya ahli neraka dan mereka akan kekal selamanya." (Al-Baqarah: 257)

Pada saitu riwayat, pernah menyatakan bahawa baginda Rasulullah saw menangis apabila bertemu umatnya di dlm neraka. Ini adalah krn baginda melihat sendiri bentuk azab dan penderitaan yg ditanggung oleh umatnya.Penyeksaan ini ditimpakan umatnya yg mengaku beriman ttp engkar perintah Allah swt. Apabila baginda diberi kesempatan bertemu dgn ahli neraka, kesemua mereka amat terharu dan menangis krn dapat bertemu Rasulullah dlm pertemuan yg sanyat-sangat dinantikannya. Berkat syafaat dan kerasulannya, baginda lalu mengeluarkan umatnya dr neraka tersebut.Setibanya saitu kawasan baginda terserempak pula dgn segolongan kanak-kanak sedang menangis membawa segelas air kausar menanti kedua ibu bapanya yg keluar dr neraka. Mereka enggan memasuki syurga yg disediakan selagi mana tidak bertemu dgn ibu bapanya.

Bagi manusia yg hidup di dunia ini sebagai seorang yg musyrik dan kufur, mereka juga iturut merayu kepada Rasulullah saw agar dikeluarkan dr neraka. Ttp malangnya, rayuan mereka itu disergah oleh malaikat malik yg menjaga neraka.Sesungguhnya syafaat Rasulullah saw hanya diberikan kepada umatnya yg menjadi Islam sebagai anutan dan iman sebagai teras. Umat yg engkar tidak termasuk krn kedegilan dan kesombongan mereka terhadap suruhan agama yg telah disampaikan oleh Rasulullah saw.

Begiitulah sekali lagi Rasulullah mengeluarkan umatnya yg anaknya mati kecil. Alangkah berituahnya kita krn dilahirkan menjadi salah seorang umat Muhammad saw. Yg penuh dgn kemuliaan dan sanjungan.

Di antara golongan yg akan memasuki nerakanya ialah:


Derhaka kepada kedua ibu bapa

Syirik

Membelakangi hukum Allah swt

Meminum minuman keras

Org kaya yg bakhil

Dengki khianat

Menipu dan memakan harta anak yatim

Berzina

Tidak mengeluarkan zakat

Meringan-ringankan solat

Oleh yg demikian, rasa saya masih belum terlambat lagi bagi kita semua utk kembali ke jalan Allah swt. segala ketelanjuran kita sebelum ini hendaklah disekat serta-merta.

Marilah kita menjadikan diri kita sebagai umat yg benar-benar memaituhi perintah Allah swt, agar kita dihindari dr azab neraka.


"Ya ituhan kami, berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat serta jauhkanlah kami dr azab apai neraka." Amin.
 
Last edited:
Salah satu petanda akhir zaman..

SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT
Ertinya:
Daripada Huzaifah bin AI-Yaman r.a. katanya, "Rasulullah saw. pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw. memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al-¬Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu beliau bersabda, "Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa". Ketika Rasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu menggilingkannya dengan kakinya.



"Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi."



"Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nashrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nashrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)".


H.R. Bukhari Muslim

Keterangan
Hadis ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hilang secara beransur-ansur dan bilangan kaum Muslimin, sehinggalah sampai suatu saat nanti orang yang dianggap baik untuk menjaga amanat pun telah khianat pula.
Begitulah gambaran masyarakat kita hari ini. Ramai daripada kita terpedaya oleh seseorang yang pada zahirnya boleh memikul amanah, tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku curang.
TAMAT
 
Last edited:
Salah satu lagi petanda akhir zaman.

ZAMAN DIMANA ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram".

H.R. Muslim

Keterangan
Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.
TAMAT
 
Satu lagi petanda akhir zaman yg merujuk kpd JNSSB.

ZAMAN DIMANA ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram".

H.R. Muslim

Keterangan
Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.
 
Satu lagi petanda akhir zaman yg ade kena mengena ngan JNSSB

MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".

H.R Termizi

Keterangan
Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orang¬orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan¬alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.

Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.
 
40 Hadis Tentang Peristiwa Akhir Zaman

Hadis 01
Takwa dan Perpaduan Asas Keselamatan Di Akhir Zaman

Hadis 02
Kenapa Dunia Islam Menjadi Sasaran Pemusnahan

Hadis 03
Seluruh Dunia Datang Mengerumuni Dunia Islam

Hadis 04
Ilmu Agama Akan Beransur-ansur Hilang

Hadis 05
Umat Islam Mengikuti Langkah-Langkah Yahudi dan Nasrani

Hadis 06
Golongan Anti Hadith

Hadis 07
Golongan Yang Sentiasa Menang

Hadis 08
Penyakit Umat-umat Dahulu

Hadis 09
Islam Kembali Dagang

Hadis 10
Bahaya Kemewahan

Hadis 11
Umat Islam Memusnahkan Orang-orang Yahudi

Hadis 12
Sifat Amanah Akan Hilang Sedikit Demi Sedikit

Hadis 13
Orang Yang Baik Berkurangan Sedang Yang Jahat Bertambah Banyak

Hadis 14
Dimanakah Punca Kebinasaan Seseorang

Hadis 15
Dua Golongan Yang Akan Menjadi Penghuni Neraka

Hadis 16
Zaman Dimana Orang Tak Pedulikan Dari Mana Mendapat kan Harta

Hadis 17
Harta Riba Wujud Di Merata Tempat

Hadis 18
Orang Meminum Khamar dan Menamakannya Bukan Khamar

Hadis 19
Sedikit Lelaki dan Banyak Perempuan

Hadis 20
Hamba Menjadi Tuan dan Terbinanya Banyak Bangunan Yang Mencakar Langit

Hadis 21
Ahli Ibadat Yang Jahil dan Ulama Yang Fasiq

Hadis 22
Orang Yang Berpegang Dengan Agamanya Seperti Memegang Bara Api

Hadis 23
Golongan Ruwaibidhah

Hadis 24
Peperangan Demi Peperangan

Hadis 25
Masa Akan Menjadi Singkat

Hadis 26
Munculnya Galian-galian Bumi

Hadis 27
Tanah Arab Yang Tandus Menjadi Lembah Yang Subur

Hadis 28
Ujian Dahsyat Terhadap Imam

Hadis 29
Kelebihan Beribadat Di Saat-saat Huru Hara

Hadis 30
Peperangan Di Kawasan Sungai Furat (Iraq) Kerana Merebut Kekayaan

Hadis 31
Ketiadaan Imam Untuk Sembahyang Berjemaah

Hadis 32
Ulama Tidak Dipedulikan

Hadis 33
Islam Nama Sahaja

Hadis 34
Al Quran Akan Hilang dan Ilmu Akan Diangkat

Hadis 35
Limabelas Maksiat Yang Akan Menurunkan Bala

Hadis 36
Lima Maksiat Yang Disegerakan Balasannya

Hadis 37
Bilakah Akan Terjadi Kehancuran

Hadis 38
Bermegah-megah Dengan Masjid

Hadis 39
Menggadaikan Agama Kerana Dunia

Hadis 40
Golongan Yang Selamat

Hadis 41
Lahirnya Imam Mahadi

Hadis 42
Sepuluh Tanda-tanda Kiamat Yang Besar
 
Maklumat terkini...AMLA telah diperkuatkan lagi menjadi AMLATFA

The Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 (AMLATFA) contains provisions for the offence of money laundering, the measures to be taken for the prevention of money laundering and terrorism financing offences, and provides for the forfeiture of terrorist property and property derived from, or involved in money laundering and terrorism financing offences.

The Minister of Finance has appointed Bank Negara Malaysia as the competent authority for the purposes of administering the AMLATFA. Bank Negara Malaysia has established the Financial Intelligence Unit to perform its functions and exercise its powers under the AMLATFA.

click --> www.seacen.org/bankwatch/malaysia.pdf

Fulltext on LAWS OF MALAYSIA Act 613 Anti-Money Laundering Act 2001, click here:- AMLA from LOFSA website
or in pdf

Another important link for AMLATFA click here: AMLATFA
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register