gengjawa
CG Top Poster Club

- Messages
- 33,082
Paid Membership
- Joined
- Dec 22, 2006
- Messages
- 33,082
- Reaction score
- 200
- Points
- 123
Salam Cg Izham (atau bukan Cg Izham, siapa tahu?),
mula2 sekali ingin aku meminta maaf jika ada terkasar bahasa dalam post2 sebelum ini. Sorry attack personal haritu pasai hangin dengan gaya penulisan cikgu yang kasar dan mengugut, tak pro & tak melambangkan ketinggian ilmu yang cikgu ada.
Tapi pikir2 balik, maybe benda tu ditujukan kepada otaibnm atau "ORANG2 YANG MEMANG MAHU MENJATUHKAN SYARIKAT", so aku sepatutnya tak campur dengan apa saja masalah dalaman korang, so dengan rendah dirinya aku mintak maap sekali lagi & aku tak memang tak patut sentuh bab personal Cikgu Izham. TAPI, KALAU SYARIKAT BETUL2 TELUS DAN DI ATAS LANDASAN YANG BETUL, sejuta orang report ke BNM pun takkan goyang syarikat. Ini baru sorang bawak cerita dah macam nak runtuh, maknanya memang banyak sangat la flaw dalam syarikat.
Seperti post2 aku sebelum ni, aku bagitau sekali lagi aku cuma meragui konsep perniagaan Jai, kredibiliti, kesungguhan dan tahap profesionalisme syarikat & BOD untuk mengurus dan menyelia wang ahli yang berpuluh2 juta. Kalau tak cukup ilmu dan iman di dada, memang banyak sangat dah masuk poket duit2 tu.
Otaibnm, kura, dan mujahidin, aku harap segala cerita korang yang menyentuh kehidupan peribadi orang2 lain tu adalah berdasarkan bukti dan saksi yang sahih. Seronok gak baca hal seluar dalam orang lain, tapi kurang pro la cerita je takde bukti sekali. Dah macam majalah Mangga pun ada gak aku rasa)
Kepada Cg Izham, teruskan berjuang untuk kepentingan ahli2 yang lain, terutama sekali makcik pakcik yang melaburkan semua duit2 pencen, anak2 muda yang melaburkan duit hantaran kahwin & yang lain2 yang berhutang dengan bank untuk merebut peluang Jai. Kesian, mereka yang mahu mengubah kehidupan kepada lebih selesa, kini berkemungkinan lebih sengsara. ~X(
Aku rasa ahli2 forum pun tak berminat nak tau gosip2 hangat tentang peribadi pengurusan syarikat. Kalau boleh bagi la info2 yang boleh pakai, jangan la asyik gosip artis je. Sekali lagi, minta maaf cikgu Izham, dan tolong update ahli2 gelisah kat sini dengan info2 yang boleh menjawab segala keraguan.
p/s: token tu mende? otaibnm & izham ni asyik dok cakap je. token arked game aku tau la)
jom kesian join cikgu sekali