BTC USD 83,657.5 Gold USD 4,154.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jai Network Systems Sdn Bhd. (603707-P) - Jnssb.com

Aku dah join since bln April lg.. masalahnya aku punya payment ke-4 sangkut nih! Itu yang memudarkan keyakinan aku dgn JNSSB tu..
 
Salam all.

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf sekiranya maklumat yg ingin dikongsi di sini kurang tepat atau tidak benar. Tetapi saya dapat info ni daripada kawan yg agak rapat yg merupakan stokis stromberg. Dia jenis yg takkan bgtau kalau info adalah tidak benar atau pun diragui.

Tapi kali ini, dia ckp dia yakin, confirm maklumat adalah betul. Dia dapat info drpd sumber BNM (ada kenalan katanya). Tapi kalau salah, saya ingin meminta maaf terlebih dahulu. Malah saya sendiri amat berharap agar maklumat ini adalah salah..sebab saya telah sumbangkan duit dekat rm50k total utk Jai Network dan masih belum balik modal.

Tapi tujuan saya kongsi ini adalah utk:
1. Perkongsian maklumat kpd rakan2 utk dibincang bersama
2. Langkah berjaga2 agar jgn pisang berbuah dua kali
3. Agar kita bersatu dan fikir jalan solution sekiranya fakta ini adalah benar. (fikirkan jalan utk dapatkan semula duit yg kita dah invest, sekiranya Jai Network betul diistihar bersalah). Kalau kita bersatu, insya Allah BNM takkan rampas duit kita.

Ini adalah info yg saya dapat (masih belum ada hitam putih kebenaranya, maaf sekiranya kurang tepat):

- Jai Network disahkan bersalah dan terlibat dgn sistem pyramid
- Jai Network disahkan bersalah atas mencipta Stromberg tiruan yg mana kilangnya terletak di Melaka. Ada lebih kurang 60,000 stok simpanan Stromberg tiruan
- Dr Halim dlm proses nak cari duit, utk refund semula Jai Network utk produl Hidrofuel (utk refund taraf Pengedar Tunggal di Asia tenggara yg JNSSB beli dan utk refund AD yg member2 bayar)

Sekali lagi, saya ingin meminta maaf sekiranya data ini kurang tepat. Saya hanya menyampaikan dan share info yg saya dapat. Ini di atas desakan member2 CariGold di sini utk nak tau latest info.

Walau mcmanapun saya tetap berdoa agar biz Jai diselamatkan, account dicairkan. Jauh di sudut hati, saya berharap info ini adalah palsu..

Wallahu a'lam...

askm.:) trmksh krn bg maklumat. tp sy yakin ini bkn hasil siasatan BNM yg rasmi. apa2pun ini adlh komen awal sy:

"- Jai Network disahkan bersalah dan terlibat dgn sistem pyramid" - sy tdk terkejut jika ini adlh keputusannya krn ia seiring dgn analisis sy (sila liha t posting sy di ms 638 & 698 )
"- Jai Network disahkan bersalah atas mencipta Stromberg tiruan yg mana kilangnya terletak di Melaka. Ada lebih kurang 60,000 stok simpanan Stromberg tiruan" - sy juga menerima info yg kilang trsebut trletak di Mlk. cuma sy x dpt info yg stok 60k tu.
"- Dr Halim dlm proses nak cari duit, utk refund semula Jai Network utk produl Hidrofuel (utk refund taraf Pengedar Tunggal di Asia tenggara yg JNSSB beli dan utk refund AD yg member2 bayar)" - sy xde terima info ni tp ia konsisten dgn info sy yg lain mngenai status Hydrofuel dlm Jai. jika info ni betul, sy mnganggap ia sbg reaksi atau tindakan 'natural' dr. Halim dlm menangani isu Hydrofuel ni.
 
"Tapi kali ini, dia ckp dia yakin, confirm maklumat adalah betul. Dia dapat info drpd sumber BNM (ada kenalan katanya)."


Semasa taklimat di Dewan Belia Cheras- Majer Mokhtar ada nyatakan, siasatan BNM adalah sulit dan mana-mana individu dari pihak Bank yang menyebarkan maklumat mengenai siasatan yang belum selesai adalah salah (mengikut akta Bank):-? :-? . Kenapa ada pula staff BNM yg memberikan statement sedemikian sedangkan siasatan belum selesai... Kita kena fikirkan kalau tahu nama pemberi maklumat harap dapat kemukan untuk siasatan lanjut oleh BNM.

Keadaan ini akan menyebabkan ahli Jai dalam delima...:(( #:-S :(


:)paid :)paid :)paid :)paid :)paid :)paid

askm.:) mmg benar siasatan adalh sulit. tp sudah mnjadi lumrah perangai manusia, selalunya maklumat akn sentiasa ada yg bocor. jika pmbocoran ini tdk mngakibatkn 'kerosakan' yg teruk, ia selalunya di'lupakan' atau di'ampunkn' begitu shj. kecuali jika kesannya serius, maka tindakan tatatertib maupun undang2 trhdp pmbocor akn diambil.
 
memang malang la JNSSB pki consultant mcm tu.. konon ank tan sri.. tapi wat keje lembap.. jadi meriam buluh.. dgr anak tan sri jer, terus ingat bleh wat keje.. tgk la per dh jadi ni... wat malu PEKIDA jer.. JNSSB plak byr jer.. yg kaya bertambah kaya.. yg kayap emm fhm2 jerla jwpnnyer.. aper pon teman harap sgt JNSSB ni pulih kembali.. insyaallah
p/s* harap2nyer ini bukan propaganda tersorok....

bile aku dengar anak tan sri je aku tau yang die pakai pengaruh bapak die untuk dapat sesuatu keje, die bukannye reti buat keje pun... sebab tu die dok heboh2 yang die anak tan sri...

kalo betul2 die reti buat keje, buat ape nak pakai pengaruh bapak die tu....

ps:: PAKIDA & PEKIDA tu lain.... aku tanak explain banyak, search je kat intenet...
 
Jika syarikat beroperasi seperti biasa ... Dan SP dapat semula adakah anda ingin teruskan atau ingin mendapat semula wang modal anda? Sila angkat tangan.... heheh. Tapi bagi saya ingin teruskan seperti biasa demi perjuangan syarikat... (Bagaimana pula dengan yang lain.)

Aku teringin nak makan daging panggang la.....Daging siapa patut
dipanggang atau di buat sate? Jom sembeleh ????????........
 
Back
Top
Log in Register