BTC USD 81,412.2 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jai Network Systems Sdn Bhd. (603707-P) - Jnssb.com

Tengok puas2 muka BOD korang. Hehehe... ni masa amik Stevie Award.

Tapi awardnya takde, amik gambar boleh, tapi gambar & award kena beli. Kalau taknak beli takpe, boleh je tempah kat kedai medal kat Kuantan tu, buat Stevie award gambar helang, kui kui kui :eek:

Tunjuk gambar bagus, tapi utk orang yg tak kenal camner.
Intro sikit, dari kiri tu saper.
 
oo byk rupanya kau masuk... hmmm stabil lagi ker??apa ko nak jawab ngan downline ko?? kalau ikut kata cikgu step2 yg perlu diambil..
1) securekan borang akad ko
2) Pastikan no. co tu sama
3) cari lawyer paling bagus dlm dunia

aku memang stabil sokmo...saja jer aku nak kasi ko gabra jer... aku mmg dah bagi tau awal2 kat downline aku supaya jgn terlalu mengharap dan bersedia menerima worst case scenario...slps aku teliti kat forum ni, aku dapati mmg jai kaki auta... so,memandangkan aku byk duit (ni bukan riak dan takabbur) nanti aku akan ganti balik duit diorang...bukankah ko ni downline aku??:p
 
klu camtu, aku nak jadik downline ko jugaklah..
baguih punya!
bley beraya dengan tenang dan gumbira
 
Perghhh... gila apa.. satu hari dekat 30 page begerak, nak baca pun takleh dah...

Bangunlah balik kawan-kawan aku semua, aku takde niat nak tengok JNSSB ni jatuh, malah masa aku percaya dia nak menaikkan ekonomi ummah dulu, aku jugak bermati-matian sokong si Jai ni... skang, aku nak kepak kepala dia sebab mempermain-mainkan aku. Tapi takpe, rilek... soalan aku yang 5 tu tolong la jawab, boole kita berkumpul + bersatu bila sampai masanya nanti...
 
tggu je la kawan2 ku kat sini....

lama2 dpt la ni...kut...

selamat hari raya..

cheers!!

p/s:aku saje je menyelit..amik info utk kawan aku offline yg join
 
Perghhh... gila apa.. satu hari dekat 30 page begerak, nak baca pun takleh dah...

Bangunlah balik kawan-kawan aku semua, aku takde niat nak tengok JNSSB ni jatuh, malah masa aku percaya dia nak menaikkan ekonomi ummah dulu, aku jugak bermati-matian sokong si Jai ni... skang, aku nak kepak kepala dia sebab mempermain-mainkan aku. Tapi takpe, rilek... soalan aku yang 5 tu tolong la jawab, boole kita berkumpul + bersatu bila sampai masanya nanti...

Jom kura,

Kita buat solat hajat beramai2 supaya last decision nanti ialah JAI DIBEBASKAN dan DAPAT MENCAPAI MATLAMAT "MENJANA EKONOMI UMMAH".

Aku dapat call drpd sorang auntie ni, dia kata selepas solat (biasanya dia akan doa mintak Allah selamatkan JAI dan ahli2 dari dugaan ni) dia tertidur sebaik sahaja solat tarawikh. Dia bermimpi pada malam semalam (sebelum bc blog aku) yang Jai dibebaskan selepas raya tetapi dalam pemerhatian selama 9 bulan. Dia kata biasanya mimpi dia tu tepat dan tak terbalik. Mungkin ketenangan aku dpt petunjuknya diberi oleh Allah kpd auntie ni.Pagi tadi, selepas dia baca blog aku yg aku cakap En Latifi tu cakap pasal extension for another 9 months tu, dia kol dan bgtau mimpi dia tu. Sebelum ni dia try kol tapi tak pernah dpt (hotline). Xceli bila aku dgr yg En Latifi tu mention another 9 months hati aku tenang jer sbb aku yakin dengan petanda yg Allah bg. Kalau dari awal Allah dah bg petunjuk utk terus berjuang dgn Jai, takkanlah Allah kejam pada hamba dia. Kita kena yakin sungguh2 dengan sifat Ar-Rahman Allah.

Last but not least, saya mohon semua ahli doa utk kebaikan semua, bukan duk cerca & duk cakap bukan2. Saya yakin sungguh2, hati manusia adalah milik Allah. Bila tiba masanya, Allah jualah yg menentukan sama ada pembuat keputusan untuk mengatakan bersalah atau tidak, extend atau tidak, cair atau tidak dsb.

Tak perlu sy cerita disini usaha yg dilakukan oleh Dr Jai dan pengarah2nya. Ada yg boleh dicerita dan ada yg biarlah rahsia. InsyaAllah kemenangan milik kita dan semuanya milik Allah...

Wassalam

Sharudin
 
Laporan dari Shah..

Seperti yang di war-warkan oleh Shah aka Bluster di http://clix.to/jaiupdates, beliau akan membuat updates mengenai pengalaman beliau semasa berada di BNM untuk soal siasat.
Dan untuk sharekan bende tu kat sini, aku pastekan laporan beliau, tanpa mengubah/mengolah contentnya ketika waktu aku copy content tersebut dari blog beliau (waktu yang post ini di hantar).

Laporan dari BNM

Pegawai Penyiasat : Mohd Latifi Awaludin (2nd Job di BNM, baru bekerja kurang setahun di BNM)
Org yg disiasat : Sharudin Mohd Zain Soo
Masa :Jam 10.00 pagi
Tempat : Bilik Siasatan, Tgkt 5, Blok C

Isi siasatan:-

Bermula dengan perbualan kosong di antara kami berdua. Saya sempat bertanyakan beberapa soalan yang lebih kurang seperti di bawah:

1) Mengapa JAI disiasat? Adakah disebabkan oleh laporan/aduan orang ramai?
-Jai disiasat kerana kami mendapat laporan. Pada masa yang sama kami telah mengkaji modus operandi syarikat terlebih dahulu.

2) Berapa byk aduan yg diperlukan sebelum siasatan dijalankan?
- Dalam 50 - 250 aduan

3) Mengapa Jai disiasat di bawah akta BAFIA?
- kerana BNM mendapati Smart Partnership yang dijalankan oleh Jai berkait di bawah akta BAFIA.
(saya menerangkan apa yang sy faham kpd beliau tentang kaedah jual beli yg dijalankan oleh Jai. Beliau akur tetapi masih mempertahankan bahawa kaedah itu perlu mendapat financial licence dari BNM)

4) Kalau macam tu, makcik goreng pisang pun kena dapat lesen dari BNM, betul?
- (no specific answer)

5) Berapa akaun yang dibekukan oleh BNM?
- Banyak, semua yg berkaitan dengan Jai termasuk anak beranak dan pengarah2.

6) Banyak tak jumlahnya, sbb ada di antara ahli yg mewar-warkan akaun hanya berbelas juta sahaja dan mengatakan Jai tak mampu membayarnya? BNM adalah sandiwara Jai.
- Bahagian pembekuan bukan dari unit kami (spt enggan memberitahu jumlah sebenar)

7) Boleh settle kah siasatan selepas 90 hari ni?
- Selepas ni Jai akan disiasat di bawah AMLA Act. Lanjutan siasatan untuk 9 bulan lagi telah diluluskan.

8.) Maknanya akaun Jai masih dibekukan?
- Ya kerana pembekuan akaun adalah di bawah AMLA. Dalam BAFIA, tiada kuasa untuk membekukan akaun.

9) Ada tak sejarah kes ditutup selepas siasatan?
- Ada, biasanya bila siasatan tidak dpt diteruskan kerana syarikat TUTUP dan staff berhenti kerja.

10) Boleh tak BNM mengeluarkan sebarang kenyataan sebab mengapa siasatan dilanjutkan kpd ahli?
- Itu tanggungjawab syarikat kepada ahli-ahlinya.

11) Bagaimana Jai mahu membayar hutangnya kepada ahli-ahli?
- Syarikat boleh membayar kpd ahli dgn menggunakan akaun lain yg tidak dibekukan.

12) Ada harapan tak Jai dibebaskan?
- Ada, kebiasaannya apabila kes AMLA didapati bersih kes BAFIA juga akan terlepas sama.

Itulah serba sedikit yg sy sempat re-interview dia sebelum dia interview sy.

Apapun yg kita boleh buat skarang adalah berdoa sungguh2 agar Allah buka hati yg buat keputusan (decision maker) supaya tidak melanjutkan dan membebaskan JAI selepas raya (selepas 90 hari). Hati manusia milik Allah, maka Allahlah tempat kita memohon agar semuanya dilancar dan diringankan beban kita. Doa sungguh-sungguh tuan puan sekalian.... doa sungguh-sungguh.... ujian ini byk hikmahnya...

Wassalam...

p/s: terima kasih atas sokongan sms, telefon yg saya terima kerana saya juga manusia perlukan sokongan daripada tuan puan semua. Maafkan sy kalau tak balas sms, sy prefer kalau tuan puan call. Syukran jazilan...

Disclaimer : Semua tulisan di atas tidak boleh dijadikan hujjah untuk sebarang perbahasan. Ia adalah tulisan tidak rasmi atas perbualan tidak rasmi antara penyiasat dan org yg disiasat. Keterangan rasmi memerlukan tandatangan kedua-dua pihak di atas. Terima kasih.

Jadi kita semua hendaklah faham bahawa ,jika akaun di beku sekalipun, (menurut pandangan syarikat), bukanlah salah Syarikat, sebaliknya BNM yg tak pandai buat kerja, sebab kenapa perlu siasat dua akta di waktu yang berlainan? apsal tak siasat sekali? Malas le tu BNM tu...makan gaji buat ke hapa ni?

Pastu pulak, apsal makcik goreng pisang tu takde pun sebarang lesen dari BNM untuk terima duit (jual/beli) tak kena pun siasat bawah BAFIA?
Ini tidak adil!
ingat apa? walaupun makcik tu jual goreng pisang, dan goreng pisangnya memang nampak transaction nya,(goreng pisang yang di jual, pembeli gorang pisang) namun, takleh lah nak di samakan dgn Jai, sebab, walaupun produk SFS tu tak nampak transaksi nya, namun, kan ke semua tu rahsia syarikat? takkan lah nak dedahkan pulak rahsia syarikat buat duit? apa BNM ni? ngok ke apa ni?
Tangkap sekali makcik goreng pisang dgn apek jual kue teow tu.. apa ni? diorang pun tak telus jugak tu!!

Pastu pulak, BNM lah yang patutnya inform pada ahli pasal lanjutan ni, sebab diorang yg gatalk2 nak lanjutkan siasatan tu..apsal company pulak yang kena tanggung?

Lagi satu, yg BNM ni pun, takkan lah siasatan pun nak berahsia kut? kalau company Jai yang berahsia tu takpelah, sebab, tu bisnes strategy..lagipan dia sapa nak tahu urusan Jai? Kalau kita amik tahu urusan dia takpelah!! patutnya BNM kena telus dgn mangsa!!

Jadi, korang sabarlah lagi 9 bulan (9 bulan je lagi..bukan lama)., sebab, ni salah BNM tau...
 
Last edited:
apesal tak bawak masuk tv3 jer.. ahli2 yg tak puas hati leh buat aduan baru la best tak gitu??
 
Seperti yang di war-warkan oleh Shah aka Bluster di http://clix.to/jaiupdates, beliau akan membuat updates mengenai pengalaman beliau semasa berada di BNM untuk soal siasat.
Dan untuk sharekan bende tu kat sini, aku pastekan laporan beliau, tanpa mengubah/mengolah contentnya ketika waktu aku copy content tersebut dari blog beliau (waktu yang post ini di hantar).

Jadi kita semua hendaklah faham bahawa ,jika akaun di beku sekalipun, (menurut pandangan syarikat), bukanlah salah Syarikat, sebaliknya BNM yg tak pandai buat kerja, sebab kenapa perlu siasat dua akta di waktu yang berlainan? apsal tak siasat sekali? Malas le tu BNM tu...makan gaji buat ke hapa ni?

Pastu pulak, apsal makcik goreng pisang tu takde pun sebarang lesen dari BNM untuk terima duit (jual/beli) tak kena pun siasat bawah BAFIA?
Ini tidak adil!
ingat apa? walaupun makcik tu jual goreng pisang, dan goreng pisangnya memang nampak transaction nya,(goreng pisang yang di jual, pembeli gorang pisang) namun, takleh lah nak di samakan dgn Jai, sebab, walaupun produk SFS tu tak nampak transaksi nya, namun, kan ke semua tu rahsia syarikat? takkan lah nak dedahkan pulak rahsia syarikat buat duit? apa BNM ni? ngok ke apa ni?
Tangkap sekali makcik goreng pisang dgn apek jual kue teow tu.. apa ni? diorang pun tak telus jugak tu!!

Pastu pulak, BNM lah yang patutnya inform pada ahli pasal lanjutan ni, sebab diorang yg gatalk2 nak lanjutkan siasatan tu..apsal company pulak yang kena tanggung?

Jadi, korang sabarlah lagi 9 bulan (9 bulan je lagi..bukan lama)., sebab, ni salah BNM tau...

Di penghujung Ramadan ni, saya menyeru kepada semua ahli Jai agar berdoa kepada Allah Taala agar dipermudahkan siasatan ni..DOA itu adalah senjata yang paling mujarab untuk orang mukmin. Setelah mendapat penjelasan dari Sdr Shah, diharap selepas ini ahli-ahli tidak terpedaya dengan hasutan dan fitnah yang disampaikan oleh ORANG TERTENTU di dalam forum...yakinlah bahawa Allah sentiasa berada bersama orang yang benar...wallahhualam
 
Back
Top
Log in Register