Jai kata, dia nak MENINGKATKAN EKONOMI UMMAH
Jai kata, dia ikhlas berjuang demi agama & bangsa
tapi kalau betul dia IKHLAS NAK MEMPERJUANGKAN EKONOMI UMMAH, KENAPA;
1. Jai membesarkan cerita yang dia & lain2 dapat Stevie Award tapi hakikatnya award tipu? Itu tak campur dengan self-claimed Professor (attached ngan JSU ke?)
2. Jai mesti berdolak dalik bila ditanya tentang sale report Stromberg & info tentang siapa yang uruskan eksport dsb. ada tak sape2 yang kenal staff incharge bahagian eksport? bahagian import? bisnes stromberg juta2 takkanla supply chain setakat sorang dua (plus, diwarwarkan satu malaysia yang stromberg ni marketnya satu asia 56 negara, boleh tahan bertahun. la ni sebab kena freeze, terus senyap pasal stromberg, PASAI APA???)
3. website JNSSB hanya memaparkan tentang kursus & BOM, bukan update payment & produk terkini
4. Jai tidak mengambil sebarang tindakan undang2 (melantik lawyer) untuk mempertahankan JNSSB dari pertuduhan oleh BNM
5. menggunakan 6 syarikat SDN BHD yang mana kebanyakan syarikat adalah syarikat 'mee segera' (modal RM 2, BOD & shareholder entah sape2). kenapa tidak membangunkan satu syarikat yang betul2 kukuh untuk menguatkan reputasi & kredibiliti syarikat
6. tidak pernah apply untuk lesen AJL bagi syarikat BESB, dan modal RM 2 sememangnya menunjukkan BESB dari mulanya tidak ada niat untuk memohon lesen AJL
7. tidak menggunakan khidmat database expert / consultant untuk menyelenggarakan database JNSSB yang besar & berisiko tinggi (sepatutnya mempunyai sistem yang hampir setaraf dengan bank, sebab simpan rekod juta2)
8. tidak menggunakan professional accountant untuk menyelenggarakan akaun ratusan juta (profesional la sikit, kang ada yang short setengah juta tiba2 sebab kira guna kalkulator)
9. kenapa mesti menggunakan produk yang belum tentu ada (HFT) untuk skim SSP. bukan tak boleh tunggu sikit sampai barang siap launch & ready dalam workshop.
10. memberi alasan2 yang sungguh CHILDISH & TIDAK PROFESIONAL. Come on la, KATA PROFESOR, TAKKAN LA JAWAPAN LEVEL BUDAK2? (sama gak Izham, kata doktor, tapi posting macam takde otak)
Dan banyak lagi keraguan2. ITU PUN KALAU BETUL LA JAI NI IKHLAS NAK MEMPERJUANGKAN EKONOMI UMMAH. sebegini banyak keraguan, sampai sekarang satu pun takde jawapan. Jawapan yang aku dapat adalah FITNAH, PENGKHIANAT BANGSA, DOA JE LA, TUNGGU 17HB, DUIT AKU, siap ada yang kata dibayar oleh mejar untuk sebar propaganda. leader pun aku tak kenal sangat, inikan pula adzmi, mokhtar, jai, dan lain2
ok kalau betul Jai memang ikhlas nak memperjuangkan ekonomi ummah, apa yang aku nampak dari bisnes ni dijalankan, SEOLAH2 BAGI BISNES 5 STAR HOTEL UNTUK DIURUSKAN OLEH PENOREH GETAH YANG TAK TAHU APA2.
still taknak terima point aku? sukati la...
still aku dengan niat asal aku, AKU KESIAN dengan orang2 yang telah melaburkan wang yang dikumpul berpuluh tahun.
AKU KESIAN dengan orang yang buat loan sampai berpuluh2 ribu semata2 untuk pelaburan yang penuh keraguan ni
AKU KESIAN dengan orang yang terpaksa postpone kawin sebab duit dah takde
AKU KESIAN dengan orang2 yang terlalu taksub dan menganggap perjuangan syarikat seperti perjuangan agama dan bangsa
sedarlah...