BTC USD 85,694.7 Gold USD 4,341.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jai Network Systems Sdn Bhd. (603707-P) - Jnssb.com

Di penghujung Ramadan ni, saya menyeru kepada semua ahli Jai agar berdoa kepada Allah Taala agar dipermudahkan siasatan ni..DOA itu adalah senjata yang paling mujarab untuk orang mukmin. Setelah mendapat penjelasan dari Sdr Shah, diharap selepas ini ahli-ahli tidak terpedaya dengan hasutan dan fitnah yang disampaikan oleh ORANG TERTENTU di dalam forum...yakinlah bahawa Allah sentiasa berada bersama orang yang benar...wallahhualam

part mana yg fitnah tu wahai mr.cool?
kalau dah shah sendiri bagitau posibilties untuk siasatan di lanjutkan lagi 9 bulan.. part mana yg fitnah tu?
aku quote sikit yg kau tulis tu:

yakinlah bahawa Allah sentiasa berada bersama orang yang benar...wallahhualam

mcm mana kalau selama ni Jai bukanlah dlm kategori 'orang yg benar' ?
pernah fikir tak?
 
Tula pasal... aku rasa orang2 atas nie ada agenda tersendiri... takleh percaya sgt... tp yg pasti bagi aku dorang nie yg harus dipersalahkan kalau Jai salah...

Sebarau, setakat ambik gambar kenang2an tak bermakna dpt anugerah. Sila tengok anugerah yg diorang dpt tu bebetul, sama ke tak? Pastuh tengok lak senarai pemenang lak..ade diorang dapat?

Jgn mudah terpedaya ngan gambar diedarkan dan statement yg diwal-walkan selagi belum meneliti. Nanti jadi TIPAH TERTIPU LAGI DAN LAGI...kerana inilah kelemahan kbykn org kita.

Nah kalu nak tengok gambar awards & gala presentations tu..click link ni: http://www.collages.net/ConsumerSite/GuestLogin.aspx?eventcode=200695

Link diatas diambil dr link ni: http://www.stevieawards.com/pubs/sales/awards/398_2081_13588.cfm

Tak nampak "Dr." Jai & Latifah...bukak la link ni...ade sorang pakai tudung..Latifah ke? Hehehe https://www.nycphoto.com/clients/stevieawards2007/. Hmmm..tunggu dulu...check la link ni..siapa lak pompuan tu. http://www.stevieawards.com/pubs/women/awards/282_1943_13636.cfm..oooo...orang KL..nape bukan orang Kuantan? dan naper nama nya lain lak..tp Dr. jugak.Best Asian Entrepreneur Naqia Corporation Sdn Bhd., Kuala Lumpur, Malaysia Dr.Zamila Hussin...maka keputusannya...tanya diri sendiri ler...dah takde misteri.

Pemenang sebenar kategori Best Young Entrepreneur ialah dr sykt SZPR Inc., Carlsbad, California Sarah Znerold, CEO & Founder of SZPR Inc. Sila lihat link ni pada gambar AB922v-1.JPG to AB922v-6.JPG pada https://www.nycphoto.com/clients/stevieawards2007/cat1/index4.html

Ni apahal gak Stevie Awards ni buat gallery menipu? Gambar diorang terima awards ade tp nape nama tick orang lain lak? Persoalannya..adakah galeri tu semua penerima anugerah atau gambar kenang2an semata2. Apa maksud galeri...naper "Dr. Jai" sedangkan ni awards utk pompuan. Whatever...see this link lak...https://www.nycphoto.com/clients/stevieawards2007/cat1/pages/p00144.html

Ni apa lak agenda...kesimpulannya..award ni cam tak berapa betul..leh bayar kot utk ambik gambar w/pun bukan penerima..website tunjuk 2007, dlm gambar tarikh 6/11/07 yg mana belum sampai lagi....sah kena manipulate. Ini mesti cam kes, pencuri tipu pencuri.


"Kami Tolak Yg Batil & Tuntut Yang Hak, INGAT: Doa orang-orang yg teraniaya akan dimakbulkan Allah S.W.T., Orang-orang munafik akan jatuh tersungkur akhirnya. Maka berbuat baik dan berpeganglah kpd amanahyang diberikan agar jiwa akan lebih tenteram dan diberkati ALLAH"

I respect Dr. Zamila Hussin diatas kejujuran dan ketekunan dia. Orang-orang yang jujur akan diberkati dan mendapat tempat disisi ALLAH S.W.T....Niat dia Allah tahu...gitu gak niat2 orang lain. Kalu ikut website dari IIU or UIA kat link ni dia "Dr." ke? Click ME Ni yang i respect ni. Berani mengelarkan diri sbg Prof le. Dr. le.. lihat profile kat Stevie Awards kat link ni. Profile "Dr. Zamila Hussin - tp anugerah diambil oleh orang lain" ClickME

LIHAT NI PLAK, Senarai "Dr." yg tersenarai termasuk "Dr." Zamila Hussin. RESPECT LER..HEHEHE...ClickME..MESTI TENGOK PENTING SBG ORG ISLAM. RESPECT LER....

Ni website, Naqia Corporation Sdn Bhd apa sudah jadi. Allah tahu niat kiter.

Selamat menyambut Aidilfitri..maaf zahir batin..
 
Last edited:
saja nak update .. :D :">
 

Attachments

  • 22.9 KB Views: 431
Doa mustajab

Ya allah ya tuhan kami,sekiranya Sykat Jai ini benar2 ingin membantu umat islam maka enkau makbul kanlah doa kami dan permudahkanlah sebarang masalah yg dihadapi oleh Sykat dan kami sekalian ahlinya.
Ya allah ya tuhan kami,sekiranya niat sykt JAi ini adalah untuk menipu dan mempermainkan umat islam maka enkau turunkanlah balasan yang setimpal keatas mereka ini.Dan berikan lah petunjuk kepada kami semua yang tergolong dlm golongan org yg menzalimi diri mereka
amin,amin ya rabbal alamin(AL-FATIHAH)
 
SOLAT HAJAT

(Solat hajat adalah solat untuk menyatakan permohonan seseorang secara umum kepada ALLAH)

Nabi Bersabda :"Siapa yang berwudhu ,kemudian solat dua rakaat dengan sempurna,Allah akan memberikanya apa yang diminta sama ada cepat atau lewat" di ambil dari hadis hasan.

NOTA:-Hajat yang dimaksudkan dalam solat ini adalah hajat peribadi yang tidak bercanggah dengan syarak.Hajat untuk mengalahkan atau meruntuhkan orang lain tidak dibenarkan sama sekali.(Dipetik dari buku hikmah solat2 sunnat)

Jadi apa yg dilakukan di mermaid inn baru2 ini(ketika hendak melakukan solat hajat disuruh niat 2 nama pengkhianat JAI adalah bercanggah dgn hikmah solat hajat dan niatnya)apa balasannya
wallahuallam
 
Seperti yang di war-warkan oleh Shah aka Bluster di http://clix.to/jaiupdates, beliau akan membuat updates mengenai pengalaman beliau semasa berada di BNM untuk soal siasat.
Dan untuk sharekan bende tu kat sini, aku pastekan laporan beliau, tanpa mengubah/mengolah contentnya ketika waktu aku copy content tersebut dari blog beliau (waktu yang post ini di hantar).



Jadi kita semua hendaklah faham bahawa ,jika akaun di beku sekalipun, (menurut pandangan syarikat), bukanlah salah Syarikat, sebaliknya BNM yg tak pandai buat kerja, sebab kenapa perlu siasat dua akta di waktu yang berlainan? apsal tak siasat sekali? Malas le tu BNM tu...makan gaji buat ke hapa ni?

Pastu pulak, apsal makcik goreng pisang tu takde pun sebarang lesen dari BNM untuk terima duit (jual/beli) tak kena pun siasat bawah BAFIA?
Ini tidak adil!
ingat apa? walaupun makcik tu jual goreng pisang, dan goreng pisangnya memang nampak transaction nya,(goreng pisang yang di jual, pembeli gorang pisang) namun, takleh lah nak di samakan dgn Jai, sebab, walaupun produk SFS tu tak nampak transaksi nya, namun, kan ke semua tu rahsia syarikat? takkan lah nak dedahkan pulak rahsia syarikat buat duit? apa BNM ni? ngok ke apa ni?
Tangkap sekali makcik goreng pisang dgn apek jual kue teow tu.. apa ni? diorang pun tak telus jugak tu!!

Pastu pulak, BNM lah yang patutnya inform pada ahli pasal lanjutan ni, sebab diorang yg gatalk2 nak lanjutkan siasatan tu..apsal company pulak yang kena tanggung?

Lagi satu, yg BNM ni pun, takkan lah siasatan pun nak berahsia kut? kalau company Jai yang berahsia tu takpelah, sebab, tu bisnes strategy..lagipan dia sapa nak tahu urusan Jai? Kalau kita amik tahu urusan dia takpelah!! patutnya BNM kena telus dgn mangsa!!


Jadi, korang sabarlah lagi 9 bulan (9 bulan je lagi..bukan lama)., sebab, ni salah BNM tau...

Salam cikgu,

Gaya cikgu cakap penuh dgn 'keegoan'. Tak peliklah kalau bukan ahli Jai cakap macamni. No harm at all at yourself... Betapa gaya cikgu cakap tak pk langsung perasaan ribuan manusia yg sedang berharap dan berdoa siang malam.

Saya harap cikgu bukan sekadar bercakap untuk menyakitkan hati sesiapa. Tak peliklah kalau cikgu cakap begini kalau cikgu berada dalam keadaan kami iaitu ahli-ahli Jai, tetapi malangnya cikgu cakap bukan atas kapisiti seorang ahli. Kalau cikgu sekadar taip dan tunjuk pandai dlm ni, tapi tak doa/solat hajat supaya Allah permudahkan kesusahan ribuan manusia yg sedang hadapi sekarang, sy sedih nak mengaku cikgu sbg saudara seislam yg cikgu gah kan selama ini.

Minta maaf jika terkasar, sekadar rasa jauh di sudut hati... cikgu bukan berada di tempat kesusahan kami.... wallahualam...

Sharudin
 
Ya allah ya tuhan kami,sekiranya Sykat Jai ini benar2 ingin membantu umat islam maka enkau makbul kanlah doa kami dan permudahkanlah sebarang masalah yg dihadapi oleh Sykat dan kami sekalian ahlinya.
Ya allah ya tuhan kami,sekiranya niat sykt JAi ini adalah untuk menipu dan mempermainkan umat islam maka enkau turunkanlah balasan yang setimpal keatas mereka ini.Dan berikan lah petunjuk kepada kami semua yang tergolong dlm golongan org yg menzalimi diri mereka
amin,amin ya rabbal alamin(AL-FATIHAH)

Amin ya rabbala'lamin...

Aku rasa cerita Jai ni dah nak sampai ke penghujung jalan dah, apa2 hal di harap semua bersabar dan terima kenyataan dengan penuh redha... jangan melampaui batas dan ingat tuhan bebanyak, kalau Dia uji kita dengan mengambil harta yang di pinjamkan kepada kita, Dia juga punya kuasa untuk memberikan kembali...
 
SOLAT HAJAT

(Solat hajat adalah solat untuk menyatakan permohonan seseorang secara umum kepada ALLAH)

Nabi Bersabda :"Siapa yang berwudhu ,kemudian solat dua rakaat dengan sempurna,Allah akan memberikanya apa yang diminta sama ada cepat atau lewat" di ambil dari hadis hasan.

NOTA:-Hajat yang dimaksudkan dalam solat ini adalah hajat peribadi yang tidak bercanggah dengan syarak.Hajat untuk mengalahkan atau meruntuhkan orang lain tidak dibenarkan sama sekali.(Dipetik dari buku hikmah solat2 sunnat)

Jadi apa yg dilakukan di mermaid inn baru2 ini(ketika hendak melakukan solat hajat disuruh niat 2 nama pengkhianat JAI adalah bercanggah dgn hikmah solat hajat dan niatnya)apa balasannya
wallahuallam

Jangan salah faham, dalam solat hajat tu kita mintak Allah bg petunjuk kpd org2 tersebut. Kalau dia buat jahat, biar Allah jadikan dia baik. Kalau dia alpha, biar Allah jadikan dia sedar. Doa mestilah spesifik supaya lebih mustajab. Doakan yg baik2 supaya Allah bagi petunjuk kpd mereka. Petunjuk Allah boleh jadi 2 keadaan samada dalam bentuk bala' atau kifarah dosa. Terpulanglah... petunjuk dan balasan adalah hak mutlak Allah. Tugas kita doa yg baik2...

Sharudin
 
Amin ya rabbala'lamin...

Aku rasa cerita Jai ni dah nak sampai ke penghujung jalan dah, apa2 hal di harap semua bersabar dan terima kenyataan dengan penuh redha... jangan melampaui batas dan ingat tuhan bebanyak, kalau Dia uji kita dengan mengambil harta yang di pinjamkan kepada kita, Dia juga punya kuasa untuk memberikan kembali...

Betul Tuan Razz,

Allah pemilik segalanya...kita hanya meminjam daripadaNya..
 
kawan2 kenapa lama sangat webside jnssb takleh buka haa..??
tlong komen skit yang mane ada ilmu tu..
 
Back
Top
Log in Register