BTC USD 84,842.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jai Network Systems Sdn Bhd. (603707-P) - Jnssb.com

aku tg byk dah mengarut thread niiii...semua kat sini suka pandang belakang? seperti ade seseorang yang sedang mengelirukan pihak lawan....


tak boleh ke org bincang macammane nak unfreezekan duit tu kalau tak unfreeze??? :-? asyik bergasak jeeeeee....langsung tak de jalan penyelesaian...


P/s bersatu teguh bercerai roboh:)

Jalan penyelesaian sebenarnya dah ada bagi orang2 yang percaya kepada kata2 dr. jai, termasuk upline aku yang direct jumpe dr. jai percaya yang akaun akan di unfreeze bulan 10 ni... tahap kepercayaan adalah 100%, jaminan secara lisan diberi oleh dr. jai (walo bagaimanapun ade yang cakap percaya 110%, 200% dsb kata2 dr. jai itu).. Alhamdulillah jika ianya betul...

walo bagaimanapun, ade orang2 tertentu yang faham erti pribahasa melayu, "Sudah terhantuk baru tengadah" dan tak nak perkara ini berlaku sekali lagi... sebab tu mereka mengkaji balik latar belakang syarikat, pelbagai andaian dibuat disebabkan sumber maklumat sangat terhad... Setelah betul2 memahami, barulah selesa untuk buat tindakan susulan...

Andaian2 dan teori2 pelik2 ni takkan timbul sekiranya syarikat telus, sekurang2 nye menjawab soalan paling basic, berapakah transaksi jualan stromberg setiap bulan berserta bukti transaksi... Disebab kan soalan paling basic ni takde sape tahu jawapan termasuk BOD kec dr. jai, maka timbullah andaian2 yang pelik2 termasuk jai buat rolling duit...
 
kih2 kat sini pun kite tengk banyak sera ngan secara peribadi...terutamanya CSI..

Askum CSI dulu masa jdi pengarah baik punya bodek...laaaa ni main hentam baikkk nyerrr...apekah ini? mengapa mase anda jdi pengarah anda dok senyap jeee?? :))

wslm.:) sy Pgrh? mana anda tahu masa sy 'jadi' Pgrh sy dok senyap jeee? x suka dgn Pgrh atau x suka dgn apa yg Pgrh kata?:D
 
semut aku tahu apa yg ko posting tu semua andaian dan pandanagn ko saja... tapi kdg2 ko posting tu mcm ko tahu semuanya...mcm benda tu real sgt...

penah dgr satu kata bidalan..baru dengar guruh dilangit..habis setempayan air dicurahkan...
 
kesian aku kat korang ( org melayu)...ramainya kena tipu dgn jai ni...akaun kena freez, tapi dalam akaun yang kena freez tu tak ada duit pun..kesian sedara2 kat terengganu kena tipu dgn sp hidrofuel tu...kata dapat kumpul 3 juta duit sp hydrofuel kat terengganu je..apa bole buat..sabar je la...

emmmm.....ye keeee bagi le detail, aggrement secara bertulis ke ape kee,..kih2 takde duit??? kalau cakap jeee saya pun leh cakap...kena freeze 4 bilion...tapi saya tak de bukti camne yek?? :)) :))
 
Last edited:
emmmm.....ye keeee bagi le detail, aggrement secara bertulis ke ape kee,..kih2 takde duit??? kalau cakap jeee saya pun leh cakap...kena freeze 4 bilion...tapi saya tak de bukti camne yek?? :)) :))

pelikkan, masa dapat duit ..masa sp takde mslh sume senyap je..takde pon yg sibuk nak siasat tu ini..skrg..semuanya nak jd jaguh...nak jd hero kononnya semua tahu..:eek:
 
Countdown by Tuan Endek... tinggal berapa hari lagi...:) :) :)
 
pelikkan, masa dapat duit ..masa sp takde mslh sume senyap je..takde pon yg sibuk nak siasat tu ini..skrg..semuanya nak jd jaguh...nak jd hero kononnya semua tahu..:eek:

kih2 aku gelak le tgk dulu mase jadi pengarah baik punya promote...bile tak jdi... baik nyer kutuk....saudara saudari pikir sendiri leee sape die tuuu:)) kalau dulu rase salah kenapa tak gembar gemburkan sejarah silam le ape leeeee.....mase tu baik punya promo....biasa laaa masa tu pulus masuk....skrg pulus tak masuk kasi hentam :eek:
 
Last edited:
mana ko tau jai pindahkanb duit sedikit demi sedikit...kalau bercakap siap ada bukti blh gak nak percaya...

jgn jd cam tin kosong..bila diketuk..bukan main lagi kuat bunyinya padahal di dalamnya KOSONG..habuk tarak...
jgn jd mcm tu sudah la....:-?

sume yang aku cakap tu berdasarkan analisis logik aku sahaja... takde sebarang bukti ekoran daripada polisi syarikat yang sangat berahsia dan maklumat yang amat terhad...

Ini bermula dari satu soalan yang sangat2 basic yang sepatutnya semua orang tahu dan berbangga... Berapa unit kah jai jual stromberg sebulan??? dan sertakan bukti2 transaksi...

apabila soklan basic ini tidak terjawab, maka, timbul lah andaian jai tidak jual produk tu di 56 buah negara asia seperti digembar gemburkan... ekoran dari itu jugak, maka timbul lah idea yang jai dok main rolling duit... dan seterusnya timbul idea2 lain yang kurang menyenangkan dikalangan fanatik jai...

Ekoran dari soklan basic itu tidak terjawab, maka ade yang percaya yang jai buat Rolling duit, same dengan skim pak man telo... Sebab itu lah timbul rase tidak yakin dikalangan golongan ini yang jai akan terlepas dari undang2, jika terlepas pon, pakai "kabel", tetapi golongan ini tetap tidak yakin yang duit yang dibekukan tu cukup untuk membayar SP...

Seandainya otai2 disini dapat menjawab soalan basic tersebut berdasarkan bukti transaksi, dan seterusnya menguraikan model perniagaan JNSSB ini, sume tohmahan ini akan terhenti... Saya juga akan minta maaf secara terbuka di forum CG dan jugak jumpa dr. jai dan minta maaf dengan beliau kerana buruk sangka terhadap beliau...
 
salam..
Biasa la bro...
semua ni akan pulih bila duit ada ditangan sok..
MELAYU MUDAH LUPA...
Dengan kekuatan yang kita ada sekarang bro..
Insyallah...AGI IDUP AGI GLABAN ..
:D :D :D

Aswt tuan Endek...
Memang melayu ni mudah lupa..dapat duit terus senyap..tapi itu melayu dulu tuan endek. Melayu sekarang sudah berubah...mereka tak nak benda sama berulang lagi. Sebab tu mereka akan terus mempersoalkan setiap apa yang berlaku jika terdapat kepincangan atau perkara yang meragukan. Ini melibatkan duit.
Mengapa sykt tidak menjawap persolan yang diajukan seperti jumlah penjualan stromberg kat luar negara, dolak dalih pembayaran SP, penarikan diri pengarah pengarah, mengapa perjalanan urusniaga tetap dijalankan walaupun masih dalam siasatan dan sebagainya.Bukannkah ini macam mencabar BNM. Mengapa status terkini syarikat hanya diberitahu kpd ahli tertentu saja..tidak dimaklumkan dalam website...kalau syarikat telus & tidak punyai MISTERI tertentu rasanya lebih baik setiap maklumat dipostkan dalam website. Biarle setiap yang dibuat menampakkan ketelusannya. Mengapa terlalu takutkan musuh yang dikatakan berada dimerata kalau kita dipihak yang benar.Betul ke musuh tu ada atau sengaja direka yang kita ni ada musuh.
kalau benar ada musuh pun mengapa takutkan sangat kalau kita tak bersalah & dipihak yang benar. Kita patut yakin jika kita tak bersalah & jangan dok berdalih dan berselindung disebalik kata kata yang boleh membuatkan ahli semakin resah. Lagi sekali diingatkan...INI MELIBATKAN DUIT.
 
Back
Top
Log in Register