Salam all.
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf sekiranya maklumat yg ingin dikongsi di sini kurang tepat atau tidak benar. Tetapi saya dapat info ni daripada kawan yg agak rapat yg merupakan stokis stromberg. Dia jenis yg takkan bgtau kalau info adalah tidak benar atau pun diragui.
Tapi kali ini, dia ckp dia yakin, confirm maklumat adalah betul. Dia dapat info drpd sumber BNM (ada kenalan katanya). Tapi kalau salah, saya ingin meminta maaf terlebih dahulu. Malah saya sendiri amat berharap agar maklumat ini adalah salah..sebab saya telah sumbangkan duit dekat rm50k total utk Jai Network dan masih belum balik modal.
Tapi tujuan saya kongsi ini adalah utk:
1. Perkongsian maklumat kpd rakan2 utk dibincang bersama
2. Langkah berjaga2 agar jgn pisang berbuah dua kali
3. Agar kita bersatu dan fikir jalan solution sekiranya fakta ini adalah benar. (fikirkan jalan utk dapatkan semula duit yg kita dah invest, sekiranya Jai Network betul diistihar bersalah). Kalau kita bersatu, insya Allah BNM takkan rampas duit kita.
Ini adalah info yg saya dapat (masih belum ada hitam putih kebenaranya, maaf sekiranya kurang tepat):
- Jai Network disahkan bersalah dan terlibat dgn sistem pyramid
- Jai Network disahkan bersalah atas mencipta Stromberg tiruan yg mana kilangnya terletak di Melaka. Ada lebih kurang 60,000 stok simpanan Stromberg tiruan
- Dr Halim dlm proses nak cari duit, utk refund semula Jai Network utk produl Hidrofuel (utk refund taraf Pengedar Tunggal di Asia tenggara yg JNSSB beli dan utk refund AD yg member2 bayar)
Sekali lagi, saya ingin meminta maaf sekiranya data ini kurang tepat. Saya hanya menyampaikan dan share info yg saya dapat. Ini di atas desakan member2 CariGold di sini utk nak tau latest info.
Walau mcmanapun saya tetap berdoa agar biz Jai diselamatkan, account dicairkan. Jauh di sudut hati, saya berharap info ini adalah palsu..
Wallahu a'lam...