BTC USD 83,580.3 Gold USD 4,256.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jai Network Systems Sdn Bhd. (603707-P) - Jnssb.com

Ni aku petik dari blog Shahrudin/Bluster (Sharudin Mohamad Zain Soo
SPA/18/77 & KB/01/127 [email protected] +6 013 - 353 1346) tadi:

- Jai akan menyediakan peguam terbaik jika kita disabitkan kesalahan bagi mendapatkan semula duit-duit ahli di BNM.

Mr Adzmi :
- Laman web bisnes efektif tunggu masa je untuk dikeluarkan
- Akaun bisnes efektif tiada masalah dengan BNM
- HFCS akan dikeluarkan minggu ke-3 bulan November. Pemantauan dibuat oleh Hj Zainal dan En Yusof

mula2 aku nak ulas sikit dekat part ni:

Jai akan menyediakan peguam terbaik jika kita disabitkan kesalahan bagi mendapatkan semula duit-duit ahli di BNM.

aku bukan nak manipulate ayat yang shah buat ni, tapi aku nak nak explain kan maksud ayat ni, iaiatu, ada 2 kemungkinan:

1) Jai memang tahu dan dah nampak 'sinar-sinar' yang ianya akan menjadi beku/di sabitkan kesalahan

2) merasakan 'fitnah' yang di buat kat luar company memang amat dahsyat sehinggakan 'fitnah-fitnah' tu mampu untuk menyabitkan kesalahan pada Jai walaupun dia tak 'salah'. ( :p yeah right!)

yg nombor satu tu, dah memang lama nampak sinar nya..semenjak awal lagi dah, so, tak terkejut pun kalau kena sabit.

Yg nombor 2 tu pulak, katakan lah setelah BNM menyiasat 'fitnah-fitnah' yang di buat kat luar company, dan BNM yg budak kecik tu pun mendapati Jai memang salah berdasarkan bukti-bukti 'fitnah' yang diorang dapat, serta peguam negara yang baru kerja 2 hari dan baru tanggal pusat tu pun terpedaya dengan 'fitnah-fitnah' yg nak jatuhkan jai ni dah memang jatuhkan hukuman pada Jai dan duit di beku, adakah dalam hemah korang yang 'lawyer terbaik' mampu nak kalahkan kes sebegini besar?

kita amik senario katakan yg attorney tu berjaya lah untuk menangkan Jai VS kerajaan Malaysia ni, inilah senario yg akan berlaku selepas itu:

1) Segala skim dan skem2 yg pernah di beku oleh BNM dan kerajaan akan menuntut juga hak mereka seperti Jai. (sebab jai pun boleh menang)

2)Integriti pegawai penyiasat serta kredibiliti mereka semua akan di persoal. BNM sebagai institusi kewangan negara akan di cemuh kerana hanya mampu menyiasat kes seperti ini berdasarkan bukti-bukti 'fitnah' sahaja, dan bukan solid evidence

3)Swisscash dan lain2 juga akan mula menghantar lawyer terbaik mereka untuk melawan kes ini, sebab diorang ada feel yang kuat untuk menang..

Apa apa pun, korang judge lah sendiri kenapa Jai sendiri sanggup keluarkan kata-kata di itu tadi:

Jai akan menyediakan peguam terbaik jika kita disabitkan kesalahan bagi mendapatkan semula duit-duit ahli di BNM.

dan adakah korang benar2 rasa yang Kerajaan Malaysia akan tunduk pada lawyer yang belum lagi siapkan stamping agreement aqad korang tu? oh..silap...aku silap, dia kata dia kana amik lawyer yg terbaik ye? ermm..alahai...

**personally aku rasa, daripada buat perancangannak amik lawyer terbaik untui fight kerajaan malaysia ni, baiklah suruh lawyer tu siapkan agreement ahli yg belum siap lagi tu.. :p

yg ni untuk perihal kedua pulak:

Mr Adzmi :
- Laman web bisnes efektif tunggu masa je untuk dikeluarkan
- Akaun bisnes efektif tiada masalah dengan BNM
- HFCS akan dikeluarkan minggu ke-3 bulan November. Pemantauan dibuat oleh Hj Zainal dan En Yusof

laman web BESB tunggu masa je nak keluarkan? JNSSB.com pun tak siap2 lagi..apa cerita?
yg bab akaun tu ada masalah ke tak, no komen ( :)) ). Karang jadi 'fitnah' pulak kang..

yg part HFCS tu yg best tu!! huhu.. yess..memang betul kata prof samaun malaun jipraun kapraun tu..kalender Jai ni memang ikut takwim yahudi, sebab sebulan bagi Jai adalah lebih dari 90 hari, since ikut kelender Yahudi tu..(ni prof samaun JSU of Pahang yg kata ye..)

So, lepas minggu ke- 3 november ni pun, still ada jugak pihak yang cuba nak gagalkan deal HFCS tu dgn jai, so, dia tunda lagi november 2008 pulak,pastu still ada lagi yg nak gagalkan deal tu, dia tunda lagi Nov 2009..sampailah orang yg nak gagalkan tu mati..barulah berjaya deal tu..

so..korang tunggu lah pulak jamuan raya Jai untuk dgr berita lagi baik dari Jai...sabar ye..
 
post kat bawah nie dari mujahidin pada 04-10-2007, 01:02 PM page 1117

04-10-2007, 01:02 PM page 1117




post kat bawah nie pula oleh kura Yesterday, 05:21 PM page 1146




persoalan kat sini mana satu yg betul yer?~X( pening kepala wak memikirkannya, satu pihak kata AJL dah dpt, satu pihak lagi kata HFI bukan tuk MLM:-? :-? :-?

wat mujahidin, bila lagi nak sambung "Edisi Terjah JAI" ramai nie xsabar nak tunggu:D :D

tak de sape nak jawab ke persoalan wak ni...sekadar untuk mengingatkan :D
 
Edisi Terjah Kembali

Assalamua'laikum w.b.

Bertemu kita kembali untuk mengikuti kisah pembongkaran selanjutnya kepada yg belum mengetahuinya.

Pada awal perniagaan JNSSB, ianya bermula di Terengganu. Kpl JJ telah dtg ke Negeri Penyu dng harapan utk mencari "Pemodal" awal bagi meluaskan perniagaan JNSSB ke peringkat Antarabangsa !

Bermulah dengan penyertaan beberapa orang yg terawal yang telah menyertai JNSSB. Mereka ini terdiri daripada Kamal Bahrin, Dr Mazuki, Wan Ismail dan yang terakhir adalah Mazlan. Kesemua mereka ini merupakan tonggak awal yang menyuntik modal ke dalam JNSSB bagi meluaskan EMPAYAR perniagaan ke peringkat Antarabangsa ! Maka berpuluh-puluh ribu RM di keluarkan oleh masing² masuk ke dalam akaun JNSSB.

Dengan ini Kpl JJ - masa ini lebih di kenali dng panggilan HJ. JAILANI) telah berjanji kepada sesiapa yg telah memberi kepercayaan kepada syarikat akan dilantik menjadi PENGARAH !! WOW...!!! Hebat kan satu tawaran yg julung² kali di offer sebegitu yg mana boleh menarik mereka semua ini ke dalam syarikat.

Seterusnya, HJ. JJ ini meneruskan misinya ke negeri² lain menerokai pasaran ke Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan keseluruh negara ! Dibantu oleh Pengarah² ini berlakulah perlantikan Pengarah dari negeri lain. Ini termasuklah Kamal Badrul, Rashid serta beberapa orang lagi. Begitu juga dengan Cikgu Izham, pada awalnya hanya dibayar untuk menjalankan kursus asas dan kahirnya di offer utk menyertai ke dalam PERJUANGAN EKONOMI UMMAH !@!

Akan tetapi harus diingat, mereka ini sebenarnya hanyalah sekadar di lantik di MULUT manis HJ JJ !!!
Tiada sebarang surat perlantikan jawatan..!!! Di ulangi.. TIADA SURAT PERLANTIKAN !!! Terkezut kaaa.... sabarrrrrr..... hehehehe
Kenapa jadi begitu..? Ini kerana HJ JJ telah berjanji kepada mereka² ini satu tawaran yg begitu hebat,

1. Insentif yg lumayan hingga berjumlah RM puluhan ribu ringgit sebulan !!

2. Akan memiliki keter mewah idaman ditanggun sepenohnya oleh syarikat !!

3. Setiap Pengarah bakal menjadi JUTAWAN dalam masa tidak sampai setahun !! Dsb nya.

Maka, berbonjol laaa biji mata para² pengarah ini mendengar seorang HAJI memberi jaminan yg sebegitu lumayan demi perjuangan UMMAH !!!! Mereka ini diberi tugas masing² dlm mencapai misi dan visi syarikat. Dari Tuan Hj. JJ bisness belakang dapur opisnya sehingga boleh memiliki WIsma JAI !! Begitu hebat dan rancak perniagaan seluruh Asia di jalankan dengan penubuhan satu ipts iaitu JAI SUccsess University - JSU). Memasing meletakkan Perjuangan UMMAH di depan bagi mengutkan ekonomi org Islam !!

Setelah genap setahun para² Pengarah ini berungkus lumus menjayakan misi dan visi JNSSB, beberapa orang Pengarah telah di beri sebuah kereta mewah dng di bayar d/payment dan nama kenderaan tersebut di letakkan di atas nama beliau. Tanpa menyedari agenda tersembunyi Hj. JJ) Di ulangi Hanya Beberapa Orang Pengarah Sahaja !!! Diizinkan Allah s.w, terbongkarlah sedikit demi sedikit kemungkaran yg berlaku dalam syarikat !! Dizinkan Allah s.w juga dng doa² sebahagian dari 25ribu orang ahli, maka dipertemukan JNSSB dng HFT lebeh kurang pada bulan Mei 2006.

Dalam misi dan visi menguatkan lagi syarikat, Dr. Mazuki telah diberi peranan / peneraju utama memainkan peranan dlm HydoFeul Car Systems – HFCS. Menjelajahlah beliau ke segenap pelusuk negeri menjalankan misi terbaru ini. Dr. Mazuki memperjuangkan bersungguh-sungguh bagi mempromosikan produk terbaru ini. Pada sutu hari di dalam Board Meeting yg dihadiri oleh kesemua Pengarah, baik pengarah kecil mau pon sebesar² pengarah menghadiri meeting ini. Di iringi oleh hujan yg begitu lebat di luat pejabat, Dr Mazuki membentangkan satu kertas kerja beliau yang mana HFCS ini perlu dilaksanakan dngn seberapa segera dan w/shop hendaklah disiapkan secepat mungkin !! Bagi mengutkan Syarikat Dr. Mazuki juga menyatakan bahawasanya SmartPartneship hendaklah ada satu titik noktah pemberhentian. Ini kerana beliau telah nampaj kelemahan syarikat jika meneruskan juga SP. Beliau menyatakan Model Perniagaan JNSSB yg tidak begitu kukuh tidak diketahui sumber sebenar pembayaran atau keuntungan yg dipeolehi oleh syarikat. Dalam erti kata lain JNSSB tidak Transparent dlm menjalankan bisness !!

Malangnya apa yg berlaku pada hari tersebut, Kpl JJ sama sekali tidak bersetuju SP ditutup dan menegaskan mesti diteruskan juga. Kata Kpl JJ “ Tutup SP, Maka Tutup la Syarikat..!!” Begitu juga erihal Cikgu Izham Nayan, dengan yakin dan tegas juga beliau mempertahankan kata² Hj JJ dengan kata² “ There is no Turning Back” !! . Pelikkan, pada hal SP adalah modal yg diberikan oleh ahli bagi mendapat keuntungan bersama dengan Syarikat. Fikirkanlah jika syarikat boleh membayar puluhan juta SP kepada ahli setiap bulan melalui perkongsian keuntungan kononya. Persoalannya UTAMA,
Kemana dan Dimanakah keuntungan yg diperolehi oleh syarikat tiap² bulan pergi selama ini …???!!!!!

Setahun lebih JNSSB beroperasi dengan membuat perkongsian keuntungan dengan para ahli !! Terfikirkah kita selama ini..!!! Kalau ahli boleh membuat ribuan ringgit keuntungan, apatah lagi dengan Syarikat yg diwar-warkan membuat perniagaan seluruh Asia !! Alhamdulillah Allah telah membuka pintu hati Dr. Mazuki lebih awal dikalangan B.O.D bagi menampakkan kepincangan yg berlaku ini. Tidak ada cara lain di hari segala penghulu hari selepas solat Jumaat Dr. Mazuki akhirnya mengundurkan diri dari Syarikat tanpa dipengaruhi oleh mana² pihak. Di dalam masjid Dr. Mazuki telah sms hanya kpd HJ. JJ tentang pengunduran dirinya dlm Syarikat . Dan tidak ada sebesar zarrah serta sekumit rasa pon dihati beliau utk menikam atau memburukan syarikat dari belakang !!.

Pengunduran Dr. Mazuki dlm JNSSB telah memberi satu tamparan hebat kepad Hj JJ !! Diibaratkan zon keselesaan diri Kpl JJ telah mula terancam !! Maka bermula episod perjumpaan dng para² ahli dan menaburkan fitnah yg maha busuk terhadap diri Dr. Mazuki serta kaum kerabat beliau !!! Satu persatu rekaan cerita di olah oleh Kpl JJ bagi memberi kepercayaan kepada ahli supaya terus bersama² berjuang dngn dirinya yg HINA itu !!! Kepada memana ahli² yg dtg berjumpa Dr. Mazuki bagi mendapat penjelasan mengapa dirinya berundur, diibaratkan mereka ini sebagai pengkhianat dan adalah org yg menentang syarikat !! Alangkah sedihnya senario yg berlaku ketika itu.

Cuba kita lihat sekarang ini, dimanakah w/shop yg digahkan beroperasi dlm bulan yg mulia ini. Kita boleh melihat dari dekat apa yg ada dlm w/shop.. Nothing !!!. dan terfikirkah kita semua dimana perjanjian kita dngn JNSSB adalah beli dan jual barang. Keuntungan akan dibayar mengikut perjanjian adalah selama 8 bulan berturut-turut !! Dimana bulan pertama kita dibayar pembayaran ini akan berterusan. Kita andaikan BNM telah membeku acc pada bulan Julai, maka penanguhan pembayaran adalah satu bulan yg terlibat sahaja. Mana perginya untung syarikat tiap² bulan dari jualan luar negara sehingga tidak dapat membayar lansung SP Ahli ..??!!! Katakan seorang ahli menyertai SP – Stromberg pada bulan JUN dan bulan Julai BNM telah membeku acc Syarikat, maka lebihan 7 bulan lagi kemana perginya hasil jualan tersebut..??!!!! Tak kan JNSSB tidak ada sale lansung dari produk Stromberg selama beberapa bulan ini..??!!! Begitu juga dngn SSP Hydrofeuol yg sedang rancak dijalankan. Produk ini belom lagi terjual dimana² ceruk rantau dunia ini !!! Harus diingat…BELUM TERJUAL !!! bagaimanakah Bisnes Efektif boleh membayar 30% perkongsian keuntungan kepada ahli² yg menyertai SSP ini..??!!!!

Terfikirkah kita selama ini sebegini..?? Rasullullah pernah bersabda kepada para sahabatnya “ Aku meninggalkan dua perkara, iaitu Al-Quran dan Sunnah ku sebagai rujukan. Maka sellidikilah dan fahamilah apa yg ku tinggalkan” SILA BUKA MINDA TUAN/PUAN SEKELIAN !!!! Di pohonkan Allah membuka minda ahli² JNSSB sekelian !! Amin Ya Rabbalalamin !!

Wassalam.
 
Edisi Terjah Kembali

Assalamua'laikum w.b.

Bertemu kita kembali untuk mengikuti kisah pembongkaran selanjutnya kepada yg belum mengetahuinya.

Pada awal perniagaan JNSSB, ianya bermula di Terengganu. Kpl JJ telah dtg ke Negeri Penyu dng harapan utk mencari "Pemodal" awal bagi meluaskan perniagaan JNSSB ke peringkat Antarabangsa !

....................

Tahniah Mujahidin,

Hang sangat bagus dgn edisi ini. Hang boleh buat buku edisi siasat dan jual dengan ubat kuat skali :eek: :eek: :eek:

Dengan ini aku bagi hang anugerah Ayahanda kawasan Gombak. 6 Dr Bersaudara akan berbaiah bawah ayahanda nanti. Aku akan pastikan depa taat pada ayahanda.

Teruskan misi ayahanda, Amar Mungkar Nahi Maaruf!!!

"Menyelamatkan Ekonomi Ummah":(scam :(scam :(scam

Prof Dato' Dr Samaun Seman
Chancellor
JSU, NY
USA
 
yang bodoh makanan yang cerdik ,wassalam ... yang cerdik buat duit, yang bodoh pi hulur duit kat orang cerdik pastu tak dapat apa2

hawau ..wau..wau
 
yang bodoh makanan yang cerdik ,wassalam ... yang cerdik buat duit, yang bodoh pi hulur duit kat orang cerdik pastu tak dapat apa2

hawau ..wau..wau

kira jai ngan orang melayu ler ni..
cerdik menipu..~X(
 
Back
Top
Log in Register