Makin hari makan banyak kisah2 underground muncul... Ada yang ada bukti, ada yang dengar cakap orang, ada yang main rasa2 je, ada yang hantam sajalah labu....Percaya atau tak , kena sendiri nilaikan dan tafsirkan... xde sapa nak paksa anda percaya dan xpercaya pun kalau dah betul nak buat camne ye tak?
Harapan sempena MERDEKA ni...
1. Harap2 keputusan siasatan cepat2 la kuar.
2. Bila siasatan selesai dan dah ada keputusan, biarlah telus dan tiada yang tersembunyi, "terancang" dan seumpamanya...
3. Jikalau JNSSB tidak bersalah, pastikan pengurusan syarikat lebih tersusun mengikut undang2 ( ada lesen2 yang sepatutnya), dan pastikan butir2 laporan tahunan (jualan, transaksi) diwujudkan sebagai rujukan. Nak tambah modal? Sendiri tanggung.
4. Jika JNSSB didapati bersalah.... 1 je harapan, pulangkan duit modal. Macamana? sapa ada idea, sumbang2kanlah yerr...
Pasal peribadi "si dia" yang dimomok2kan dengan cerita yang kurang manis (jika betul), biarlah jadi urusan peribadi dia sendiri. Sesungguhnya fitnah tu dosanya lebih dari membunuh dan mengumpat hanya diampun oleh orang yang diumpat sahaja... walaupun bisnes biasanya mengambil untung "atas angin", jangan la pulak dosa pun amik "atas angin" jugerr... hehehe
Semoga:
Yg MISTERI akan terungkap,
Yg benar akan muncul jua,
Yg salah akan dihukum ( xdunia, akhirat pun ok juger...)
"Rezki yang tidak halal bakal mewujudkan generasi yang kucar-kacir, malas beribadat, suka gado2 dan seumpamanya.. Nauzubillah - petikan dari Ustaz Zaharuddin"
"Jika kita menganiaya "orang itu", belum tentu "orang itu" akan menganiaya kita balik, tapi mungkin nanti di suatu masa, "orang disana" akan membalasnya...- Peraturan Kehidupan (Rules of Life)"
Selamat Hari MERDUKA.. eh silap..MERDEKA!!
p/s: Sekadar ingat mengingati...