BTC USD 84,095.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jai Network Systems Sdn Bhd. (603707-P) - Jnssb.com

mintak2 ramai la yang dah tau apa sebenarnya yang berlaku di dalam JNSSB ni... mudah-mudahan bulan ramadhan ni, terbongkar la segala kebenaran...
 
Sekadar mengulas komen Mata Hati.... (ditujukan utk semua)

Masa senang kita KAWAN, masa kena tipu kita LAWAN (Fight for your right)

Memandangkan masih ada lagi yang masih tersedar dan terbuka hati, maka saya ingin mengajak kita berfikir sejenak tentang senario berikut:

Senario 1 (sebelum akaun JAI dibekukan, sebelum 17 Julai 2007)

Semuanya manis belaka, kalah gula melaka. Pembayarn SP ok aje. Paling teruk pun lewat hingga belas2 haribulan. Kalau ada kursus, ceramah mahupun penerangan, semua ahli bersatu hati dan jantung, melaung takbir tanda menyokong, sengih sokmo je sebab semua ok. Mmmmm... agak2nyer kenapa indah je ketika ini?

Sebab:
1. Ahli percaya JNSSB benar2 buat bisnes. <- kenapa blh percaya? sy dah terangkan dalam post saya sebelum ni.
2. Ahli percaya JNSSB adalah pengedar tunggal Stromberg ke 56 negara dan untung melebihi 2 kali ganda. <- kenapa blh percaya? sy dah terangkan dalam post saya sebelum ni.
3. Dah percaya & payment ok --- ada sapa2 nak komplen lebih? jika anda bukan ahli , mungkin lah anda akan persoalkan (itu pun persoalkan macamana nak cari modal utk join).

Senario 2 (selepas akaun JAI dibekukan, selepas 17 Julai 2007)

Gelombang besar umpama Tsumawi melanda bahtera JNSSB apabila sekumpulan pegawai dari BNM datang melawat (menyiasat) Wisma Jai Network Holdings Sdn Bhd di Kuantan. Ahli2 menjadi tidak keruan bertanya sana-sini mencari kebenaran. Leader2 yang sentiasa tenang memberi penjelasan bagi melegakan hati yang gundah-gulana. Dah kena serbu pun masih jugak : INI CABARAN YANG DAHSYAT YANG PERLU DIHADAPI SEBAGAI "PEJUANG"???. Penjelasan demi penjelasan diberi sehingga nampak tiada logikanya. Maka ahli2 yang mempunyai lebih skit mata dan hati cuba menyelidik sendiri mencari kebenaran yang sejati agar fakta atau auta dan masing2 boleh bandingkan sendiri.

Fakta atau auta? Membca itu jambatan ilmu, so rajin2kan membaca mana2 forum/blog/web berkaitan JNSSB. Tapi dengan syarat, buka mata, buka minda, buka hati, set pada minda utk tidak berpihak kepada mana2 pihak terlebih dahulu. Bila tamat pembacaan, nilaikan sendiri.

Senario 3 (Tempoh standard siasatan BNM selesai, selepas 17 Oktober 2007)

Apa akan jadi?
> Akaun JNSSB dicairkan?
> Siasatan dilanjutkan?
> Keputusan siasatan diumumkan?

Worse case scenario, kita perlu bersedia terima apa saja dan bersiap2 dengan tindakan yang sepatutnya. Mana2 yang arif boleh la menyumbang idea.

NWAY, seringkali bila berlaku masalah, kita selalu hilang fokus. Hilang fokus disini menjurus kearah lari dari tujuan asal perbincangan. Dalam kes ini, kita harus sedar. Kawan is kawan, bisnes is bisnes. Walaupun kawan itu telah menipu kita, kita masih boleh lagi berkawan denganya kalau masih sudi. Tapi jangan pula bukak citer sedih sampai lupa (atau buat2 lupa) nak bayar duit SP. Jangan citer nak gegar dunia kalau pengurusan sendiri pun masih diragui ke"efficient"nya.

WALAUBAGAIMANAPUN, jauh disudut "corner lot" hati setiap ahli JNSSB, masing2 masih berharap agar cerita2 buruk itu salah belaka...

Maaf kalau terkasar bahasa. Sama2 la kita beringat.

Wallahualam.
 
Last edited:
mintak2 ramai la yang dah tau apa sebenarnya yang berlaku di dalam JNSSB ni... mudah-mudahan bulan ramadhan ni, terbongkar la segala kebenaran...

hhmm...moga sama2 dpt mencari kebenaran dgn mata hati..:)
 
Jgn la panggil aku bro, aku ni muda mentah lagi.. entah2 ko lagi tua dari aku...hehehe. Tapi dalam hal macam ni kita kena bersatu, dan aku harap aku dapat satukan kita dan leader2 kita supaya kita dapat bersama-sama bila sampai masanya nanti.. kalau nak upah lawyer, upah satu... kalau nak jumpa, jumpa sekali... kalau nak buat seek and capture (bukan seek and destroy ek) pun sekali jugak... buat masa ni teruskan doa dan tawakal, macam dalam forum sharudin, buat solat hajat 12 rakaat sebelum sahur... amalkan doa nabi yunus...

Bulan 11 kalau tak dapat SP, kita kena bersatu buat perancangan untuk melapurkan JNSSB@koperal jai kepada pihak berkuasa (contoh spt di bawah) :

a) membuat lapuran polis - kes penipuan
b) lapuran kepada Jabatan Perdana Menteri kerana mempergunakan nama PM-Malaysia.
c) Lapuran kepada INTERPOOL supaya kpl jai tidak bebas walaupun melarikan diri ke luar negara / akaun bank luar negara dapat di bekukan.
d) khidmat bomoh , hantar semua benda2 jahat kat kpl jai, BOD dan keluarga.. :o :o #:-S

JNSSB@kpl jai :(scam :(scam :(scam
 
Klu ikut AMLA dlm system perbankan, kiranya ada abnormal transaction spt Jai kena report kat BNM.Itu yg kena siasat. BNM bukan senang nak blok acct orang sesuka hati kerana ia melibatkan urusan perniagaan melainkan klu ia benar2 pasti bahawa ada perniagaan yg tersembunyiiiii...fikir-fikirkan laaaa
 
Bulan 11 kalau tak dapat SP, kita kena bersatu buat perancangan untuk melapurkan JNSSB@koperal jai kepada pihak berkuasa (contoh spt di bawah) :

a) membuat lapuran polis - kes penipuan
b) lapuran kepada Jabatan Perdana Menteri kerana mempergunakan nama PM-Malaysia.
c) Lapuran kepada INTERPOOL supaya kpl jai tidak bebas walaupun melarikan diri ke luar negara / akaun bank luar negara dapat di bekukan.
d) khidmat bomoh , hantar semua benda2 jahat kat kpl jai, BOD dan keluarga.. :o :o #:-S

JNSSB@kpl jai :(scam :(scam :(scam

Gua sokong lu brader
 
Dahla cikgu.. tak guna baru sekarang nak tunjuk hero...

:-?
takde sapa yang nak tunjuk hero kat sini pun...bende dah fakta, aku kaborkan lah..

tujuan aku bagitau fakta tu pun di sebab kan masih ramai yang belum tahu lagi camner bisnes cara yg betul, tak kira lah kau dah bisnes 80 tahun semenjak sebelum merdeka lagi (zaman cap pokok pisang)..

sebab, kalau kau betul2 tahu bisnes, in the first place lagi kau takkan letak duit kat tempat yang memang betul2 akan mengundang masalah gini..

so, do ur math, i'm just here to stop all this before it gets worse..(SSP and all those craps)

p/s: sebarau..kau ni ada isu ni..
takpe,aku tau kau sedang bergolak sekarang ni.Tenangkan hati dan tunggu, solution nya akan di beri tak lama nanti, Insyallah..

and sementara waktu tu, kau tak payah lah nak halang aku dan geng2 lain dari stop kan orang masuk SSP tu ye.. :)paid
 
Maafla cikgu.. aku takde isu pun ngan ko... aku percaya apa yg korang tuliskan..dan aku rasa ramai lagi ahli jai yg tegar sudah mulai percaya dengan korang... tp aku rasa korang takyahlah cite2 buruk lagi sementara keputusan tak keluar.. takyah jadi hero.. kenapa baru sekarang nak jadi hero.. kenapa tidak dulu.. citt poodahh. adakah korang 100% percaya apa yg korang tulis itu betul...korang tau tak kalau korang salah menyampaikan itu boleh jadi fitnah.. tahu tak fitnah itu dosa besar...unless kalau korang 110% sure dengan apa yg korang sampai itu benar lantaklah apa korang nak tulis... infact korang ingat aku percaya ker jai boleh bagi ahli dia 25% sebulan....alo kawan, saya orang business jugakla... tapi saya tak bagi pendapat saya berdasarkan andaian...
 
Back
Top
Log in Register