Wahhh wahh wahhhh semut. Berleluasa apabila saya dan gundik gundik tak ada ye? Dengan Masjoko boleh la kau tipu, dengan lelabah dan paktihmambau jangan la harap. Masjoko dan somut, saya kecewa dengan tahap anda mempertahankan saya. Saya perlukan pejuang ummah yang lebih 'tegar'.
Semut, kamu perlu faham, untuk menjadi pejuang ummah seperti saya, kita perlu memberi 'mereka-mereka' ini harapan yang besar menggunung, biarpun palsu tetapi nampak hebat. Kamu sepatutnya terus memberi mereka harapan, berikan jaminan yang duit boleh dapat 300% pula dengan membuat laporan polis, barula mereka semua ni dengar cakap.
Lihat seperti JAI, walaupun menawarkan 200% yang tidak masuk akal dan hanya ditawarkan oleh skim PONZI, tetapi dengan adanya akad dan motto 'Perjuangan Ummah', berpuluh ribu Melayu berjaya ditipu. Mula mula saya hanya ingin menipu orang orang kampung dengan membuat skim ini di negeri pantai Timur & Seremban, tetapi kemudiannya seorang demi seorang professor dan doktor turut tertipu (Dr Izham, Dr Marzuki, dan Dr banyak lagi). Setelah itu, lebih ramai lulusan universiti dan profesional menyertai skim saya ini tanpa mengkaji baik buruk skim ini (termasuklah semut, kura, otaibnm, dan pembangkang yang lain - padan muka semua, hahaha). Disebabkan saya lebih bijak dari Profesor dan Dr lulusan universiti, dengan itu saya layak dan menggelarkan diri saya Professor Doktor.
Hebat kan saya? Walaupun masalah melanda selepas itu, saya hanya perlu menanamkan sikap 'be positive' kepada penyokong penyokong dan 'divertkan kepada isu lain' dan 'itu semua fitnah internet'. (dan saya berjaya bertahan untuk 3 bulan ini, sempat la saya nak habiskan duit ni sementara mereka semua sedar).
Semut, cuba belajar taktik dan skill Yahudi saya ni kalau mahu jadi pejuang di mata mereka semua. Kamu muda lagi, masih banyak yang perlu dipelajari.
Akhir kata, BERSAMA MENGHANCURKAN EKONOMI UMMAH
Prof. Dr. Jailani Jabar & isteri dari hotel 6 bintang