mydesk
Active+ Member
- Messages
- 4,997
- Joined
- Apr 11, 2007
- Messages
- 4,997
- Reaction score
- 15
- Points
- 25
Salam,
Ini petikan dari blog lain...
Assalamualaikum wbt...
Saya tidak mendapat sebarang SMS drpd mana-mana pengarah tapi saya telah mendapat pengesahan daripada En Latifi Awaludin, Pegawai Penyiasat Khas BNM bahawa arahan tempoh siasatan lanjutan selama 9 bulan telah dikeluarkan di bawah Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 (Act 613).
Rentetan daripada itu, semua akaun yg sedang dibekukan akan masih dibekukan lagi. Selain itu, aset-aset pengarah dan syarikat juga disita. Walaubagaimana pun, perniagaan syarikat tidak disita, hanya asetnya sahaja seperti kereta, rumah dan sebagainya. Menurut En Latifi, aset2 tersebut masih boleh digunakan tetapi dengan cagaran. Perniagaan juga boleh diteruskan seperti biasa.
Dari HQ memaklumkan hanya kereta shj yang disita. Premis perniagaan beroperasi seperti biasa.
Kepada semua ahli-ahli JAI yang dikasihi,
Suatu hari dan masa untuk berhimpun ramai2 secara aman di hadapan BNM akan ditetapkan selepas ini. Permit akan dimohon terlebih dahulu dari KPN. Kita akan membuat bantahan beramai-ramai secara aman dengan merentangkan sepanduk2 (Releasekan semua duit-duit kami dan pulangkan kpd kami yang punya hak dan sebagainya). Syarikat dan ahli-ahli akan menyertai perhimpunan ini.
Arahan akan diberikan oleh urusetia bertindak yang menguruskan hal ini selepas ini. Buat masa ini, bersabar dan bertenang dahulu kerana masih ada masa lagi untuk perundingan dan rayuan dengan pihak atasan BNM berkaitan masalah ini. KITA TERUS DIFITNAH DAN DIZALIMI DENGAN KEJAM!!!
Harapan saya, tuan-tuan dan puan-puan semua dapat hadir bersama untuk memberi sokongan MORAL. InsyaAllah kita akan membuat perhimpunan ini selepas hari raya jika usaha-usaha perundingan gagal. Sampai-sampaikan ke semua ahli di seluruh Malaysia.
Saya memohon agar kita semua bersatu bagi menyelesaikan perkara ini bersama-sama. Hentikan persengketaan sesama ahli dan berpuak-puak dalam menyelesaikan masalah ini. Bagi SPK/SPA di bahagian UTARA dan TENGAH yang bersedia untuk sama-sama nanti, sila email/sms saya segera. Sms kpd saya Nama/SPK atau SPA#/Kawasan/no hp/emel.
Kerjasama anda semua amat dihargai. Ingat "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh".
Takbir.... Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!!!!